Setiap daripada kita memerlukan kasih sayang. Murid-murid kita dahagakan kasih sayang, lebih-lebih lagi murid-murid istimewa yang kurang upaya. Jika murid biasa pula, murid-murid dari latar belakang keluarga yang senang tidak semestinya hidup gembira dan bahagia. Apatah lagi murid-murid yang bergelandangan. Jadi, semuanya sangat mendambakan kasih sayang dari seorang guru. Tidakkah kita mahu seseorang yang boleh 'menginfakkan' kasih sayang kita kepada mereka?
Guru melahirkan sikap kasih sayang dengan cara melayani mereka. Kita boleh bercerita dan berkongsi pengalaman dengan kita. Kita juga sudi mendengar masalah mereka sekalipun kita bukan kaunselor.
Guru juga menunjukkan rasa kasih sayang pada murid dengan cara menghargai mereka. Mereka berasa gembira datang ke sekolah kerana seronok berada di sekolah. Bolehkah kita memupuk perasaan begini? "Berlari ke sekolah, berjalan pulang ke rumah!". Biarkan mereka menangis apabila cuti sekolah hampir tiba, jangan lain jadinya, menangis apabila cuti sekolah sudah tamat.
Surat cinta untuk cikgu
"Cikgu....saya nak alamat cikgu...apa alamatnya?" Najjariah meluru ke meja Cikgu Atikah seusai guru itu hendak beredar dari kelas kerana masa mengajarnya sudah tamat.
"Cikgu, saya pun nak alamat cikgu juga... boleh hantar kad raya nanti." kata seorang lagi murid. Cikgu Atikah tersenyum.
"Baiklah, cikgu tulis di papan hitam je la... semua boleh tahu." Balas Cikgu Atikah. Cikgu Atikah menulis dengan cepat kerana sudah ada guru lain yang menunggu di luar kelas.
*****
Cuti sekolah sudah pun bermula. Cuti sekejap saja. Cuti sempena Hari Raya Haji. Atikah sibuk menolong ibu di dapur membalut ketupat. Lusa nak raya dah. Tiba-tiba bunyi sebuah motor berhenti di hadapan pintu rumah. Pin! Pin! Pin!!! kuat bebenor bunyi hon abang posmen ni kata Atikah sambil bergegas ke muka pintu.
Kad... banyak juga. Ada la dalam tujuh ke lapan keping. Raya Haji ni mana la orang nak hantar sangat kad-kad raya ni. SMS je. Mula-mula Atikah ingatkan dari teman-temannya. Rupa-rupanya, semua kad-kada raya tu dari anak muridnya. Mereka mengotakan kata. Mereka betul-betul hantar kad.
Terselit juga sepucuk surat yang tertulis.....
Tergelak besar Atikah membacanya. "I Love You too..." balasnya dalam hati.
*****
Sekiranya kita menyayangi murid kita, mereka lebih-lebih lagi menyayangi kita. Kita tidak rugi apa-apa pun sekiranya menunjukkan kasih sayang kita pada mereka. malah kita beruntung kerana mendapat sokongan dan mereka menjadikan pengajaran kita lebih berjaya dan berkesan!
Aiman bagi Panadol
Suatu hari Aiman melihat gurunya, Cikgu Sham tidak banyak bercakap seperti sebelum-sebelumnya. Aiman menghampiri gurunya itu.
"Cikgu demam ke?"
"Hmm.. cikgu demam Aiman," jawab Cikgu Sham ringkas dengan secangkir senyum di bibir terukir.
"Makan Panadol cikgu. haaa.. saya ada bawa Panadol. Cikgu demam dari kelmarin kan?" sambil memunggah begnya dan menghulurkan dua biji Panadol. Cikgu Sham terkejut. Tak sangka, Aiman murid yang Syndrome Down itu menunjukkan sikap sebegitu.
*****
Sekiranya guru tidak menunjukkan sikap kasih sayang pada Aiman, sudah pasti Aiman tidak mengambil berat kesihatan gurunya.
*****
Sekiranya wujud perasaan kasih sayang di dalam diri kita, sudah pasti kita mempunyai semangat dan azam yang kuat bagi membantu mereka. Apabila kita menganggap mereka sebagai anak atau adik kita, sudah pastinya sebahagian daripada masalah dapat diatasi. Perkara yang penting adalah cara kita memandang murid kita. Sekiranya kita tidak mempunyai perasaan kasih sayang terhadapnya, agak sukar untuk membimbingnya kerana kita tidak mempunyai perasaan yang dapat mendorong kita supaya mencapai matlmat kita.
Namun, kita juga perlu berhati-hati sekiranya kita cuba menunjukkan kasih sayang yang berlebih-lebih nanti timbul pula masalah lain seperti murid mengambil kesempatan dan sebagainya.
Apa-apa pun sedarlah "kasih sayang ibarat hujan yang menyirami tumbuh-tumbuhan"... (^_^)
to be continue....
No comments:
Post a Comment