Monday, December 26, 2011

Rancangan Wajib Tonton Cuti 2011=)

Assalamualaikum, 
Ha.... tudia, dah lama aku xmenulis di blog ni... naik bersawang dah.. hahaha...
Erm... aduhai, cuti sekolah ni... nak kata best awal2 cuti je la keterujaan yang maha dahsyat, tapi bila dah lama dekat rumah rasa boringnya...!!! huhu... sometime tu hanya tinggal aku dengan adik aku yang dajah 5 ja dekat rumah, mak pergi rumah 'suami baru' dia bawak adik aku sorang, Tok (grandma) hari tu pak cik aku ambik dia pergi berubat cz sakit urat and kaki tu selalu rasa kebas2, sakit misteri (kadang2 bila dia gosok2 kaki ada keluar macam selumbar kayu tapi warna hitam, xtahu sebab apa. mungkin terpijak 'benda kotor' bila gosok tu keluar xhenti2, lama baru hilang.. hari2 lain ada balik) 

Bila dah ditinggalkan tu, jawabnya aku la kena buat kerja 'suri rumah' full-time. (^_^)
  • sapu sampah luar/ dalam rumah
  • kemas rumah
  • masak
  • basuh kain
  • dll...huhu..
Tapi apa2 pun dalam kesibukan macam tu yang menariknya aku ada rancangan TV WAJIB TONTON sendiri... hahaha... ni ha senarainya. memang bestla semua!!!

  • Bella Calamidades (TV3) jam 3.00 petang
  • Cinderella stepsister (TV2) jam 5.00 petang
  • Tentang DHIA (TV3) jam 7.00 malam tapi tak boleh layan awal cz dekat nak Maghrib.. aku layan lps selesai semayang.
  • My Girlfriend is a gumiho (8TV) jam 8.30 malam. yang ni pun layan lepas solat Isyak. sembahyang dulu apa2 pun kan.....


hurmm... bil elektrik naik nasibla kan... hahaha.... nak buat benda lain xboleh... huhu... 
Kini, menghitung detik TAHUN BARU 2012. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya. 
Insya-Allah.... Ok setakat ini sahaja dulu.. see you next post... =) bye2..

Thursday, November 10, 2011

Ujian tiba lagi...!!!


Ujian??? haha... ini ujian sistem ciptaan manusia.. bermula hari ini, 10hb November 2011 sehinggalah 17hb nanti para guru/ mahasiswa/wi Institut Pendidikan Guru (IPG) berdepan dengan peperiksaan akhir bagi semester ini ;)

Ujian untuk kita daripada-Nya ialah kekuatan daya ingatan untuk ingat apa yang telah dibaca.. kadang2 kita memang dh sungguh2 usaha tapi bila dapat keputusannya masih mengecewakan kita... tapi sedarlah itu semua bukan tanda kita gagal 100%!! tapi itu ujian tanda kita masih disayangi oleh-Nya, supaya kita lebih mengingati dan mendekatkan diri kepada-Nya. Tapi, yakinlah Allah itu Maha Adil, Dia akan mengurniakan kepada kita setimpal dengan apa yang telah kita berikan... jangan sesekali cemburu dengan kawan "Eh dia tu xbaca, xstudy apa pon sangat tapi.... pointer dia tinggi dari aku!!!"... jangan rasa mcm tu... kalau rasa pon anggap itu cabaran dalaman buat kita untuk terus berusaha...semua itu pasti ada hikmahnya....

So, sekarang ni........;)

Semangat...ku seru semangat nak study...hahahha...aiyyo kenapa la rasa malas menebal dalam diri nih... hahaha... tadi Alhamdulillah dh lepas satu paper.. 2 minggu dok mengadap subjek tu saja!!! akhirnya, boleh nak lafaz rasa lega... ;) apa-apa pun keputusannya berserah saja kepada-Nya. Saya yakin anda semua pasti sudah cuba buat yang terbaik... usaha berterusan itu semestinya.. itulah tanggungjawab kita sebagai pelajar kan...

Masih menunggu 4 paper lagi next week... 4 paper berjalan secara 4 hari berturut2... huh!! stress!! sabar...sabar... jangan stress... baca elok2..ingat.. "To reach the top, You don't have to be a book worm! Just stay cool and give your Best!".... comey kan gambar kartun kat atas tu... moga dapat memberi motivasi buat diri saya dan anda yang membaca... ;)

Akhir kata, saya nk ucap good luck la erk kt sume and utk diri sendiri jugak..hahaha....
semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita....insya-Allah... amin... ;)

Hindari MALAS!!!!! yeaaahhhh!!! haha.... :P



Saturday, October 29, 2011

Cerita Cinta Dahulu dan Sekarang



Dengar tajuk pun dah teruja nak tahu apa intipatinya kan? :) Tajuk ini saya dapat dalam buku 'Semurni Kasih Adam Seutuh Cinta Hawa' hasil penulisan indah Zamri Mohamad.  Dalam penulisan beliau ini menceritakan bahawa persoalan cinta ini sudah timbul berabad lamanya lagi.  Tamadun Sumeria dan Babylon menulis epik cinta Gilgamesh pada sekitar tahun 2000 sebelum Masihi.  Tamadun Mesir dengan syair-syair cinta mereka, tertulis di atas lembaran papyrus dan pasu-pasu tanah liat pada sekitar tahun 1300 dan 1000 sebelum Masihi.  Tamadun Cina mencipta lagu-lagu cinta, dan pertama kali didokumentasi antara tahun 1000-700 sebelum Masihi.

Ahli-ahli falsafah  dan pemikir zaman purba, daripada Plato ke Martin Luther, daripada Kierkegard dan Nietzsche, sehingga ke Santayana dan Santre, masing-masing membawa interpretasi tersendiri berkaitan apa itu cinta.

Namun, dari perspektif Islam apabila disoal tentang cinta kita tidak lari daripada membicarakan persoalan iman.  Iman adalah sumber segala perkara sebagaimana disebutkan Hamka, Iman sebagai sumber kekuatan hati, dan sumber keindahan pada penglihatan mata.  Kesempurnaan Islam terdiri dengan panduan yang cukup jelas dan tersusun.  Begitu juga dalam urusan cinta, Islam memberi garis panduan asas bagi memelihara dan mendidik cinta supaya membesar dengan sempurna.  Manusia sentiasa mencari agama bagi mendapatkan jawapan.  Persoalan-persoalan cinta juga ada dalam agama.  Iman menyebabkan hidup mempunyai maksud dan tujuan, sehingga timbul minat bagi mencapai maksud dan tujuan itu.  Iman menimbulkan cita-cita bagi memperoleh ganjaran dan pahala atas pekerjaan yang dilaksanakan.  Tidak beriman bermaksud tidak mempunyai pendirian dan berlaku penyelewengan sewenang-wenangnya kepada manusia.

Dalam CINTA ada satu perkara yang amat bahaya dan patut ditakuti sang pencinta iaitu NAFSU.  Nafsu tidak menyukai keindahan hati, malah membenci kekurangan.  Sekiranya tidak kerana IMAN, nafsu lebih bermaharajalela.  Cinta tanpa iman pasti bertukar kepada cinta nafsu.  Diri mudah berasa serba kekurangan.  Kekurangan dalam diri pasangan dilihat sebagai kehinaan.  Kemudian, diri mencerca kembali kekurangan itu dan bukan belajar daripadanya.

Cinta berpayungkan iman meletakkan manusia supaya bertanggungjawab mengiringi rasa hati, kerana ia akan dipertanggungjawabkan kelak.  Agama dalam konteks cinta membawa tiga sifat yang timbul  bersama apabila diserap dalam kehidupan iaitu:
  • Perasaan malu
  • Amanah dalam membina perhubungan
  • Sentiasa benar dalam menguruskan rasa cinta
Iman menjadi tiang yang kukuh untuk cinta berdiri atas pendirian, dan tidak goyah dengan sikap songsang manusia yang cenderung mempermainkannya

Wednesday, October 19, 2011

Kisah Minggu ini.....

Saat kita menghadapi kesukaran dan kesengsaraan, ketika inilah baru tersedar betapa diri kita jauh dan semakin terleka dalam mendekatkan diri kepada-Nya Yang Maha Kuasa.

huh...intro apabila badan letih dengan serangan asignment yang bertimbun-timbun dan terpaksa aku melipat kali gandakan keringat, idea dan tenaga untuk melunaskan kesemua tugasan yang ada....  Sudah beberapa hari tidur tak cukup, bersengkang mata siang dan malam untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

Sememangnya aku amat-amatlah letih setelah seminggu terlibat perkhemahan unit beruniform institut, kemudian seminggu berada di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan untuk menyertai pertandingan bahas so, 2 minggu la masa untuk melunaskan asignment 'burn'. Tapi itu sememangnya tak patut dikeluhkan pun sebenarnya.  Namun, sebagai manusia biasa yang tidak punya masa 25 jam sehari aku mengeluh juga..huhu..

Kalau ikutkan rasa malas sememangnya aku perlukan masa lebih untuk menyiapkan tugasan yang nak dihantar dalam waktu terdekat.  Tapi aku tidak cepat mengalah, aku malas nk mintak2 untuk postpone asignment..so, aku gagahkan juga diri ini untuk kuatkan diri buat bagi siap.... semalaman berjaga, print segala bahan2 yang amatlah banyak, printer plak ada masalah..meragam plak dia..huh...sangatla menduga kesabaran.... rupa-rupanya ada hikmah disebaliknya.

Apadia???
Hari ini (19 Oktober 2011), satu tugasan sudahpun diberitahu markahnya...apa yang mampu aku lafazkan ialah 'ALHAMDULILLAH'... aku renung kembali segala kesusahan dan kegigihan aku sewaktu nk menyiapkan tugasan subjek tu. Senyuman mula terukir.  Aku amat bersyukur dan lega dan patut kita sedar Allah itu Maha Adil.  Apa yang patut kita dapat, insya-Allah kita akan dapat.  Bezanya sama ada baik ataupun sebaliknya.

Bermula ahad (16 Oktober) sehingga khamis (20 oktober) ada lebih kurang 6 asignment aku kena buat (Fail PJ, Fail SDP, Fail PBS, Laporan Perkhemahan BSMM, Fail EDU, Fail P.Khas). Selain tu, dalam masa yang sama kena pergi jawab kuiz Ujian Akhir Kursus (UAK) salah satu subjek/ kursus yang tidak dapat diambil kerana menyertai pertandingan debat IPG Kebangsaan.  Kemudian, Pembentangan mikro EDU (Sebelum ni buat dah preparation tapi disebabkan dah lama rancang dan sepatutnya dah lama bentang tapi ada kekangan, lecturer pun sibuk, terlupa dah segala perancangan- so buat semampu yang boleh je la.....),  Lagi!!! jawab kuiz untuk GERKO (BSMM) pulak..... Minggu ini, minggu yang meletihkan. -Astaghfirullahalazim-

Kini, sememangnya aku menantikan tibanya hari cuti... Deepavali!!!..waaaahhhh tak sabar rasanya nk bercuti, nak rehat, nak tidur puas2...hahaha....

Wednesday, October 12, 2011

Pertandingan Debat IPG Kebangsaan 2011.....


Inilah kisah perjalanan pasukan debat IPG Darulaman sepanjang Pertandingan Debat IPG Peringkat Kebangsaan 2011yang berlangsung di IPG Tengku Ampuan Afzan bermula 9 sehingga 13 Oktober 2011....

Buat pertama kalinya aku mewakili IPDA dalam bahas ke pertandingan peringkat IPG, sebelum ni aku masuk pertandingan pidato ja....

Bersama 'adik2' iaitu Boniface Jane, Nuruddin, Naqiuddin -simpanan @ pembawa beg dan pencari maklumat yang setia, Azryn dan juga Syakirah sebagai pemerhati.  Diharapkan pemerhati juga telah mengambil input-input berguna terutamanya dari aspek teknikal, pengetahuan am mengenai debat BM dan sebagainya untuk kegunaan pada masa hadapan dalam mengangkat pasukan debat institut kita!!hoho...:)

Sedar de persediaan yang kurang rapi, maka tidaklah aku meletakkan harapan yang tinggi untuk pertandingan pada kali ni..tapi aku dan yang lain-lain xla berhasrat untuk terus longlai dlm perjuangan. We still try hard to do the best.  Perjuangan tersekat awal tidak mengapa...tidaklah frust sgt sbb hajat utama adalah utk memberi pendedahan kpd mereka yg masih baru ini dan juga utk menilai serta melihat prestasi pasukan yg baru dibentuk ini (Boni, Nuruddin).  Keputusannya, Alhamdulillah setelah selesai 6 pusingan awal kami berada pada kedudukan ke-10....

Ringkasan perjalanan kami sepasukan seperti berikut:

1st: IPDA vs Perlis (IPDA Kerajaan)
Usul: SJK Masih Relevan
Keputusan: Usul ditolak..huhu...
Juri: 3-0
Margin: 5.66
Pendebat terbaik: Syafiq (Perlis)
Kedudukan selepas pertandingan: 21


2nd: IPDA vs Afzan (IPDA Pembangkang)
Usul: Masalah Birokrasi Menyekat Pembangunan Pendidikan Negara
Keputusan: Usul diterima...kalah lagi..huhu...tidak mengapa....
Juri: 2-1
Margin: 3.5
Pendebat: dapat kt Boni kita...;)
Kedudukan selepas pertandingan: 21

3rd: IPDA vs Tuanku Bainun (IPDA Kerajaan)
Usul: Demonstrasi Penghalang Pembentukan Perpaduan
Keputusan: Usul diterima....kemenangan pertama
Juri: 3-0
Margin: 7
Pendebat terbaik: dapat kat Boni kita lagi...makin sensasi nama dia;)
Kedudukan selepas pertandingan: 14

4th: IPDA vs IPIS (IPDA Pembangkang)
Usul: Pendidikan Negara Maju Model Terbaik Untuk Malaysia
Keputusan: Usul ditolak...;)
Juri: 3-0
Margin: 4
Pendebat terbaik: eh...ceq la...ngeh3.....
Kedudukan selepas pertandingan: 11

5th: IPDA vs Dato' Razali (IPDA Pembangkang)
Usul: Pembangunan JERIS hanya di atas kertas
Keputusan: Usul ditolak...yeaaaa;)
Juri: 3-0
Margin: 3.67
Pendebat terbaik: Boniface @ Bunkface...hua3
Kedudukan selepas pertandingan: 7

6th: IPDA vs IPBM (IPDA Kerajaan)
Usul: Jaringan Sosial di Internet Satu Ketagihan
Keputusan: Usul ditolak..huhuhu...
Juri: 2-1
Margin: 2
Pendebat terbaik: Paizal Sanek (IPBMM)
Kedudukan selepas pertandingan: 10......selesai and berakhirlah perjuangan kami pada kali ini....

Sambungan: Hari terakhir perjalanan pulang ke Kedah...;) melancong!!! hahaha...kemana???

CAMERON.....;)



Monday, September 5, 2011

Bicara soal hati (^_^)


Jodoh dan pertemuan, hidup dan mati dan segalanya mengenai riwayat hidup kita sememangnya sudah termaktub sekian lama sejak kita azali lagi...

cumanya, menunggu saat dan ketikanya sahaja bila ia akan terjadi kepada kita...

Cinta??? satu persoalan yang cukup abstrak.... berbicara mengenainya setiap orang punya pandangan berbeda... cuma bagaimana corak, gaya dan karakter percintaan yang kita lalui... ada yang bercinta kononnya atas nama Ilahi, namun itu cuma katanya tapi cara dan gaya bercinta jauh dari hasrat bercinta kerana-Nya... itu yang menakutkan kepada yang benar-benar ingin bercinta kerana-Nya tapi terdorong dek hawa nafsu...

Bagiku,
sememangya bercinta selepas kahwin itu indah, bercinta sebelum kahwin itu menjerumus kepada maksiat... benarkah?? bagi pihak tertentu ada benarnya, tapi bagi pihak yg lain juga ada yang tidak benarnya...

benarnya, kebanyakan remaja yg bercinta kini terjerumus dalam pelbagai kancah gejala sosial yang melarat....kes buang anak saban hari kian meningkat, kes sumbang mahram tiada sepi terpampang di dada akhbar, penzinaan, khalwat dan sebagainya makin sarat....

namun, salahkah bercinta? bagaimana yang telah merasakan jodohnya sudah ditemui...? satu sahaja yang mungkin boleh kita renungkan, apa niat sebenar kita bercinta tatkala merasakan sudah bertemu cinta dan jodoh sejati... seandainya semakin hari nafsu dalam diri terasa bergelora untuk melakukan seperti mana perilaku manusia lain, berpegang-pegangan tangan tatkala berjalan-jalan, berdua-duaan dalam suasana romantis kegelapan, bersentuh-sentuhan di sana-sini sehingga kemaluan, rinduan yang keterlaluan lebih daripada merindui ibubapa, rasul dan Tuhan, dan sebagainya rasanya itu bukan lagi cinta sejati apatah lagi jauh tersimpang dari bercinta atas landasan yang diredhai-Nya....

cemburu dan rindu???
cemburulah dengan perkara kebaikan pasangan kita lakukan seperti kuat ibadah, cemburulah kenapa kita masih rasa malas dan segan meningkatkan amalan kita...
rindulah kepada yang lebih UTAMA tatkala kita merasakan rindu sangat kepada si dia... apakah kita merindui-Nya seghairah kita merindui Tuhan Pencipta sekalian alam?

janganlah kita cemburu hanya kerana pasangan rapat dengan gadis/ lelaki lain, pasangan nampak mesra dengan gadis/ lelaki lain, pasangan bagi hadiah kt orang lain kt kita, dia xbg pon dan sebagainya....

Bagiku, skrip hidup manusia ini berbeda dalam mencari dan bertemu cinta dan jodohnya... janganlah terlalu mengherdik, anti dan sebagainya... kita mungkin mengharapkan cinta selepas kahwin namun kadang-kadang apa yang kita harapkan xberlaku.. ia datang lebih awal mungkin dengan cara yang kita anti... peringatannya untuk kitalah, sebagai cabaran terhadap iman... jangan terdorong seperti perilaku mereka yang tersasar, doa selalu supaya apa yang kita lalui ini mendapat keredhaan dan ianya benar dan baik untuk kita dan agama kita. DOA ITU PERISAI kepada kita ummat Islam... :)

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.
Ya Allah, apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikan ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai.
Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikan ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.
Ya Allah, jadikan cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikan aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh.
Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.
(Hadith riwayat At-Tirmizi, Rasulullah S.A.W bersabda, “Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s”)

***kalau ada yg silap boleh beritahu untuk diperbetulkan....terutamanya berkaitan dengan hukum hakam***

Anda boleh layari laman ini untuk menambah lagi bacaan tentang CINTA..:)

Saturday, September 3, 2011

Tiba musim assignmen.....huhu

arrrgggghhhhhh!!!! banyaknya asemen!!! begitula kehidupan sebagai mahasiswa/wi di seluruh negara.... bagaimana pula gelagatnya di IPG (Institut Pendidikan Guru)??? tidak ada tugasan yang mudah kecuali kita sendiri yg ambil mudah tugas yg diberi.... tp kan kadang2 tu terasa juga sekali bagi asemen mcm pokok menghempap rumah papan.... bertimbun2... xtahu la mcm mna nk susun... xdak sistem yg baikkah dlm menyusun jadual pemberian tugasan ni??? ermmm....masih berfikir..huhu

kadang2 terasa bebal nk buat bila dh terlampau banyak... ye la nk raya pon rasa xaman.. memikirkan asemen... kalo dua tiga tu boleh tahan la..ni...4,5,6,7,8.....huhu... so mula la ada yg nk buat halai balai, cincai cincau.... kalo ad masa panjang rasanya insya-Allah hasilannya lebih baik....=)

tugasan makan duit???
aiyyaaa....ni satu hal..hahha... memangla pelajar di IPG diberi elaun utk belajar, so patut digunakan duit tu utk buat asemen... tapi kalau satu asemen dh berhabis sampai puluh2 ke ratus2 mcm mana...nk berjimat pon dh xboleh cz perlu beli jugak kot mana pon... spe yg niat xnk menyusahkan keluarga dengan mintak2 duit pon terpaksa mintak juga gara2 nk buat asemen..contoh nk buat ABM (Alat Bantu Mengajar)..seronok tu memang seronok buat benda2 macam ni tp tu la kne fikir kemampuan student yag belum bergaji sekadar elaun berapa ratus sebulan and perlu dibelanja sama untuk makan dan pakai...huhu...










inilah antara ABM yg telah aku siapkan....kosnya...erm..xpela, biarlah rahsia..huhu

malas???
hurmm....lagi satu masalah... aku pon ada rasa malas ni...malas sangat2 nk buat asemen...huhu... nk cari mood rajin tu amat susah... aduhai... xthu la...xdpt formula lagi nk bg rajin, xmengeluh, xmembuang masa dll..... :(

namun itu semua lumrah dalam menuntut ilmu...sebab itu kita perlu bersabar, belajar sungguh2 dan tekad dengan azam yg jitu untuk menggapai kecemerlangan... usah banyak mengeluh... apa guna mengeluh lebih baik kita langsaikan segala kerja dengan sebaik dan sedaya yg mungkin... nasihat ini utk diri sendiri dan semua pembaca...hehe...

Friday, September 2, 2011

Yang lain lebih mengerti dan empati

ermm...beginilah ceritera hidup manusia... sungguh pelbagai.... skripnya tidak sama antara satu dengan yg lain....

telah aku ceritakan sebelum ini serba sedikit skrip hidup yg telah aku lakonkan... dan saat ini, aku bersyukur walaupun yg sepatutnya lebih mengerti, memahami dan empati memainkan dan menjayakan watak mereka dengan baik tetapi sayangnya GAGAL... GAGAL dari segi nilai kemanusiaan (ada yg memahami dan membantu tp kuantitinya amatlah sedikit, semoga yg sedikit ini ikhlas menolong), tapi apa2 pon aku bersyukur ada watak sampingan di sisi aku plak yang menjiwai nilai2 tersebut...

sebuah keluarga di Kg.Raga, Yan, keluarga sahabat aku... namun aku dh amat akrab dengan keluarga itu. xingat dh bila ikatan itu mula terjalin. Mereka layan ak mcm keluarga sendiri... bukan dh mcm pon kadang2 tuh... sangat penyayang, mengambil berat, sedia berkongsi apa saja, boleh menjadi tempat kita bergantung harap...

aku amat bersyukur bertemu mereka di atas muka bumi ini...
insya-Allah... selagi hayat aku masih ada ini, sekiranya aku dimurahkan rezeki dan mencapai kejayaan suatu hari nanti, xkan aku lupa jasa mereka...

Doaku,
Semoga Allah sentiasa merahmati mereka, panjangkanlah usia mereka, murahkanlah rezeki kepada mereka, hindarilah mereka dari bala bencana...amin Ya Rabbal 'Alamin...

LOVE ALL OF THEM....:)

Tuesday, August 30, 2011

Ramadhan yang pergi Syawal kembali

30 Ogos 2011 = 1 Syawal 1432H = Syaitan2 pon dilepaskan = Pintu Neraka dibuka kembali...=(

setelah sebulan umat islam berpuasa kini tibalah Syawal untuk dirai...semoga kita sentiasa mensyukuri segala nikmat kurniaan-Nya, berharap dan berdoalah jangan kita tergolong dalam golongan yang sia2 "Ramadhan berlalu tp dosa tidak terampun"... semasa di Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir hari tu, ceramah ustaz ada menyebut hanya bulan Ramadhan yang disebutkan dalam Al-Quran, so sedarlah betapa specialnya Ramadhan dan amat rugi bagi kita yg tidak menghargai kehadirannya... raya ini pula adalah fitrah... semoga kita kembali kpd fitrah, suci dan bersih.

erm, sbg anak sulong masok thun kedua aku bayar zakat utk diri sendiri dan tanggungan... erm Bab shoping time raya...
waduh2..aku rasa shoping sakan la...huhu... bajet abes lari..ni gara2 teman kawan shoping la ni... depa yg mencari baju aku plak yg mlekat beli..waaaaaaaa.... beli kasut pompuan??? tudung??? oh..bukan utk sy tu utk my mum and my grandma ye..hehe...

2 hari sebelum raya-------> shoping seharian di SP ng kawan namanya Faris
berbuka di bazaar dalam suasana yg belum pernah aku lalui..best sangat..haha and balik umah lebih kurang pukol 11.30 malam.

1 hari sebelum raya-------> shoping seharian di A.Star...huh..macam2 berlaku, dengan musim hujan, jumpa owg kurang waras di Pusat Dakwah waktu berbuka..adoi..takut ada kesian pon ada... tapi entahla... patot tolong ke apa.. awal berbuka dia dtg sembang2 dk citer pernah tido ng DATIN le, tangan berbalut ng bandage katany patah cz dia masok tomoi nk cari makan... lps solat pkir dia dh xdtg kt kami dh tp... datang duduk2 wt ramah last "weh aku bukan apa, aku nk mintak tolong hampa sangat2..aku nk balik tp duit xdak langsung nih, RM 9.20 ja weyh tambang... bagi r cket weyh aku nk balik"...????...."bagi p la berapa pon weyh"... aku takot...mula dh dia nih..nk balik umah betoi ka apa... ada budak maahad junior kawan aku bg dua ringgit..aku pon kesian gak.. tp aku pon xbrapa nk ada duit..aku pon bg la singgit.. tapi tau x lps tuh.. dia ambik dia bg balik kt aku... ang ambik ni kt ang...aku nk RM9.20 ja weyh... aku pon..ai dia nih.. last2 aku bangun slow2.. tp kesian kt bdk tuh kna layan dia sowg2.. kawan aku lagi dua owg dh blah awal lg... aku xsanggup nk tgl dia sowg tp xsanggup jugak nk hadap abang tuh... berseluar pendek masok Pusat Dakwah.... erm..macam2 la...

suasana di luar Pusat Dakwah, masih hujan... tp kami nk blah jugak... nk pi Pacific plop... shoping sampai nk tutup.... haha... habis shoping xbrani nk balik Yan..jauh kotttt..dh la malam..last balik tido di umah sewa aku di Taman Kenanga, Jitra...;)

esoknya balik, kot Highway hujan rintik2... tapi alhamdulillah sampai dengan selamat ke Kg. Pengakalan Bujang lebih kurang pkul 5.00 petang... get ready esok nk raya!!!


-Solat Sunat Aidilfitri
-Ziarah kubur abah, tokwan Hasan, tokwan Husain, Pak Tam Lid & Abg Mie
-Ziarah Pak Teh
-Melayan tetamu yg datang ke umah

itu saja pergerakan aku pd hari raya pertama ni... :)

Syawal kali ini...
Syawal pertama beraya tanpa ayahanda tercinta...
kami kirimkan ayat2 suci sebagai ucapan salam lebaran buatmu di sana...
moga abah sejahtera...
rasa rindu sememangnya amat dirasa...

Hidup perlu diteruskan,
semoga dapat bertemu lagi dengan Ramadhan Al-Mubarak,
semoga bertemunya dalam keadaan sihat wal-afiah...

Friday, August 26, 2011

Alkisah SBE terakhir...(^_^)

Syukur Alhamdulillah setelah seminggu berlalu bermula 21 hingga 25 Ogos 2011 semuanya sudah berakhir dengan jayanya...(~_~)

SK. Kg. Pasir, Merbok itulah destinasinya...
hari pertama mendaftarkan diri...jumpa guru besar, "Abdul Sharil Hazri Nordin..Nordin mana ni?" ask GB. "Nordin guard sini dlu"..."ha..dh agak dh, tgk rupa nk iras2 Pak Din tu yg tny tu..." pastu dia kuar bilik dia jumpa Pen. Kanan...."ni..anak Pak Din!!! besaq segak dh..." said GB."laaa tu ka..." said P.Kanan =) "baguslah boleh tlong keluarga...."

then, kwn aku plak sampai...Norhayati Mansor dia dulu sekolah rendah sini.
jom turun perhimpunan~~~

di perhimpunan.."kita ada dua orang cikgu baru yang akan bersama kita selama seminggu, minta perkenalkan diri"...err....1st time kna perkenal diri kt perhimpunan. Di sini juga aku jumpa guru kelas aku masa aku darjah 6 Rajin dlu..cikgu Halim...kwn2 cikgu kata apa "tudia, anak murid dh sama ngan cikgu dia dh..."

selesai perhimpunan~~~
erm..xtahu nk kna p and nk duduk mana...kmi pun bergerak la ke klas P.Khas walaupun sbnrnya tugasan kami xdak apa2 pon berkaitan PK sem ni...masuk saja, biasala bdk2 PK semuanya memerhatikan kmi dr atas smpai bawah...teruja ada cikgu baru mai...cikgu depa pesan spa mai kelas seminggu ni nanti dapat duit raya...

kemudian cikgu mula mengajar...
erm, cikgu nk mengajar warna bendera Malaysia..dengar cikgu Sharil terang ya....(??? in my mind) tiba2 saja...waahh...on the spot!!! aku pon berceloteh la pot pet....pot pet....warna merah lambang semangat waja, kuning warna diraja lambang kedaulatan, putih suci bersih hati dan jiwa dan biru lambang perpaduan masyarakat Malaysia yg pelbagai kaum....=)k warna2...warna bagi lawa2=)

hari kedua~~~
aku bawak kamera p skolah...erm...mcm bdk2 PK yg lain memang depa ni pantang nampak kamera..waduh2..berebut2 deh...tambah2 yg hyperaktif...bukan setakat kamera aku dia nk main laptop pon nk main...xpa2..rehat nanti kita tgkap gambar ramai2 naa....

waktu rehat~~~
cikgu!!! jom tangkap gambaq!!! so bergambarla di dataran...bdk2 klas aliran perdana pon perhati je la dr kejauhan...



hari ni juga masok klas tgk cikgu BM mengajar...tp dy ngajar Matematik la!!! hahaha...ahh redah je la...tagkap la gmbr prop prap..prop prap... esok kmi nk tgk cikgu mengajar lagi...ok! cikgu tu bagus betol..xmenolak...

hari ketiga~~~
erm...hari ni aktiviti di klas PK adalah buat kad raya (^_^)...waahh...hari ni terasa hot plak..bdk2 kalot dk panggil ajar anyam ketupat raya n lukis pelita kt depa...aiyyo...hurmmm..mcm2...ada yang bagus, bagus la..masalah depa ni yg ketara satu ja SUKA BERGADUH maaaa!!!!....depa ni xposa tangan n kaki...sat2 ad ja yg kne sepak terajang..gedebuk gedebak kne ng bdk hyper yg bernama Yasin, Izzat pon kasar jugak...dh xlarat dilarang lagi dh..kalo aku cikgu depa betoi2 siap la....aku tau la nk buat apa...hahaha...tp kesian jugak tgk depa ni kena rotan..tp nk buat mcm mana dh buas..rotan pon satu bentuk peneguhan dalam PK..peneguhan negatif...tp jgn waris dk mai saman menyaman dhla..faham2 la tugas guru terutamanya guru P.Khas...

hari keempat~~~
nampaknya SBE tinggal lagi sehari....cikgu sampai Khamis ni ja ka? lps ni cikgu p mana plak? "cikgu balik tempat cikgu belajar la plak....kalau ada rezeki cikgu ngajar sini"....cikgu PK sini pengasasnya dari IPDA tp dh ditukarkan, tp ada lg sorg cikgu Yana pon dr IPDA-pensyarah pembimng dia Pn.Suraya Bai...=)...

hari ni ada program kt sekolah..Program Ihya' Ramadhan dan Khatam Quran. Ustaz lama sekolah ni mai bg ceramah...erm, disebabkan aku ja cikgu PK laki kt situ maka aku la kna kawal bdk2 PK lelaki...(mcm cikgu betol plak..haha)..ye la time dk dengar ceramah boleh lagi dk cubit2 kawan..hurm..aku panggil mai dk kt aku ha...diam, nk tertidor bdk tuh...

after ceramah masok klas...aktiviti mewarna bendera kedah plak...spa xhabis warna xleh tangkap gambar ng cikgu Sharil ng cikgu Yati...cikgu!! dh habis!!!...k spa habis p serang cikgu Sharil!!tudia arahan..hahha...bdk2 pon bersorak la..yeaaaaaaa!!!...

erm..depa ni berkenan sgohla ng kamera, aku pon seriau juga nk bg..tp bg p la...jgn bg jatuh ya...ada ja bdk yg boleh diharap sbnrnya..tp besala..sume pakat attract ng kamera koman tu nk wt gno..huhu..ni la ntara beberapa aksi:-




hari terakhir, bukan sahaja utk SBE di SKKP tp utk keseluruhannya~~~
hari ni tiada lain, mereka menantikan duit raya dari cikgu!!!..huhu..tp xpa, kwn aku bg dh ckop la tu kan..hehehe..aku tlg bg yg waris sedekah (kira cikgu Sharil bg la noooh)..hahaha...ambillah cenderahati gambar kami bersama bdk2 PK SKKP sebagai kenang-kenangan. Kt klas PK satu untuk Guru Besar satu...ok la tu kan...bajet...=)

budaya menyampaikan duit raya kt sini bdk2 berbaris panjang di koridor bawah guru2 berbaris depan bilik guru...kemudian penuhla bdk2....xde dewan rasany sekolah ni...apa2 aktiviti tgk semua buat kt kantin sekolah...erm..bukan bdk je dpt aku pon dpt jugak duit raya dr GB..hehe..jumlahny dirahsiakan...=)...TERIMA KASIH SKKP, TQ Pendidikan Khas atas layanan yg diberikan kpd kami sepanjang kami berada di sana...Tq a lot...

k 4 the next time...get ready 4 1st practicum...huhu....lub dub...lub dub...




Thursday, August 18, 2011

SalaM LebaraN


Assalamualaikum teman2 sekalian....

sekarang dh 18 Ramadhan, bermakna sudah 18 hari kita berpuasa....semoga amal ibadah yg kita usahakan diterima Allah swt hendaknya... so, dikesempatan yang ada sebelum saya balik kampung bercuti dan menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah buat kali terakhir (kali ke-4)saya nk mohon maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali diri ini, mohon maaf seandainya sy ada mengguris hati dan perasaan kalian sepanjang perkenalan ini dan dibulan yang mulia ini adalah masa yang sesuai untuk kita saling bermaaf-maafan antara satu sama lain.

saya sentiasa mendoakan semoga kita semua sentiasa dirahmati-Nya dan dapat meneruskan riwayat hidup kita dengan penuh keberkatan. baju raya macam mana??? dh beli?? saya Alhamdulillah dh beli...tahun ni putih berseri la sy..hahaha...bju raya je la..orgny kurang putih...huhu...(^_^)

terima kasih juga kpd si dia yg hadiahkn kuih raya, minta maaf atas segala permasalahan yg berlaku antara kita...semoga awak bahagia dan gembira di samping keluarga tersayang di Ketereh, Klate.. =)...akhir kalam, Salam Aidil Fitri...maaf Zahir & Batin...TAKE CARE!!! 143

Tuesday, August 16, 2011

Menanti Pengalaman Berasaskan Sekolah terakhir...

hurm.....pejam celik dh masuk ke SBE last dh setelah melalui 3 kali SBE sebelum ni di tempat2 berikut:

1st SBE at SK Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah with Hafiz Jamal, Firdaus Rashid and Hatim Jefri(3 days then continue at SK Bandar Baru Darulaman,Jitra 2 days cz xcukup hari kt SKSAT...ceq masuk pertandingan pidato integriti zon utara time tu kt IPG Ipoh)...




2nd SBE at SK Bandar Baharu, Bandar Baharu, Kedah (Bulan puasa time nih)....n im very enjoy to complete my task at SKBB with my friends Haikal Mansor, Ahmad Lutfi Ali, Muhd Syafik Yakop and Muhd Nazmi Samad...ingat lagi, petang2 main Saidina tak pun main Petonque...best2..=).. sekolah tu pun sangat meraikan kehadiran kami, kne buat persembahan kemerdekaan la, nyanyi lagu raya la, tazkirah Ramadhan...haiyya....tp best..mujor kami ada artis..huhu..(^_^)




3rd SBE at SK Clifford, Kuala Kangsar, Perak with my gurlz...hahaha..(Faiqah, Tasha, Pikah and Nurul)...time ni pun best jugak.... jumpa bdk PK yang bagus2, xla buas sangat... amek bdk Cina (Yoke Onn) tp dia xpandai berbahasa Cina cz tinggal di rumah kebajikan dari kecik lagi(Rumah Kanak2 Sultan Abd. Aziz, KK)rasa2 ceq la kalo xsilap... haha..and owg panggil Yoke Onn ni Adam.... harap2 nnti dia diberi taufik dan hidayah untuk memeluk Islam, dia mang pandai pun baca doa2 drp baca mantera...dia pun kata nk peluk Islam=)SBE ni jugak dibawak jalan sana sini ngan mama pikah (mama Surahaibah)... sampai Taiping pun p gak.... Birthday ceq pun time SBE kt sini... last day SBE, ingat agi Pikah ngan Faiqah nk pekena ceq ngan simbah air paip...mujor xkne basah kuyup... apa2 pon, its nice memory to remember...





4th SBE???? where??
ha...this time buat dekat ngan umah, balik kampung....tp sekolah ni banyak kenangan aku dengan abah... SK Kg. Pasir, Merbok... dulu abah jd guard kt skolah ni, kadang2 dk ikot la dy teman jaga skolah... hehe... di sini jugak la dy kne rompak ngan penjahat nk rompak makmal komputer... huhu...pastinya menggamit memori bila tiba kt skolah ni nanti.. 21- 25 Ogos 2011...

Monday, August 15, 2011

AnA SukA..=)


Salam, meneruskan perjalanan hidup di hari ke-15 Ramadhan... Alhamdulillah saat bukak Facebook, tekan2 apa yang rasa nk tekan, teringat plak kuiz yang ceq dk jawab tu... Kuiz Ramadhan Online oleh PEMBINA Kedah... rasa nk jwab kuiz pusingan 3, saja suka2 disamping dapat juga menambah ilmu pengetahuan... soklan kuiz tu pun boleh tahan... ada yg senang ada yang ceq xtau pun jwapan dy...
tengok2... aih dh ada senarai pemenang kuiz pusingan 1 dan 2... eh!!!... ceq menang pusingan 2... !!! plg cepat dan tepat menjawab... xsangka betul... apa2pon syukur Alhamdulillah... bukan niat nk mrebut kemenangan pun, sja mengisi masa lapang di bulan mulia ni dengan aktiviti2 berfaedah... kuiz ni memang berfaedah.....

Tgk list pemenang top 4..aiyya..semuanya org yg ceq kenal..budak Maktab Mahmud Yan, adik kakak (Uzair n Fathehatul Nabila) n juga housemate ceq!!! Zulagil Haizamuddin...ok la tu Zul top 4...nnti aku bg kt ang sama ye hadiah tu...=)...

Selamat Meneruskan Puasa Ramadhan...=)

cer tekan link di bawah: (^_^)

KEPUTUSAN KUIZ RAMADHAN ONLINE PUSINGAN 1&2

Sunday, August 14, 2011

SelagI HayaT DikandunG BadaN


selagi hayat dikandung badan,
takkan aku biar cerca tertempek di muka bonda,
biar aku lemah selagipun tiada daya dan keringat tenaga,
walau aku jauh tiada di sisi mendamping bonda,
aku ada senjata doa sebagai perisai buatnya menahan luka,
doa aku moga kau terus tabah mengharungi liku hidup di dunia yang fana,
moga kau tak buta menilai yang mana kaca dan yang mana permata,
diampunkan dosa kita semua penginap bumi yang sementara,

jangan sesekali dilupa,
hidup ini agama paksi utama,
nafsu itu sentiasa mencuit dan mengusik iman kita,
jangan dihirau akan neraka, lupakan saja syurga yang tidak nampak di depan mata,
bisikan itu sudah banyak menjahanamkan umat manusia,
yang sufi hilang pedoman diri,
yang alim tiada malu bersifat zalim,
yang kaya tiada hendaknya menderma,
yang wali tiada segan berjudi jamu anak isteri,
itulah ceritera hidup berpaksi nafsu perosak jiwa...

duhai bonda,
kasih sayang sememangmu sungguh tiada terperi,
didiklah jiwa anak-anak agar rasa kasih tidak sepi di dalam hati,
rasa hormat dan taat teguh menatang dirimu yang satu,
andai tiada terdidik jiwa dan raga mereka,
pasti kita buntu siapa benar siapa salah dalam mengemudi bahtera keluarga,
yang wala' bisa derhaka,
yang ditatang tiada lagi mengenang,
yang disanjung tiada dek untung,
pasti ini semua mengundang hiba dan sengsara buat kita,

selagi hayat dikandung badan,
mahu kita saling mendokong untuk bahagia,
apa yang dilaku berbaliklah pada iman dan juga takwa,
renunglah ibu akan permata, tajamkan belakang parang yang sudah tua,
tiada yang lain sebagai pengasah melainkan Al-Quran dan As-sunnah,
sekian lama menjadi panduan hidup umat manusia dalam menggapai redha Allah Yang Esa...

Rasa Hati...



Jumaat ari tu aku balik kampung...12 Ogos 2011...

aku rasa lega mujur n ada hikmahnya aku balik....kalau x xtahu la adik2, tok n umah mcm ne...mak g umah mak mertua baru dy..

aku beli siap2 makanan utk berbuka n beberapa keperluan umah kt TESCO SP...sampai umah bisingla bdk2 tuh abang balik!!! abang balik!!!...kt umah ad adk aku yg sklah rndah 2 owg, tok ng adik aku yg sulong...tok ad la buat agar2, masak ikan jeruk utk berbuka..cian dy dhla xlarat, sakit2 urat kna plak masak utk adik2 aku...

mlm mang aku dk umah ja xp mana2...p tarawih kt masjid, segan aku nk p tarawh kt surau depan umah cz pristiwa mak aku kawen ng jiran ni masih lg jd bualan org..tambah plak time aku balik mak aku xda p tido sana..lagi la kalau org tau mula depa nk kata mcm2..tu la lumrah hidup org kampung,..xpernah nk berubah...sukar mencari kebaikan org lain dr mencari keburukan sesuatu...

sahur, kami bangun mcm biasa...makan apa yg dh ada semalam....
semayang subuh, tido sat..kemudian bangun aku ajak adik2 yg kcik tu p kubur abah..rindu sangat kt abah...baca Yaasin..abah...semoga abah semadi dengan aman...lndungi kami anak2 beranak supaya kuat hadapi dugaan yg mcm2 nih...kemudian p merbok beli ubat batuk kt adik aku yg sulong, aku la ni rasa kesian sangat dh kt dy...aku rsa pengorbanan dy jaga family sgt besar...aku ni apa yg aku buat sangat...tlong gtu2 sja...

duit padi dh dpt, dy bg aku cket..aku akn simpan bahagian tu utk kegunaan umah..xnak ak guna utk beli brg2 aku kt sini...

dh petang, aku xtau bila mak aku tu nk balik..esok dh nk skolah...aku call, mak kata xda spa nk hantar balik..k aku kata aku p ambik...sian kt tok nk kna jaga adik2..dy bukannya sihat nk sroh jaga...lps letak call mang aku start mtor g Guar nk ambik mak...

hujan, aku doa jgn lebat2..huhu...smpai ja sna aku singgah sat.ingat kn nk terus bwk balik ja..mak gtau pkcik xbg balik lg..tp aku kata spa nk jaga adik ng tok?esok dh la skolah..tk bukannya larat, ada sepupu aku yg kecik lg anak makteh ak depa mai tgai kt umah swoh jaga, mkteh p jaa pakteh kt hospital...sian jugak kt makteh, pkteh...dlu abah sakit..skang pakteh plak...kanser mata, ak xtau mcm ne keadaan pakteh skang..dh kurus st dh rsanya...nk harap anak2 dy pon..hurmmm....

k mak kata mlm satni pkcik antar, dy amek dy la nk ntar...k aku biar dy p ntar mak mlam satni...dalam perjalanan tu aku dk pkiaq, nak balik mktab petang sabtu tu jgak ka esok pagi...xyakin mak akn balik malam tu walaupon aku cuba nk percaya dy akan balik cz esok adik2 nk skolah...

smpai umah, tgk halaman depan n belakang umah penuh dh ng daun2...aku suroh la adik2 aku dua org tu nyakar smpah...aku masakla cket2 utk berbuka nnti, tok ada buat agar2...
aku gtau tok, mak balik malam satgi...

sampai waktu berbuka, kami pon berbuka la dgn apa yg ad...aku dk pkiaq la kalau aku xbalik ni spa la nk masak kt depa ni...mula dh rasa xsuka ng cara mak aku nih...ni la benda aku takut, aku xmau nnt imbu rasa meluat or apa2 dengan tgkah laku mak bila dh kahwin ni..dhla aku xsuka laki dy..serba xkna la...

lps berbuka, solat,bc quran the p tarawih kt msjid...dh pkul 10.00 malam...mak xbalik lagi..aku dh mula dh rasa geram...bukan ng mak tp ng laki dy..kata nk mai ntar..hurm...sebab tu la agama tu penting dlm dri sesorang..bila thu agama dy tahu tanggungjwb, amanah dan jnji...

aku sian tgk tok, dlm hati aku d nk nangis dh...dk kna jaga adik2..sbb tu la aku berat nk baik petang td walaupon esok (ahad) aku ad kuliah kt mktb...

smpai mlm, ada ja keta ka mtor lalu mcm berhenti lama sket depan umah aku dk harap tu mak..tp...smapai ke pg sahur..mang xbalik...aku betol2 kecewa..tp ..ermm..ntahla..aku kesian kt tok ng adik2...

ni la yg aku risau...atas dasar apa perkahwinan antara mak ng laki jiran aku tuh...Ya Allah berikanlah aku dan keluarga petunjuk-Mu Ya Allah....kuatkan hati aku Ya Allah...permudahkanlah urusanku dlm menjaga kebajikan keluargaku...aku dh xboleh berharap pd sesiapa melainkan engkau...tolong pelihara, nenekku, adik2ku...tlong beri kesedaran akan rasa tggungjwb kpd org yg aku syg itu Ya Allah..kpd si lelaki aku mohon pada-Mu..beri lah taufk dan hidayah-Mu...dekatkn dy dengan agama..itu yg aku harap..cz di mata aku..dy jauh dri itu..sbb tu keluarga dy yg satu lagi xaman bahagia..padanla dy dpt istri mcm2..dy pon patut renung diri dia...suami patot hikmah dlam mendidik istri..xkan aku yg perlu ajar dy??dy dh lama hidup dr aku....

Thursday, August 11, 2011

Buat AdiK, KakaK, AbanG & SahabaT


Buat adik, kakak, abang & sahabat yang aku syg...

Saat ini, aku menyeru agar dikau menghargai orang di sekeliling kita..kukuhkan ikatan ukhwah, jalinkan dengan penuh kemesraan...ibubapa dan anak, abang kakak dan adik serta sahabat...

sungguh aku bersyukur punya sahabat dalam mengharungi liku2 perjuangan pengajian ini...biar mereka berbeda jantina, mereka aku sudah anggap ibarat keluarga aku di sini...Afiqah, Faiqah, Natasha & Adliyah...Terima kasih sahabat....biar org kata mcm2, janji kita senang dan bahagia utk bersahabat...xsemestinya lelaki perlu bersahabat dan berkawan dengan lelaki semata-mata...cuma dalam berkawan dan bersahabat ini kita jaga batasan syariahnya...

sahabat yang aku senang, di sini aku senang dgn si haikal mansor...lega ada juga yg dapat aku kongsi masalah sesama jantina...memahami dan menemani kita hendaknya...bukan ramai kawan kita dapat jadi sahabat, tidak ramai yg mahu tahu masalah kita, tidak ramai yang mahu dengar luahan kita...jika ada yg sudi itu maka bersyukurlah....kita ada sahabat sedemikian..

kawan yang menjadi sahabat dalam perjuangan JPP...

tak pernah untuk aku fikir, dalam berkerja dan menimba pengalaman ini, kita bisa menjalin ukhwah yang sangat rapat....beberapa teman dalam JPP (Fakhriah, K.Ila, K.Ika dll) antara teman yg senang untuk aku berbicara untuk menghibur hati dan bergurau senda...

buat adik2,
jika sy terasa ati lama tu fahamla...sy ni susah utk dipujuk oleh orang yg rapat yg ada buat salah walaupun kecik...walaupun sebenarnya kesalahan org tu xla teruk sangat....kalo org dengar pun alaaa...lecehnya, kecik, besa ja pon..semua org ada buat salah...maafkanlah dia..ye aku maafkan, aku xmarah.kecik ati saja tapi lamaaaaa..nk buat mcm ne..hahha...tu tandanya sy dh rapat dengan kamu...

buat kakak dan abang,
2011-abg Syed Yusri dh posting...kali ni giliran kakak2ku pulak...k.ain and kak Su'aidah @ Sa'odah..haha...dlu dowg rajin masak and aku rajin pau..haha..skang dowg sibuk dh..xde dh mcm tu...


apa2 pon sedarlah..ini semua memori dan kenangan....
ada kita anggap remeh namun ianya berharga...jangan sampai bilaorg tu dh tiada baru nk rasa rindu..mcm sy skang...rindu yang teramat mendalam kar arwah abah...dlu xnak nk sembang2, borak2 bergurau senda (cz abah senyap orgnya...)...skang barula terasa nk semua tu...LOVE U ALL....bertuah juga ada UPBAI di sisi setia menungguku....

Wednesday, August 10, 2011

Abah...aku rindu abah...


Hari ini genap usia abah 49 tahun..namun abah pergi lebih awal dari genap usianya itu pada 8 Februari 2011....betapa hati ini merintih hiba saat ini hanya Allah yang tahu...betapa aku sedih xdapat berbicara dan mendengar suaranya di saat akhir, namun aku harap abah sedar akan kehadiranku di sisinya di saat-saat akhir di Hospital Sultan Abdul Halim, Sg.Petani...

kini enam bulan telah berlalu...
abah...abang sangat rindu abah...rindu sangat2, walaupun kadang2 terasa abah ni perangainya mcm2 dan aku bukanlah insan yang manja dan rapat dengan abah...cz aku amat segan dengan abah...adik2 lebih rapat dengannya...

kini, aku benar2 merinduinya..rindu yang amat sangat...
setelah enam bulan pemergianmu abah, mcm2 dh terjadi...mak kahwin lain dengan 'pakcik' di Siam, sanagt terasa ati dengan mak, tapi siapa aku untuk terasa hati dengan ibu yang melahirkan aku..aku pasrah dan redha dengan apa yg telah terjadi...

adik aku Shakir, aku syg dan kesian kt dia...dia byk menolong abah saat abah sakit..aku di sini belajar untuk menggapai cita dan berharap dpat mengubah nasib keluarga...kini, dek peristiwa mak kahwin lain tu aku sangat kesian dan berharap dia sabar dan merenung kembali siapa kami untuk rasa menyesal and sedih serta kecewa dengan keputusan dan tingkah laku mak...aku bersifat talam dua muka untuk pujuk dia supaya jangan sesekali melukakan hati mak walaupun secara peribadi kami semua anak2 tidak bersetuju dengan lelaki yang dipilih menjadi suaminya itu,..mak jd isteri nombor dua...

Abah...coretan ni coretan rindu bila teringat abah...shakir ingatkan abang tarikh lahir abah malam ni (1.30 am: 10/8/2011)...abah maafkan dosa2 abang kt abah...abang sayang abah walaupun abang xselalu ada di sisi abah...YA ALLAH..ampuni dosa abahku, ampuni dosa ibuku, ampuni dosa adik2ku, ampuni dosa2ku...berkatilah kami sekeluarga dan kehidupan abah di SANA....