Wednesday, October 19, 2011

Kisah Minggu ini.....

Saat kita menghadapi kesukaran dan kesengsaraan, ketika inilah baru tersedar betapa diri kita jauh dan semakin terleka dalam mendekatkan diri kepada-Nya Yang Maha Kuasa.

huh...intro apabila badan letih dengan serangan asignment yang bertimbun-timbun dan terpaksa aku melipat kali gandakan keringat, idea dan tenaga untuk melunaskan kesemua tugasan yang ada....  Sudah beberapa hari tidur tak cukup, bersengkang mata siang dan malam untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

Sememangnya aku amat-amatlah letih setelah seminggu terlibat perkhemahan unit beruniform institut, kemudian seminggu berada di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan untuk menyertai pertandingan bahas so, 2 minggu la masa untuk melunaskan asignment 'burn'. Tapi itu sememangnya tak patut dikeluhkan pun sebenarnya.  Namun, sebagai manusia biasa yang tidak punya masa 25 jam sehari aku mengeluh juga..huhu..

Kalau ikutkan rasa malas sememangnya aku perlukan masa lebih untuk menyiapkan tugasan yang nak dihantar dalam waktu terdekat.  Tapi aku tidak cepat mengalah, aku malas nk mintak2 untuk postpone asignment..so, aku gagahkan juga diri ini untuk kuatkan diri buat bagi siap.... semalaman berjaga, print segala bahan2 yang amatlah banyak, printer plak ada masalah..meragam plak dia..huh...sangatla menduga kesabaran.... rupa-rupanya ada hikmah disebaliknya.

Apadia???
Hari ini (19 Oktober 2011), satu tugasan sudahpun diberitahu markahnya...apa yang mampu aku lafazkan ialah 'ALHAMDULILLAH'... aku renung kembali segala kesusahan dan kegigihan aku sewaktu nk menyiapkan tugasan subjek tu. Senyuman mula terukir.  Aku amat bersyukur dan lega dan patut kita sedar Allah itu Maha Adil.  Apa yang patut kita dapat, insya-Allah kita akan dapat.  Bezanya sama ada baik ataupun sebaliknya.

Bermula ahad (16 Oktober) sehingga khamis (20 oktober) ada lebih kurang 6 asignment aku kena buat (Fail PJ, Fail SDP, Fail PBS, Laporan Perkhemahan BSMM, Fail EDU, Fail P.Khas). Selain tu, dalam masa yang sama kena pergi jawab kuiz Ujian Akhir Kursus (UAK) salah satu subjek/ kursus yang tidak dapat diambil kerana menyertai pertandingan debat IPG Kebangsaan.  Kemudian, Pembentangan mikro EDU (Sebelum ni buat dah preparation tapi disebabkan dah lama rancang dan sepatutnya dah lama bentang tapi ada kekangan, lecturer pun sibuk, terlupa dah segala perancangan- so buat semampu yang boleh je la.....),  Lagi!!! jawab kuiz untuk GERKO (BSMM) pulak..... Minggu ini, minggu yang meletihkan. -Astaghfirullahalazim-

Kini, sememangnya aku menantikan tibanya hari cuti... Deepavali!!!..waaaahhhh tak sabar rasanya nk bercuti, nak rehat, nak tidur puas2...hahaha....

No comments:

Post a Comment