Monday, July 2, 2012

KELAB INSIS!!! (^_^)

Comelkan logo ni!!! haha... 
Inilah logo kelab kelas saya.  Semester ni, untuk GERKO, setiap kumpulan kuliah kena tubuhkan persatuan/ kelab akademik amsing-masing.  So, inilah kelabku.  Jadi pengerusi pulak tu walaupun masa hari lantikan tak pi mesyuarat pun. hurmmm.... pelik betoi la kawan-kawan aku ni... kenapa la tak lantik orang yang pi, orang yang pi menunjukkan mereka memberi komitmen! :)

Tapi tak mengapalah... Just do it! go on saja...
Oh ya... apa maksud INSIS ni? INSIS adalah akronim bagi Insan Istimewa sesuai dengan kami bakal guru-guru Pendidikan Khas.  Guru Istimewa untuk Murid Istimewa!


Lirik lagu kelab:

Kita berbicara tentang insani
Insan istimewa modal baru kini
Mendambakan pendidikan terkini

Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Melahirkan manusiawi
membina hidup berkualiti

c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Mendidik insan yang istimewa,
Insan istimewa, merupakan
Permata berharga negara
Malaysia Ku tercinta

Kita berbicara tentang insani
Insan istimewa modal baru kini
Mendambakan pendidikan terkini

Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan

ulang c/o x2