Wednesday, February 22, 2012

Kelab Jutawan!!!


Assalamualaikum sume....(^_^)
hurmm....hari ini ada satu cara baru yang mungkin boleh membantu kita mencari pendapatan tambahan.  masalah duit xpernah selesai! saban hari kita berbelanja untuk pelbagai benda...makan,minum,pakaian,belajar, buat asemen, shoping (sometime...=)....

Jadi, cara baru ini namanya PEMASARAN AFFILIATE...aiyyooo apakah itu affiliate???
Pemasaran Affiliate adalah pemiliklaman web atau individu (peserta affiliate) mempromosikan produk online orang lain (pemilik produk) untuk mendapatkan komisen.  Dalam model perniagaan ini, peserta affiliate menghasilkan wang dengan mempromosikan produk yang dimiliki oleh pemilik produk dengan cara menempatkan iklan di laman web atau promosi terus.

senang citer mcm ni la...kita guna FB kn free..tapi pemiliknya mendapat pendapatan yang lumayan setiap kali kita melayari FB...mcm tu jugakla konsep pemasaran affiliate ni....(^_^)

INGAT!!! Kejayaan dan kekayaan seseorang usahawan adalah kebijaksanaan mereka dan melaburkan hasil keuntungan mereka untuk mendapatkan gandaan untung di masa hadapan.

Jom lawat laman KELAB JUTAWAN ni...=)

tekan link di atas.

untuk itu saja buat kali ini...jumpa lagi...hahaha



Tuesday, February 7, 2012

Setahun 'dia' pergi....

8 Februari 2012,
genap setahun 'dia' pergi. Bayangnya tidak lagi mampu kulihat 'di sini'.  Rohnya sudah bersemadi 'di sana' bersama jasad yang tertanam sedalam 7 hasta ke dalam pasak bumi.  Di atas tanah yang membukit rendah terpacak nisan tertulis nama 'dia' yang aku sayang.

Duhai 'dia' insan yang aku rindu, aku yakin kasihnya di sana sentiasa melindungiku di sini. Memang, dia jauh sungguh dari pandangan mata kasar, tapi amat dekat pada pandangan hati. aku rindu 'dia'.

Ya Allah, aku anak 'dia' yang sungguh hina di mata-Mu, kerana hidupku pasti ada saja dosa terpalit siang dan malamku.  Namun, tolonglah aku wahai Tuhanku.  Engkau dengarlah doaku ini Ya Allah agar Engkau sentiasa melindungi roh 'dia' yang aku sayang ini di sana.  Jauhkan 'dia' dari azab kubur dan api neraka-Mu yang sungguh perit itu.  Tempatkanlah 'dia' bersama orang-orang yang beriman dengan-Mu.

Sungguhpun hidupku sentiasa bergelumang dengan dosa dan noda, aku pohon kepada-Mu, lindungilah 'dia'.  Ya Allah, sebagai anak 'dia' aku sentiasa berusaha menjadi anak yang baik yang mampu menyelamatkan 'dia' di sana.  Namun, saat ini aku sendiri sering kali tewas dengan bisikan nafsu dan Syaitan yang gila itu.  Tolong aku, pimpinlah aku ke jalan-Mu, jalan yang Engkau redhai agar aku mampu mengembirakan 'dia' insan yang telah bersusah payah membesar dan mendidikku sewaktu hayatnya dahulu.

Al-Fatihah buat abahku, Nordin Bin Hasan.

cerita tentang 'dia' sebelum ini....http://sharilhazri.blogspot.com/2011/08/abahaku-rindu-abah.html

Saturday, February 4, 2012

Elaun: Jutawan Fakir


Assalamualaikum semua....=)
sekarang ni mesti kawan-kawan saya (Pelajar Institut Pendidikan Guru) sudah tersenyum lebar kan... mahu tidaknya elaun dah pun selamat di 'kit in' kan dalam akaun masing-masing 31hb yang lalu...

Jadi, kawan-kawan jangan lupa untuk lafazkan 'ALHAMDULILLAH' sebab ini juga merupakan rezeki kita sebagai orang yang menuntut ilmu (fi sabilillah).  Kita sebagai hamba Allah ni kena selalu diperingatkan.  

Elaun ke apa ke yang kita dapat ni lambat atau cepat sebenarnya rezeki dari Allah yang telah pun ditetapkan tempoh waktunya untuk kita.  Sebab itu la walaupun elaun lambat masuk kita harus sedar dan memujuk diri supaya BERSABAR.  Tapi xramai yang ingat semua tu.  Bukan kerajaan, pihak institut atau sebagainya yang memberi kita semua tu tapi Allah.  Mereka2 tu hanyalah perantara.  Walaupun kita nampak 'kerajaan'/ pihak institut terutamanya pegawai2 terbabit patut segerakan kemasukan elaun kita. "Ish lambat buat kerja la, orang lain dah masuk lama dah" and so on.. bunyi keluhan yang tak pernah sepi dari mulut kita. Sampai dahulu ada berita memaparkan KERANA ELAUN LAMBAT MASUK, PEJABAT PENTADBIRAN DISIMBAH MINYAK HITAM! itulah akhlak kita gamaknya.  

Tapi kawan-kawan kalau sudah belum rezeki kita, Allah kata bukan, maka bukan dan tak akan masuk la awal... Itu mungkin ujian buat kita. Kita tidak sedar.  Maklumlah kita kan manusia... saya sendiri kadang-kadang terasa DERITANYA elaun xmasuk2 lagi...huhu...=( Tapi...

Memanglah sometime kita rasa waktu itu kita sangat perlukan duit elaun tu masuk.  We really need it! Tapi cuba kita jeling-jeling orang lain, ada yang si tua hidup dalam pondok usang yang belum tentu mulutnya sudah menyuap nasi untuk sehari, si anak pengemis yang kusut masai berkeliaran menadah mangkuk plastik minta sedekah dan diberi syiling 10sen atau 50sen, si tua mengemis sambil mengalun-alunkan ayat suci al-Quran di pasar malam dan ramai lagi yang nasibnya hidup dhaif lebih derita daripada kita.  Tapi apa yang mereka boleh lakukan?  Nampak macam cerita drama. Tapi sedar ataupun tidak ia realiti yang berlaku dan wujud di sekeliling kita.

Berbeza suasana sebelum dan selepas.  Kalau sebelum tu ramai yang bunyinya sangat mendesak supaya elaun segera masuk.  Bermacam-macam post status kt Facebook!..=)

Selepas pulak, ramai yang hoooreeyyy....status di Fb nk beli itu nk bayar ini pulak....(^_^). Tapi pesan Pegawai Akauntan IPDA kpd saya---> Use ur money wisely 

So, sekarang ni pandai-pandailah kita berjimat cermat ya. Beli dan bayar apa yang patut. Jangan ikutkan kehendak.  Just penuhi keperluan.

Duit ni skejap je... SEJUTA pun boleh habis dlm beberapa jam je. harap bile nk masuk semester depan ni kawan-kawan masih ada baki b/b (bawah ke bawah) ye...=)

Duit oh Duit.... kita JUTAWAN FAKIR! PeaCe! (^_^)