Sunday, June 3, 2012

Dari Kaca Mata: Bukan Retorik


Bahang PRU-13 sememangnya kian terasa.  Baik Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) masing-masing giat menggembleng tenaga, merangka strategi perjuangan semuanya untuk menarik undi rakyat.  Pelbagai cara dan kaedah telah diguna pakai.  Masing-masing punya style tersendiri.  Ayuh kita saksikan perbezaan style yang akan saya ceritakan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang sekejap cuma berada dalam sebuah program politik di pihak 'kerajaan' dan kesempatan menonton secara online program di pihak 'pembangkang'.  

Hadirnya saya bukan kerana suka ataupun suka-suka tetapi saya punya agenda.  Agenda bukan untuk menjatuhkan air muka 'mereka'.  Tetapi agenda supaya pendedahan akan perbezaan antara mereka yang memerintah dengan yang 'bakal' memerintah yang patut direnung oleh anak muda yang dikatakan menjadi rebutan kesemua mereka  agar lebih terbuka biji mata dan mindanya. Lihatlah dunia. Kini, Anak muda amat berharga di mata mereka.  Kerana pilihan anak muda akan menentukan jatuh bangunnya mereka sama ada yang sedang memerintah mahukan undi anak muda agar kuasa kekal milik mereka, pembangkang undi anak muda menjadi 'laskar' untuk menawan Putrajaya.

Himpunan Hijau ke Putrajaya

 

Pada 1 Jun yang lalu, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah mengadakan perhimpunan raksasa menghimpunkan ahli-ahli dan penyokong dari seluruh negara sekaligus mencerminkan kesediaan dan kesungguhan mereka untuk menawan Putrajaya yang kubahnya sedia ada hijau.  

Dengan penampilan PAS sebagai parti yang menjadikan Islam asas perjuangan, sememangnya pengisiannya lebih kepada Islamic style, membentuk jati diri anak muda ke arah kesedaran akan Islam perlu disemai kukuh dalam sanubari mereka.  Diadakan solat hajat, ceramah agama, doa munajat, bertakbir dan sebagainya.  Sedikit sebanyak mengajar anak muda supaya sedar dalam kehidupan ini medan politik tidak hanya sekadar ingin mengejar kuasa tetapi kena juga perlu mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, mengingati dan mengenal Yang Maha Kuasa.  Allah s.w.t.  Kerana dengan mengingati dan mengenal Sang Pencipta, pemimpin akan menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah,  tiada berkenannya kepada rasuah.  Rakyat akan menunaikan kewajiban mereka dengan penuh taat dan hidup saling bermuafakat.

Saya kira tidak perlu berbicara panjang lebar mengenai program hijau ini.  Cukup gambar bisa mencerminkan keseluruhan maknanya.

Solat berjemaah

Ceramah yag disampaikan oleh UAI

BN Pilihan Orang Muda


2 Jun 2012.  Jika semalam negeri Jelapang Padi ini dibanjiri dengan ekpresi HIJAU, hari ini di Jitra atau lebih tepatnya di institut yang saya sedang menuntut (IPG Kampus Darulaman) dibanjiri pula dengan orang muda berbaju 'Pink' dan Biru Tua yang tertera padanya 'PILIH BN'.

Memang meriah Kedah kebelakangan ini.  Saya tidak pernah menghadiri program 100% agendanya politik.  Biasanya hadir program ilmiah yang 'disulam', 'dicucuk' secara halus, sedikit demi sedikit sahaja perihal politik.  Kali ini, saya mengambil kesempatan untuk menghadiri program ini.  Kebetulan saya berada di kawasan sekitar, menghadiri kenduri-kendara.

Walaupun tidak 'dapat' baju biru tua atau pink seperti yang lain-lain, saya bersama tiga orang lagi rakan menyusup masuk ke dewan.  Kami naik ke bahagian atas.  Pada awalnya kosong sahaja di situ.  Kemudian muncullah seorang demi seorang memenuhi ruang di atas situ.  Terasa janggal.  Saya meminta kawan untuk bertanya technician bertugas yang sememangnya kami sudah kenal, Abang Wan meminta izin untuk duduk bersama-sama beliau di dalam bilik technician.  Dia ada dan kami dibenarkan masuk ke situ.  Lega. Tidak lagi dikelilingi orang muda yang saya sempat jeling rambutnya berwarna perang kekaratan, mukanya ditampal-tampal sticker 'cenderahati' PILIH BN, ada juga yang berseluar pendek dan macam-macam style ada.

Musykil di hati.  Astaghfirullahalazim.  Raut wajah mereka memang penuh 'sirna'.  Muda-muda belaka bahkan saya rasa lebih muda dari saya.  "Ramai jugak budak-budak sekolah ye", bisik di hati.  Tapi bukan itu fokus dan tujuan utama.  Jom, saya cerita sedikit pengisian program tersebut.  Saya tidak berada di situ sehingga tamat majlis tapi setakat masa yang saya duduk di  situ, saya rasa sudah cukup membuka minda saya untuk berbicara perihal mereka.  Bukan hendak mengutuk jauh sekali untuk menimbulkan fitnah, retorik, mereka-reka atau menambah-nambah cerita.  Tetapi ianya benar-benar dari kaca mata saya!

Semasa lalu di tepi dewan, saya terdengar suara di dalam, "baiklah sekarang kita akan buat poco-poco, ikut Shima ye, kita buat bersama-sama!".  Disambung dengan sorakan orang muda yang hadir.  "Yeaaahhhh!!!".  Sambil ada seorang lelaki menjerit-jerit memanggil orang muda yang sedang makan di luar masuk ke dalam dewan.  "Masuk, masuk!".

Kami naik ke atas.  Hati ini sangat berdebar.  Terasa ibarat kami ini perisik atau gunting dalam lipatan, tapi kami tidak pernah berada dalam lipatan (halaqah perjuangan) mereka.  Bukan niat datang semata-mata mencari khilaf dan silap mereka.  Tapi saya ingin memerhati.

Apa yang saya nampak?

Dari ruang atas, saya dapat lihat dengan jelas, Shima dengan memakai seluar ketat dan berambut pendek sedang menyanyi dan ditemani dua lagi rakan berbaju pink.  Di bawah pula khusyuk menghayati persembahan Shima.  Mereka yang berbaju pink dan biru tua diasingkan duduk sebelah menyebelah.  Yang berbaju pink kebanyakan mereka perempuan (Puteri dam Wanita), yang berbaju biru tua kebanyakannya lelaki (Pemuda).  


Selain itu, bukan Shima sahaja yang diundang untuk menghiburkan orang muda di sini.  Tetapi turut diundang seorang artis wanita.  Pakaiannya cantik tetapi tidak menutup aurat.  Terlihat dari juah betisnya yang putih gebu, rambutnya yang ikal mayang.  Ku seru, moga suatu hari nanti dia bisa berubah.  Tutuplah auratmu.  Jika engkau enggan, bersiap siagalah untuk tubuhmu dijilat api neraka yang binasa!

Kemudian ketibaan tetamu yang mereka nanti-nantikan masuk ke dalam dewan.  Apa tindakan beliau? Beliau masuk dan terus menuju ke arah bahagian Puteri dan Wanita dan bersalam-salaman dengan mereka tanpa sedar mereka itu bukan muhrimnya.  Kemudian, barangkali ada yang tersedar, menunjukkan beliau ke arah hok jatey-jatey plop.... Hok tino yang dok dey (tak sempat) tu jeling je la...

Beberapa minit masa diambil untuk merentasi laut pink dan biru tua itu untuk sampai ke pentas utama.  Majlis bermula seperti biasa.  Bacaan doa.  Namun, hati saya pula yang sebak.  Tangan menadah dan memohon doa agar program mereka diberkati dan dirahmati, mereka tidak lupa memohon keampunan kepada-Nya.  Kami turut mengaminkannya.  Moga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan juga kita semua.  Saya berbisik kepada rakan, "Seandainya mereka benar-benar memahami dan menghayati doa yang dipohon....untunglah mereka".  Kawan saya hanya mengangguk.  Kami tidak menunggu lama dan terus beredar.  Majlis diteruskan dengan ucapan dan amanat pemimpin mereka.

Perihal angka. Siapa lebih ramai?

Saya kira perihal angka tidak boleh dijadikan kayu ukur utama untuk menentukan kejayaan program sesebuah parti.  Kerana, berdasarkan perhimpunan BERSIH 3.0 yang lalu, ramai rakyat jelata berhimpun.  Namun, dalam ramai-ramai yang berhimpun ternyata ada yang bertindak sebagai penyamar berjaya!

Walau bagaimanapun, secara zahiriah dan dengan pandagan mata kasar, perhimpunan HIJAU sememangnya ramai yang hadir.  Tapi tidak mustahil dalam golongan yang ramai masih ada yang bukan dalam halaqah HIJAU.  Tidak mustahil terdapat individu atau kumpulan dari BN menyusup masuk ke sana.  Tapi bertuahlah dia, setidak-tidaknya dia dapat mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus!  Jika dia dipilih Allah, barangkali dia solat berjemaah bersama kalian di sana.

Perhimpunan BN Pilihan Orang Muda juga tidak kurang ramainya.  Jumlahnya mengikut logik kapasiti lokasi.  Dewan Besar IPDA itu tidaklah terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil.  Jadi, berpadananlah jumlah yang hadir.  Tidak perlu menipu soal angka tetapi jangan sesekali menipu soal agama!



Gambar diambil dari FB

Konklusi

Gambar ini bukan di Jitra tu.  Just gambar tambahan.  Bukan juga gambar edit. Buang masa saya mengedit gambar untuk menipu.

Di program yang saya hadir tiada artis K-POp, tapi seangkatan dengannya.



4 comments:

  1. Apabila dunia yang dikejar...

    ReplyDelete
  2. Mereka memikirkan hiburan untuk menarik orang muda? astaghfirullah...

    ReplyDelete
  3. sedih bila ipda dijadikan satu tempat untuk berpolitik sedangkan ipda adalah institusi ilmu. dunia akhir zaman. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmmm... tu la.. nk wt mcm mne, dewan ipda kn HAK KERAJAAN MALAYSIA..hua33...dewan lain yg lebih besar xnk guna..plik btol...

      Delete