Friday, July 16, 2010

IPG DARULAMAN MELAKAR SEJARAH HASIL KAD UCAPAN HARI GURU TERBESAR DI MALAYSIA!!!








"Lakaran Sejarah 15 Julai"

Tanggal 15 Julai 2010....
sebuah lakaran sejarah indah telah tercipta,
terbentang gah seluas 34.5m X 16m di bumi bertuah IPDA,
900 orang tenaga kerja mengerah keringat mengejar cita.

Onak duri yang penuh ranjau,
perlu dilalui dan direntasi sebelum ianya memukau,
perbelanjaan hampir RM 9,000 bukan untuk pembaziran,
tetapi pelaburan melahirkan modal insan berwawasan, guru berkemampuan dan mencipta 1001 kenangan luar biasa jauh dari kotak pemikiran.

Perjuangan ini satu pengalaman,
ia diuji penuh dugaan,
pujian dan kritikan asam garam kehidupan,
pahit getir hidup menguji ikatan persahabatan dalam kumpulan,
menusuk jauh ke dalam roh nilai-nilai spiritual kepada Yang Maha Kuasa Pencipta Alam,
membina daya tahan fizikal dan kekuatan mental menggapai impian dan harapan.

Ianya satu kejayaan bersama dan luar biasa,
memartabat profesion di mata media,
inilah kita bakal guru harapan negara bagsa,
kontraktor masyarakat 1 Malaysia yang berjaya.
kita "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

ciptaan: Bendahari Kehormat JPP 2010/2011

Tahniah IPDARIANS....

BERITA TENTANG KEJAYAAN KAD TERBESAR DI MEDIA....

The Star

mStar

BERNAMA

Sinar Harian

Lain-lain