Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Sunday, June 3, 2012

Dari Kaca Mata: Bukan Retorik


Bahang PRU-13 sememangnya kian terasa.  Baik Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) masing-masing giat menggembleng tenaga, merangka strategi perjuangan semuanya untuk menarik undi rakyat.  Pelbagai cara dan kaedah telah diguna pakai.  Masing-masing punya style tersendiri.  Ayuh kita saksikan perbezaan style yang akan saya ceritakan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang sekejap cuma berada dalam sebuah program politik di pihak 'kerajaan' dan kesempatan menonton secara online program di pihak 'pembangkang'.  

Hadirnya saya bukan kerana suka ataupun suka-suka tetapi saya punya agenda.  Agenda bukan untuk menjatuhkan air muka 'mereka'.  Tetapi agenda supaya pendedahan akan perbezaan antara mereka yang memerintah dengan yang 'bakal' memerintah yang patut direnung oleh anak muda yang dikatakan menjadi rebutan kesemua mereka  agar lebih terbuka biji mata dan mindanya. Lihatlah dunia. Kini, Anak muda amat berharga di mata mereka.  Kerana pilihan anak muda akan menentukan jatuh bangunnya mereka sama ada yang sedang memerintah mahukan undi anak muda agar kuasa kekal milik mereka, pembangkang undi anak muda menjadi 'laskar' untuk menawan Putrajaya.

Himpunan Hijau ke Putrajaya

 

Pada 1 Jun yang lalu, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah mengadakan perhimpunan raksasa menghimpunkan ahli-ahli dan penyokong dari seluruh negara sekaligus mencerminkan kesediaan dan kesungguhan mereka untuk menawan Putrajaya yang kubahnya sedia ada hijau.  

Dengan penampilan PAS sebagai parti yang menjadikan Islam asas perjuangan, sememangnya pengisiannya lebih kepada Islamic style, membentuk jati diri anak muda ke arah kesedaran akan Islam perlu disemai kukuh dalam sanubari mereka.  Diadakan solat hajat, ceramah agama, doa munajat, bertakbir dan sebagainya.  Sedikit sebanyak mengajar anak muda supaya sedar dalam kehidupan ini medan politik tidak hanya sekadar ingin mengejar kuasa tetapi kena juga perlu mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, mengingati dan mengenal Yang Maha Kuasa.  Allah s.w.t.  Kerana dengan mengingati dan mengenal Sang Pencipta, pemimpin akan menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah,  tiada berkenannya kepada rasuah.  Rakyat akan menunaikan kewajiban mereka dengan penuh taat dan hidup saling bermuafakat.

Saya kira tidak perlu berbicara panjang lebar mengenai program hijau ini.  Cukup gambar bisa mencerminkan keseluruhan maknanya.

Solat berjemaah

Ceramah yag disampaikan oleh UAI

BN Pilihan Orang Muda


2 Jun 2012.  Jika semalam negeri Jelapang Padi ini dibanjiri dengan ekpresi HIJAU, hari ini di Jitra atau lebih tepatnya di institut yang saya sedang menuntut (IPG Kampus Darulaman) dibanjiri pula dengan orang muda berbaju 'Pink' dan Biru Tua yang tertera padanya 'PILIH BN'.

Memang meriah Kedah kebelakangan ini.  Saya tidak pernah menghadiri program 100% agendanya politik.  Biasanya hadir program ilmiah yang 'disulam', 'dicucuk' secara halus, sedikit demi sedikit sahaja perihal politik.  Kali ini, saya mengambil kesempatan untuk menghadiri program ini.  Kebetulan saya berada di kawasan sekitar, menghadiri kenduri-kendara.

Walaupun tidak 'dapat' baju biru tua atau pink seperti yang lain-lain, saya bersama tiga orang lagi rakan menyusup masuk ke dewan.  Kami naik ke bahagian atas.  Pada awalnya kosong sahaja di situ.  Kemudian muncullah seorang demi seorang memenuhi ruang di atas situ.  Terasa janggal.  Saya meminta kawan untuk bertanya technician bertugas yang sememangnya kami sudah kenal, Abang Wan meminta izin untuk duduk bersama-sama beliau di dalam bilik technician.  Dia ada dan kami dibenarkan masuk ke situ.  Lega. Tidak lagi dikelilingi orang muda yang saya sempat jeling rambutnya berwarna perang kekaratan, mukanya ditampal-tampal sticker 'cenderahati' PILIH BN, ada juga yang berseluar pendek dan macam-macam style ada.

Musykil di hati.  Astaghfirullahalazim.  Raut wajah mereka memang penuh 'sirna'.  Muda-muda belaka bahkan saya rasa lebih muda dari saya.  "Ramai jugak budak-budak sekolah ye", bisik di hati.  Tapi bukan itu fokus dan tujuan utama.  Jom, saya cerita sedikit pengisian program tersebut.  Saya tidak berada di situ sehingga tamat majlis tapi setakat masa yang saya duduk di  situ, saya rasa sudah cukup membuka minda saya untuk berbicara perihal mereka.  Bukan hendak mengutuk jauh sekali untuk menimbulkan fitnah, retorik, mereka-reka atau menambah-nambah cerita.  Tetapi ianya benar-benar dari kaca mata saya!

Semasa lalu di tepi dewan, saya terdengar suara di dalam, "baiklah sekarang kita akan buat poco-poco, ikut Shima ye, kita buat bersama-sama!".  Disambung dengan sorakan orang muda yang hadir.  "Yeaaahhhh!!!".  Sambil ada seorang lelaki menjerit-jerit memanggil orang muda yang sedang makan di luar masuk ke dalam dewan.  "Masuk, masuk!".

Kami naik ke atas.  Hati ini sangat berdebar.  Terasa ibarat kami ini perisik atau gunting dalam lipatan, tapi kami tidak pernah berada dalam lipatan (halaqah perjuangan) mereka.  Bukan niat datang semata-mata mencari khilaf dan silap mereka.  Tapi saya ingin memerhati.

Apa yang saya nampak?

Dari ruang atas, saya dapat lihat dengan jelas, Shima dengan memakai seluar ketat dan berambut pendek sedang menyanyi dan ditemani dua lagi rakan berbaju pink.  Di bawah pula khusyuk menghayati persembahan Shima.  Mereka yang berbaju pink dan biru tua diasingkan duduk sebelah menyebelah.  Yang berbaju pink kebanyakan mereka perempuan (Puteri dam Wanita), yang berbaju biru tua kebanyakannya lelaki (Pemuda).  


Selain itu, bukan Shima sahaja yang diundang untuk menghiburkan orang muda di sini.  Tetapi turut diundang seorang artis wanita.  Pakaiannya cantik tetapi tidak menutup aurat.  Terlihat dari juah betisnya yang putih gebu, rambutnya yang ikal mayang.  Ku seru, moga suatu hari nanti dia bisa berubah.  Tutuplah auratmu.  Jika engkau enggan, bersiap siagalah untuk tubuhmu dijilat api neraka yang binasa!

Kemudian ketibaan tetamu yang mereka nanti-nantikan masuk ke dalam dewan.  Apa tindakan beliau? Beliau masuk dan terus menuju ke arah bahagian Puteri dan Wanita dan bersalam-salaman dengan mereka tanpa sedar mereka itu bukan muhrimnya.  Kemudian, barangkali ada yang tersedar, menunjukkan beliau ke arah hok jatey-jatey plop.... Hok tino yang dok dey (tak sempat) tu jeling je la...

Beberapa minit masa diambil untuk merentasi laut pink dan biru tua itu untuk sampai ke pentas utama.  Majlis bermula seperti biasa.  Bacaan doa.  Namun, hati saya pula yang sebak.  Tangan menadah dan memohon doa agar program mereka diberkati dan dirahmati, mereka tidak lupa memohon keampunan kepada-Nya.  Kami turut mengaminkannya.  Moga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan juga kita semua.  Saya berbisik kepada rakan, "Seandainya mereka benar-benar memahami dan menghayati doa yang dipohon....untunglah mereka".  Kawan saya hanya mengangguk.  Kami tidak menunggu lama dan terus beredar.  Majlis diteruskan dengan ucapan dan amanat pemimpin mereka.

Perihal angka. Siapa lebih ramai?

Saya kira perihal angka tidak boleh dijadikan kayu ukur utama untuk menentukan kejayaan program sesebuah parti.  Kerana, berdasarkan perhimpunan BERSIH 3.0 yang lalu, ramai rakyat jelata berhimpun.  Namun, dalam ramai-ramai yang berhimpun ternyata ada yang bertindak sebagai penyamar berjaya!

Walau bagaimanapun, secara zahiriah dan dengan pandagan mata kasar, perhimpunan HIJAU sememangnya ramai yang hadir.  Tapi tidak mustahil dalam golongan yang ramai masih ada yang bukan dalam halaqah HIJAU.  Tidak mustahil terdapat individu atau kumpulan dari BN menyusup masuk ke sana.  Tapi bertuahlah dia, setidak-tidaknya dia dapat mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus!  Jika dia dipilih Allah, barangkali dia solat berjemaah bersama kalian di sana.

Perhimpunan BN Pilihan Orang Muda juga tidak kurang ramainya.  Jumlahnya mengikut logik kapasiti lokasi.  Dewan Besar IPDA itu tidaklah terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil.  Jadi, berpadananlah jumlah yang hadir.  Tidak perlu menipu soal angka tetapi jangan sesekali menipu soal agama!



Gambar diambil dari FB

Konklusi

Gambar ini bukan di Jitra tu.  Just gambar tambahan.  Bukan juga gambar edit. Buang masa saya mengedit gambar untuk menipu.

Di program yang saya hadir tiada artis K-POp, tapi seangkatan dengannya.



Friday, May 25, 2012

Politik Negaraku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca yang sudi singgah di laman ini.


Kelayakan Pemilih

Sebagai rakyat Malaysia yang sudah mencapai 'akhil baligh' seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Bahagian VIII-Pilihan Raya, Perkara 119. Kelayakan Pemilih.

(1) Tiap-tiap warganegara yang—

(a) telah mencapai umur dua puluh satu (21) tahun pada tarikh kelayakan;
(b) bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya pada tarikh kelayakan yang sedemikian atau, jika tidak bermastautin sedemikian, ialah seorang pengundi tidak hadir; dan
(c) didaftarkan, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pilihan raya, dalam daftar pemilih sebagai pemilih dalam bahagian pilihan raya tempat dia bermastautin pada tarikh kelayakan,

Berhak mengundi di dalam bahagian pilihan raya itu dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan melainkan jika dia hilang kelayakan di bawah Fasal (3) atau di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kesalahan yang dilakukan berkaitan dengan pilihan raya; tetapi tiada seorang pun boleh mengundi dalam pilihan raya yang sama di dalam lebih daripada satu bahagian pilihan raya.

Sumber: http://www.spr.gov.my

Maka, saya kira saya layak untuk meluahkan komentar perihal pandangan dan pendapat saya mengenai keadaan politik di negara ini (Malaysia).

Kerajaan Barisan Nasional gusar?

Akhir-akhir ini, entah kenapa saya melihat dan merasakan 'kerajaan' semakin goyah dan rapuh serta sedikit 'bimbang' dengan pelbagai tamparan hebat ekoran pelbagai isu yang telah dikemuka, dilontar dan dicabar oleh 'pembangkang' terhadap 'kerajaan' untuk 'dimaklumkan' kepada rakyat Malaysia akan perihal sebenar.  Sehingga ke hari ini (25 Mei 2012) tarikh Pilihan Raya Umum masih lagi kabur.  Perdebatan antara PM dengan Ketua Pembangkang amat dinanti-nantikan.  Bilakah persoalan ini mampu dijawab segera? Apakah mereka gusar dengan 'tingkah laku' rakyat yang kelihatan 'kurang' memihak kepada mereka?  Apakah mereka merasakan akan tumbang pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) nanti? Tidak mengapa saya tinggalkan dahulu persoalan ini.  Biarlah ianya menjadi 'rahsia' di dalam hati mereka sahaja untuk menjawabnya.

Debat PTPTN antara Saudara Rafizi (Pengarah Strategik PKR dan Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO)

Baru-baru ini, pada 22 Mei 2012 yang lalu telah berlangsungnya perdebatan isu PTPTN antara Saudara Rafizi (Pengarah Strategik PKR) dengan Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO) yang dapat disaksikan secara langsung di ASTRO AWANI dan juga di beberapa laman sesawang secara online.

Persoalan saya: Program tersebut merupakan suatu usaha yang amat baik dan murni untuk membuka mata serta mencakna pemikiran rakyat bagi menilai kapasiti dan keupayaan pemimpin dan parti yang 'akan ', 'telah  dan sedang' mentadbir negara ini untuk memberi dan menjaga kebajikan rakyat serta kestabilan dan keamanan negara di masa hadapan.  Kenapa tidak ditayangkan di media arus perdana seperti di TV1, TV2 atau TV3?

Hal ini kerana di kampung-kampung tidak semua yang mempunyai kemampuan menikmati perkhidmatan internet dan ASTRO ini tetapi saya yakin ramai yang mempunyai TV! TV 'mampu milik' yang ibu-ibu, bapak-bapak, pakcik-pakcik, makcik-makcik dan anak-anak kecil boleh menonton Buletin Utama, Berita Dunia, drama-drama, sinetron, program realiti TV, cerita kartun dan sebagainya tu... (^_^)

Di kampung saya sendiri mudah sahaja untuk mengira piring ASTRO.  Jika disiarkan secara langsung di siaran TV yang saya sebutkan tadi, Insya-Allah pasti lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang dapat menonton dan membuat penilaian.  Kecuali yang tegar, biarlah apa  jua kebenaran dan penipuan yang terbongkar jika hatinya sudah 'terpaut' pada PARTI tersebut kita sudah tidak berupaya untuk memujuk dan mengubah pendirian mereka melainkan berdoa kepada-Nya supaya dibukakan pintu hatinya (mereka ini kebanyakannya golongan veteran).

Berdasarkan pengamatan dan pemerhatian terhadap kualiti hujah yang dikemukakan dua individu berkepentingan tersebut, saya sedari awal cuba me'neutral'kan kotak pemikiran saya untuk menerima input serta hujah 'wakil kerajaan' namun tetap gagal diBERSIHkan ekoran jawapan yang tidak memuaskan diberikan oleh beliau (Ketua Pemuda UMNO) terhadap soalan-soalan yang diajukan oleh Pengarah Strategik PKR itu.  Saya berharap pada waktu itu mahupun saat ini, Saudara KJ itu tidak meletakkan 'mind set' bahawa rakyat Malaysia ini 'tidak berpengetahuan sangat' tentang isu-isu semasa ini  terutamanya orang-orang tua mahupun anak-anak muda di kampung-kampung, luar bandar dan sebagainya maka dia bolehlah menjawab sewenang-wenangnya di dalam perdebatan tersebut.  Beliau harus sedar, rakyat kini sentiasa berminat dan meninjau pergerakan sistem politik negara.  Rasa inkuiri yang tinggi juga mendorong rakyat untuk menyelidik segenap isu yang timbul dengan kritis.  Apatah lagi, rasa ingin mengalami 'angin perubahan' kian membuak-buak saya kira dalam kalangan rakyat Malaysia pada hari ini terutamanya golongan anak muda dan belia seperti perubahan angin yang telah berlaku di beberapa buah negara sebelum ini seperti di Mesir, Tunisia dan sebagainya.  Bagaimana dapat dilihat pemimpin yang korupsi, kuku besi dan tidak berintegriti diguling dengan Power People. 

Kisah pemimpin  digulingkan dengan kuasa rakyat (People Power) boleh klik di sini.

Berbalik kepada isu debat PTPTN, secara fitrahnya, saya amat yakin dan percaya seluruh rakyat Malaysia iaitu saya dan juga anda semua mahukan jawapan 'versi' jujur, telus, benar dan relevan daripada kedua-dua mereka terutamanya Ketua Pemuda UMNO.  Kerana, setiap kali disoal jawapan beliau alahai jauh menyimpang ke sana dan ke mari tengok-tengok katanya sudah menjawab soalan yang diajukan.  Moderator pun tak perasan kata beliau sudah menjawab. =)

Berbeza dengan Saudara Rafizi yang lebih berilmiah jawapannya.  Apakah ini disebabkan daya berfikir yang berbeza antara mereka? Apakah ini juga dipengaruhi dengan peribadi, sikap serta akhlak dan perilaku mereka? Mahu saja saya menyorak suka  dan setuju tentang pernyataan 'Bekas' Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Fauzi Abdul Rahman mengenai pengakuan Tun Dr. Mahathir, "Orang cerdik pandai ramai yang menyertai PAS dan Pakatan Rakyat, tetapi UMNO disertai golongan samseng".   Maklumat lanjut seperti pernyataan di bawah:

TEMERLOH, 18 April: Trend terbaru golongan muda pada masa ini ialah yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR, yang pintar masuk DAP dan yang samseng masuk Umno. Bekas Timbalan Menteri Penerangan Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, beliau bukan mereka-reka cerita tetapi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri yang mengatakan Umno sudah berpuluh tahun tidak dimasuki orang pandai sebaliknya mereka memilih PAS.

“Dr Mahathir sendiri mengatakan Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS sehingga akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya.

“Dr Mahathir akui sejak zamannya Umno tidak memberi peluang kepada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.

“Habis sekarang ni siapa yang ada dalam Umno? Ikut kata-kata Dr Mahathir orang cerdik pandai tak masuk Umno. Yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR dan pintar masuk DAP. Tapi yang samseng masuk Umno,” katanya.


Bukan hendak berat sebelah.  Tetapi itulah yang berlaku.  Dalam sidang perdebatan yang dijalankan itu timbul pelbagai perbezaan terutamanya dari segi angka dan fakta . Turut dinyatakan beberapa janji.  Mana yang benar? RAKYAT kena banyak membaca dan menyelidik sendiri, mungkin boleh menyoal sesiapa yang berkenaan umpamanya orang yang berada dalam organisasi yang dimaksudkan seperti pegawai PTPTN, bekas pegawai PTPTN dan sebagainya.  Jika ditanya pegawai sedia ada semata-mata mungkin dia akan 'menyucikan' prosedur dan amalan PTPTN.  Selalunya selepas jadi 'bekas' barulah akan ada fakta yang benar-benar sahih keluar dari mulut mereka.  Biasalah, sama juga dengan mereka yang lompat parti.  Tidak kira dari Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.  Semasa masih berada dalam parti masing-masing, semuanya membenarkan apa yang mereka rasakan tidak benar dan sangsi, tetapi selepas 'diizinkan' keluar parti lama dan menyertai parti baharu atau mengasaskan parti baharu ibarat 'bom yang meletup-letup' terpapar pelbagai kenyataan yang menerjah 'sahabat dan rakan-rakan lama'.

Saksikan video debat PTPTN di sini. 


Gelombang perubahan akan berlaku. Benarkah?

Jawapan: Tidak Mustahil dengan izin-Nya.

Tapi Kerajaan Barisan Nasional juga mungkin masih lagi bertahan jika diizinkan-Nya.  Cumanya mungkin akan diibaratkan seperti tsunami pada PRU-12.  Atau tidak mustahil juga mereka menang BESAR.

Tapi untuk saya, saya mahu Pakatan Rakyat diberi peluang untuk menawan Putrajaya dan mentadbir negara ini.  saya mahu melihat apakah mereka juga sama seperti kerajaan sekarang atau mereka memang benar-benar mahu berpolitik untuk membentuk sebuah negara yang lebih baik dari sekarang.  Negara Islam.
 
Tinta Anak Muda :)