Thursday, January 3, 2013

Guru perlu bijak! mestilah kan.... (^_^)



Sebagai guru, semestinya kita perlu memiliki ilmu pengetahuan yang lengkap untuk mendidik anak bangsa. Orang yang tidak berilmu pasti tidak dapat menjadi guru yang baik dan berkesan. Guru perlu seorang yang BIJAK!

Walaupun kita sudah mempunyai sijil atau ijazah, ini bukan bererti ilmu kita sudah cukup. Masih banyak lagi yang perlu diketahui dan dipelajari bagi mempertingkatkan  kompetensi diri.

Semakin banyak yang kita baca, semakin seronok berada dalam duni pendidikan. Dunia pendidikan ini dunia yang sungguh mencabar dan mendesak kita untuk terus belajar.

"Lain zaman, lain budak, lain karenahnya..."

Pengetahuan yang kita miliki bukan sahaja  bertujuan melengkapkan diri kita sebagai guru, malah ia digunakan untuk membantu murid serta keluarganya.

Melangkaui aspek pengetahuan dan bidang guru, kita juga dituntut menguasai ilmu pertolongan cemas! haa.. kenapa ye jadi cikgu tapi kena belajar ilmu pertolongan cemas? silap-silap ilmu perubatan mistik pun kita kena belajar... haha

Begini..
*****
Hari ini suasana kelas Cikgu Cynthia teratur dan sungguh terkawal. Murid-murid di kelas 4 Saintis tekun membaca petikan bertajuk "Pertolongan Cemas". tiba-tiba...

Gedebuk, bunyi budak jatuh. Cikgu Cynthia kaget. Dia lihat seorang anak muridnya jatuh terguling di atas lantai sambil meronta-ronta!

Cikgu Cynthia: Eh, kenapa tu? Apa jadi pada Aminah?
Muka Cikgu Cynthia cemas.
 Login: Cikgu... Aminah kena sawan ni cikgu....!
Cikgu Cynthia: Sawan tu sakit apa?
Login: ??? cikgu tak tahu???

Cikgu Cynthia mengabaikan persoalan Login itu, sambil segera meminta murid lain memanggil guru besar. 

*****
Cikgu Salmah, guru besar SK Pulau Santubong tiba di kelas. Beliau melihat Cikgu Cynthia.
Cikgu Salmah: Kenapa ni dengan budak ni?
Cikgu Cynthia: Entahla cikgu, ada budak kata ini sawan.
Cikgu Salmah: Dia demam juga. (sambil tangan menyentuh dahi Aminah) 


Cikgu Salmah melihat ubun-ubun rambut Aminah yang berpintal. Benar dia kena sawan. Kemudian Cikgu Salmah membaca 'Bismillahimasyaallah' dan mencabut rambut tersebut. Murid-murid lain khusyuk melihat Cikgu Salmah. Magic! Tidak lama sahaja kemudian, keadaan Aminah kembali normal tetapi dia kelihatan lemah dan tak bermaya. Cikgu Salmah meminta kawan-kawan Aminah memimpinnya ke bilik kesihatan. Cikgu Cynthia hanya diam membisu.

Cikgu Salmah: Cikgu Cynthia...
Cikgu Cynthia: Ye, Cikgu.... maafkan saya. Saya tak tahu nak merawat sakit. walhal hari ni saya ajar mereka tajuk "Pertolongan Cemas".
Cikgu Salmah: Tak mengapa Cikgu Cynthia.. tapi kita sebagai cikgu, perlu juga belajar ilmu sampingan lain... bukan sahaja mahir mengajar dalam bidang kita ni saja...
Cikgu Cynthia: Ye, Cikgu...
Cikgu Salmah: Cara rawatan yang saya bagi tadi pun saya dapat dari rancangan TV. "Tanyalah Ustaz".. sambil menguntum senyum dan beredar meninggalkan Cikgu Cynthia dan murid-muridnya.


*****

haa... macam mana? jelas tak situasi bagaimana seorang guru itu perlu menguasai pelbagai ilmu melangkau profesion sebagai guru. Berdasarkan kes di atas, kita dapat lihat bagaimna murid lebih arif tentang jenis penyakit berbanding guru. hurmm... renung-renungkan... :)

Sekiranya kita mempunyai pengetahuan yang luas, kita pastinya akan lebih dihormati bukan sahaja dihormati oleh murid tetapi oleh ibu bapa juga.

Ilmu yang lengkap dapat membantu kita menjadi seorang yang lebih yakin dan berfikiran positif.

Kita perlu mempunyai dan menguasai bidang yang kita ajar dan sentiasa mempertingkatkan ilmu dalam bidang tersebut.


Melewati era teknologi serba canggih ini, guru juga perlu tahu menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

"Sehari bersama orang berilmu adalah lebih baik daripada setahun bersama orang dungu..." - K.A.Razhiyah

No comments:

Post a Comment