Saturday, January 5, 2013

Positive Thinking

Duhai guru... berfikirlah dikau dengan fikiran yang baik-baik.

 

Guru yang berfikir baik-baik pastinya dapat membentuk murid yang cemerlang dalam hidupnya. Kita perlu menyemat sikap positif dalam diri, fikirlah "semua murid boleh diajar'. Perkara yang kita perlu lihat ialah sama ada murid kita itu sudah bersedia untuk belajar ataupun tidak.

Bersedia untuk belajar adalah kombinasi ke arah membentuk kematangan, mempunyai motivasi bagi melakukan dan peluang bagi mempertingkatkan kebolehannya.

Benar, kadangkala kita cuba...cubaaaa...dan cubaaaaa... untuk berfikir positif terhadap anak murid kita yang  lemah tetapi gagal. Kenapa? Kadangkala bukan salah anda mereka lemah, ini kerana mereka memang tidak berminat untuk belajar dan sebagainya. Itu sahaja silapnya. Tuddddiiiiaaa.. 'Think Positive' sungguh.. hahaha... Ye la kan.. jangan paksa murid anda yang tidak boleh, mungkin mereka ada kelebihan dan keupayaan lain. Kalau tidak nanti kita yang tension.... Nanti ada ceritanya.. teruskan membaca.

Apabila kita ingin merancang perkara yang hendak dilaksanakan untuk murid kita, kita perlu sentiasa berfikiran postif. Jangan berfikir risikonya terlebih dahulu kerana apabila kita berfikir sedemikian, kita tidak akan melakukan apa-apa! Beringatlah, setiap perkara ada risikonya. Adalah menjadi tugas kita bijak mengawal, menghalang mahupun mengatasi risiko yang berlaku.

Bacalah perbualan dua orang guru ini:

Kasim: Kita adakan aktiviti renang untuk murid kita.
Baba: Jangan! nanti mereka lemas!
Kasim: Kita bawa mereka berkuda.
Baba: Jangan! nanti mereka jatuh!
Kasim: Kita bawa mereka ke ekspo.
Baba: Jangan! nanti mereka hilang!
Kasim: habis tu apa yang boleh? semua jangan!
Baba: errrr....

Sekiranya kita tidak berfikiran positif, kita tidak dapat menjalankan sebarang projek untuk anak murid kita. kalau dah untuk murid aliran perdana pun sudah banyak 'JANGAN' inikan pula projek untuk anak-anak Pendidikan Khas, pastinya berlipat kali ganda kata 'JANGAN!!!'

Kita perlu mempunyai cita-cita untuk murid kita. Kita perlu berfikiran positif bagi melihat kejayaan mereka. Mungkin kita mempunyai matlamat ingin melihat anak murid kita berjaya sebagai peguam, doktor, pendeklamator tersohor, penulis novel terkenal dan sebagainya. Justeru, kita perlu mengejar impian itu untuk mereka dan kita kerana kitalah insan bujak yang kenal potensi diri mereka sebenarnya. Yakinlah.


Orang yang tidak mempunyai cita-cita barangkali tidak menetapkan matlamat dalam pengajaran dan pembelajarannya, dia hanya mengikut kewajipan tugas mengajar bukan mendidik dan membimbing.

Kita perlu bersikap terbuka dalam segala hal teruatamanya untuk guru Pendidikan Khas. Sekiranya kita tidak mahu membenarkan diri kita memandang jauh ke hadapan, kita tidak mungkin akan berjaya. Hanya orang yang berfikiran positif dan memandang perkara itu dengan harapan ia berjaya sahaja akan cemerlang. Kita perlu mempunyai wawasan. Walaupun ada di antara murid kita itu pencapaian akademiknya kurang memuaskan, cuba kita berfikir dan mencari kelebihan lain murid itu.

Padil adalah murid yang berusia dua belas tahun dan masih tidak dapat membaca dengan baik. Namun, apabila penyelak pintu tandas rosak ataupun suis lampu di bilik darjah rosak, dia adalah orang pertama yang membaikinya!

Tiada siapa sangka, semasa cuti sekolah Padil menghabiskan masa dengan memanjat pokok kelapa. Malah dia lebih cekap dan dapat menurunkan lebih banyak kelapa daripada abangnya. Itulah keistimewaannya!

Ini menunjukkan kekuatan Padil dalam bidang lain selain bidang akademik. Padil mempunyai masa depan yang cerah mungkin dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik! technician... Tugas guru untuk memperkembangkannya lagi. Ini tidak... kalau Padil tu tak siap kerja sekolah sebab tak tahu nak buat, asyik maraaaahhhh je kerja cikgunya.... (positif sangat la pulak.. hahaha)


Guru yang tidak berupaya membentuk anak muridnya yang lemah berjaya dalm hidup bukan kerana tidak upaya tetapi kita sebenarnya yang tidak mahir mencari kaedah yang sesuai bagi membantu murid kita. Kadangkala disebabkan diri kita yang berbeza kerana tidak mahu berusaha! sedangkan murid sentiasa ada yang mencuba apabila diberi peluang.

Come on cikgu.... kalau setakat sanggup ajar budak pandai je sah-sahlah keberangkalian mereka 'pandai' dalam akademik itu cerah, tapi belum pasti cerah masa depannya dalam menempuhi ranjau kehidupan. dan tidak semestinya murid yang lemah akademiknya itu, gelap masa depannya...silap-silap mereka berkereta mewah berharga kita masih berkereta tua meniti usia.

'POSITIVE THINKING'

No comments:

Post a Comment