Sunday, May 27, 2012

Program Jutaan Belia: Penawar yang berbisa!

Penawar yang berbisa???

Ya. Itulah yang saya ibaratkan kepada penganjuran Program Himpunan Jutaan Belia yang berlangsung pada 23 Mei sehingga 27 Mei di Putrajaya.  Saat mata pena maya saya ini sedang menulis, program ini masih belum tamat kerana saya menulis lebih kurang jam 9.15 malam, program Jutaan Belia akan tamat jam 11.00 malam. Saya katakan ianya penawar kerana secara teori yang saya pelajari, pendekatan persekitaran  turut mempengaruhi perkembangan kognitif dan sosial manusia.  Seperti Teori Kognitif Piaget, Teori Sosial Bandura dan pelbagai lagi teori-teori psikologi. Itulah teorinya. Teori pendidikan. 

Namun, penawar ini telah menjadi racun yang amat berbisa dengan persekitaran yang negatif! Kenapa negatif pula??? Program-program hiburan itu program negatif sangat ke? Ya, negatif bahkan ianya amat melalaikan dan dalam erti kata lain sebenarnya itu adalah program kemaksiatan (Program-pogram hiburan di Himpunan Jutaan Belia khususnya). Maksiat hukumnya adalah HARAM! Maka, dek kerana itulah saya katakan ianya penawar buat anak muda yang amat sukakan cara ini yang 'falsafah hidupnyanya' mungkin berpegang kepada  HIDUP di DUNIA adalah SELAMA-LAMANYA! Rugilah mereka. 

Penawar?

Benar ia juga penawar untuk membentuk generasi muda yang mampu berkomunikasi dan mempunyai kemahiran sosial yang baik, kesihatan yakni membentuk masyarakat yang sihat.  Menari-nari, berpeluh kooot.. hehe...

Anak muda boleh menyerlahkan bakat mereka di pentas yang lebih besar. Malah, program berbentuk kerohanian buat remaja juga ada termasuk dalam tentatif program mereka.  Buktinya, lihat tajuk keratan akhbar ini:


























Secara detail atau lebih tereperinci saya minta maaf kerana saya tidak mempunyai maklumat lanjut.  Atau yang berminat boleh layari laman web utusan online. Barangkali di sana ada maklumat lanjut.

Mahu lagi komen yang lebih positif bagi menyokong ianya sebagai 'penawar'? jom baca petikan akbar di bawah:



PUTRAJAYA 26 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu suara belia Malaysia yang disifatkan sebagai keramat dan penentu masa depan negara 'dilaungkan' secara penuh beradab, berhemah mulia, tertib dan mengikut undang-undang.

Berucap di hadapan puluhan ribu belia dari seluruh pelosok tanah air yang berhimpun di sini, Perdana Menteri berkata, hanya belia yang bergerak seiring dengan tuntutan-tuntutan tersebut boleh menjamin masa depan negara.
"Saya nak tunjuk imej himpunan kita ini, bagaimana kita duduk dalam keadaan aman, tak ada ketakutan, tak ramai pun anggota polis.

"Polis pun agak lega, polis pun tak rasa cemas, orang ramai pun tak rasa cemas, inilah gambaran belia yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini," katanya berucap melancarkan Himpunan Jutaan Belia sempena Hari Belia Negara 2012.

Menurut Perdana Menteri, belia yang melakar imej liar, yang menendang anggota polis, terbaring atas jalan bukan gambaran belia yang boleh menjamin masa depan negara.

Begitu juga, katanya, gambaran belia yang sedang melonjak-lonjak atas kereta polis bukan gambaran belia yang bersopan santun yang boleh rakyat bergantung harap untuk masa depan.  "Gambaran belia yang membaling batu dan menyerang anggota keselamatan bukan belia Malaysia yang boleh jadi contoh.

"Yang boleh jadi contoh adalah saudara saudari yang berhimpun di himpunan belia di sini. Majoriti adalah belia macam saudara saudari, jangan biarkan segelintir belia hijack agenda dan imej negara kita," kata Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Najib mahu belia-belia yang menyertai perhimpunan hari ini supaya tidak membiarkan golongan yang tidak bertanggungjawab itu merebut kuasa di negara ini dan memastikan Putrajaya kekal milik mereka.

Katanya, wajib bagi golongan belia mempertahankan Putrajaya kerana apa yang dilaksanakan sekarang adalah berdasarkan prinsip demokrasi berparlimen sambil mengingatkan bahawa rusuhan jalanan, membaling batu, menendang anggota polis bukan demokrasi tetapi democrazy.

"Belia bukan demo crazy tetapi mereka menghormati dan menyanjung amalan prinsip berparlimen, belia ada kuasa untuk menggunakan kuasa itu dengan penuh kematangan, menggunakan kuasa dengan penuh bijaksana," katanya.
Perdana Menteri turut mengingatkan para belia supaya tidak termakan hasutan, tidak terpedaya dengan fitnah, ucapan-ucapan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menghasut.  "Kita harus tahu memilih antara intan dan permata, siapa yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini," katanya.

Najib mengulangi keyakinannya bahawa suara belia yang berhimpun di Putrajaya adalah alunan gelombang semangat yang tahu memilih kerajaan yang benar-benar boleh menjamin masa depan rakyat.

"Hari esok lebih baik dari hari ini dan saya dah rakan-rakan anggota Kabinet yang berhimpun atas pentas, kami tak ada pilihan melainkan atas bahu kami.

"Kami melihat muka saudara-saudara muka belia hari ini, saudara pewaris, apa yang kita lakukan agenda tak lain tak bukan nak serah sebuah negara Malaysia yang lebih baik dari hari ini.
"Sebuah negara yang lebih berjaya dari hari ini, sebuah negara yang lebih hebat dari hari ini, kejayaan daripada segala sudut, bila jadi negara maju," katanya.

Perdana Menteri juga mahu belia Malaysia bersatu padu untuk melonjakkan negara menjadi lebih hebat dan berjaya.



Laporan lain aktiviti sempena program yang dianjurkan.

PUTRAJAYA 26 Mei - Sambutan Himpunan Jutaan Belia mencapai kemuncak hari ini dengan ramai belia pelbagai kaum tidak mahu melepaskan peluang menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan.

Tidak kira konsert artis tempatan dan antarabangsa, Pesta Jepun, aktiviti sukan lasak, pesta layang-layang, pertandingan sorak atau aktiviti kesenian, semua tapak pameran dan aktiviti telah dipenuhi dengan belia.

Suasana meriah tersebut turut menunjukkan Kementerian Belia dan Sukan semakin menghampiri sasaran dua juta pengunjung dalam tempoh lima hari.

Sambutan Himpunan Jutaan Belia yang memasuki hari keempat pada hari ini bertambah berwarna-warni apabila ramai orang muda memakai kemeja “Saya sayang PM" dalam pelbagai warna sebagai tanda sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengadakan program walkabout hari ini.

Panas terik tidak menghalang puluhan ribu belia menggunakan pelbagai cara termasuk sorakan, tepukan, sepanduk, kain rentang, paluan gendang dan tarian untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri yang melawat tapak Himpunan Jutaan Belia, di sini hari ini.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memulakan program walkabout pada pukul 3 petang dengan mengadakan lawatan ke tapak My Kampung Art untuk melihat kain batik terpanjang di Malaysia berukuran 263.3 meter.

Di situ, Najib dan isteri dihiburkan dengan Kawad Berirama Belia 1Malaysia yang disertai lebih 1,000 belia, iaitu kawad berirama paling besar pernah diadakan di negara ini.

Program ramah mesra rakyat bersama Perdana Menteri diikuti dengan lawatan ke tapak pameran pendidikan dan keusahawan muda serta Pesta Jepun diadakan di Presint 2.

Seterusnya, Perdana Menteri dan isteri singgah di Little India dan Taman Kebudayaan Pemuda Cina di mana mereka disambut meriah dengan paluan gendang India, gendang 24 musim Cina dan tarian singa.

Di hadapan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pula, ketibaan Najib dan menteri-menteri Kabinet disambut dengan sorakan serta tepukan gemuruh para belia yang turut mempersembahkan Dikir Barat 1Malaysia.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Berbisa sungguh penawar itu


Gambar; Sekadar petikan yang diambil dari FB

Ini tajuk akhbar Mingguan Malaysia. Agak kelakar. "Demi orang muda..." Demi orang muda program begini disajikan.  Sayangnya kenapa mereka boleh berfikir program begini adalah penting buat anak muda di negara ini?  Saya bertambah sedih apabila saya mendapat berita program kuliah agama Ustaz Azhar Idrus dibatalkan kerana tarikhnya clash dengan program ini! hurmm.... anda boleh menilai sendiri.

Gambar diambil dari FB

Ini pula pandangan Imam Muda:
Gambar diambil dari FB

Kesimpulan:

Gambar diambil dari FB, bukan koleksi peribadi.


Maka, sudah cukup sudah.... Saya juga bukanlah orang yang terlalu baik. Tapi saya juga tidak sanggup untuk 'berhati kering' dan buat don't know je melihat keadaan begini.  Sekurang-kurangnya saya mahu mengajak anda untuk berfikir sejenak menggunakan akal fikiran yang waras bersandarkan kepada pegangan agama kita, ISLAM dan nilai IMAN kita. Semoga Allah meredhai hayat kita semua. Buat penulisan sekali lalu :)

Friday, May 25, 2012

Politik Negaraku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca yang sudi singgah di laman ini.


Kelayakan Pemilih

Sebagai rakyat Malaysia yang sudah mencapai 'akhil baligh' seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Bahagian VIII-Pilihan Raya, Perkara 119. Kelayakan Pemilih.

(1) Tiap-tiap warganegara yang—

(a) telah mencapai umur dua puluh satu (21) tahun pada tarikh kelayakan;
(b) bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya pada tarikh kelayakan yang sedemikian atau, jika tidak bermastautin sedemikian, ialah seorang pengundi tidak hadir; dan
(c) didaftarkan, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pilihan raya, dalam daftar pemilih sebagai pemilih dalam bahagian pilihan raya tempat dia bermastautin pada tarikh kelayakan,

Berhak mengundi di dalam bahagian pilihan raya itu dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan melainkan jika dia hilang kelayakan di bawah Fasal (3) atau di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kesalahan yang dilakukan berkaitan dengan pilihan raya; tetapi tiada seorang pun boleh mengundi dalam pilihan raya yang sama di dalam lebih daripada satu bahagian pilihan raya.

Sumber: http://www.spr.gov.my

Maka, saya kira saya layak untuk meluahkan komentar perihal pandangan dan pendapat saya mengenai keadaan politik di negara ini (Malaysia).

Kerajaan Barisan Nasional gusar?

Akhir-akhir ini, entah kenapa saya melihat dan merasakan 'kerajaan' semakin goyah dan rapuh serta sedikit 'bimbang' dengan pelbagai tamparan hebat ekoran pelbagai isu yang telah dikemuka, dilontar dan dicabar oleh 'pembangkang' terhadap 'kerajaan' untuk 'dimaklumkan' kepada rakyat Malaysia akan perihal sebenar.  Sehingga ke hari ini (25 Mei 2012) tarikh Pilihan Raya Umum masih lagi kabur.  Perdebatan antara PM dengan Ketua Pembangkang amat dinanti-nantikan.  Bilakah persoalan ini mampu dijawab segera? Apakah mereka gusar dengan 'tingkah laku' rakyat yang kelihatan 'kurang' memihak kepada mereka?  Apakah mereka merasakan akan tumbang pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) nanti? Tidak mengapa saya tinggalkan dahulu persoalan ini.  Biarlah ianya menjadi 'rahsia' di dalam hati mereka sahaja untuk menjawabnya.

Debat PTPTN antara Saudara Rafizi (Pengarah Strategik PKR dan Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO)

Baru-baru ini, pada 22 Mei 2012 yang lalu telah berlangsungnya perdebatan isu PTPTN antara Saudara Rafizi (Pengarah Strategik PKR) dengan Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO) yang dapat disaksikan secara langsung di ASTRO AWANI dan juga di beberapa laman sesawang secara online.

Persoalan saya: Program tersebut merupakan suatu usaha yang amat baik dan murni untuk membuka mata serta mencakna pemikiran rakyat bagi menilai kapasiti dan keupayaan pemimpin dan parti yang 'akan ', 'telah  dan sedang' mentadbir negara ini untuk memberi dan menjaga kebajikan rakyat serta kestabilan dan keamanan negara di masa hadapan.  Kenapa tidak ditayangkan di media arus perdana seperti di TV1, TV2 atau TV3?

Hal ini kerana di kampung-kampung tidak semua yang mempunyai kemampuan menikmati perkhidmatan internet dan ASTRO ini tetapi saya yakin ramai yang mempunyai TV! TV 'mampu milik' yang ibu-ibu, bapak-bapak, pakcik-pakcik, makcik-makcik dan anak-anak kecil boleh menonton Buletin Utama, Berita Dunia, drama-drama, sinetron, program realiti TV, cerita kartun dan sebagainya tu... (^_^)

Di kampung saya sendiri mudah sahaja untuk mengira piring ASTRO.  Jika disiarkan secara langsung di siaran TV yang saya sebutkan tadi, Insya-Allah pasti lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang dapat menonton dan membuat penilaian.  Kecuali yang tegar, biarlah apa  jua kebenaran dan penipuan yang terbongkar jika hatinya sudah 'terpaut' pada PARTI tersebut kita sudah tidak berupaya untuk memujuk dan mengubah pendirian mereka melainkan berdoa kepada-Nya supaya dibukakan pintu hatinya (mereka ini kebanyakannya golongan veteran).

Berdasarkan pengamatan dan pemerhatian terhadap kualiti hujah yang dikemukakan dua individu berkepentingan tersebut, saya sedari awal cuba me'neutral'kan kotak pemikiran saya untuk menerima input serta hujah 'wakil kerajaan' namun tetap gagal diBERSIHkan ekoran jawapan yang tidak memuaskan diberikan oleh beliau (Ketua Pemuda UMNO) terhadap soalan-soalan yang diajukan oleh Pengarah Strategik PKR itu.  Saya berharap pada waktu itu mahupun saat ini, Saudara KJ itu tidak meletakkan 'mind set' bahawa rakyat Malaysia ini 'tidak berpengetahuan sangat' tentang isu-isu semasa ini  terutamanya orang-orang tua mahupun anak-anak muda di kampung-kampung, luar bandar dan sebagainya maka dia bolehlah menjawab sewenang-wenangnya di dalam perdebatan tersebut.  Beliau harus sedar, rakyat kini sentiasa berminat dan meninjau pergerakan sistem politik negara.  Rasa inkuiri yang tinggi juga mendorong rakyat untuk menyelidik segenap isu yang timbul dengan kritis.  Apatah lagi, rasa ingin mengalami 'angin perubahan' kian membuak-buak saya kira dalam kalangan rakyat Malaysia pada hari ini terutamanya golongan anak muda dan belia seperti perubahan angin yang telah berlaku di beberapa buah negara sebelum ini seperti di Mesir, Tunisia dan sebagainya.  Bagaimana dapat dilihat pemimpin yang korupsi, kuku besi dan tidak berintegriti diguling dengan Power People. 

Kisah pemimpin  digulingkan dengan kuasa rakyat (People Power) boleh klik di sini.

Berbalik kepada isu debat PTPTN, secara fitrahnya, saya amat yakin dan percaya seluruh rakyat Malaysia iaitu saya dan juga anda semua mahukan jawapan 'versi' jujur, telus, benar dan relevan daripada kedua-dua mereka terutamanya Ketua Pemuda UMNO.  Kerana, setiap kali disoal jawapan beliau alahai jauh menyimpang ke sana dan ke mari tengok-tengok katanya sudah menjawab soalan yang diajukan.  Moderator pun tak perasan kata beliau sudah menjawab. =)

Berbeza dengan Saudara Rafizi yang lebih berilmiah jawapannya.  Apakah ini disebabkan daya berfikir yang berbeza antara mereka? Apakah ini juga dipengaruhi dengan peribadi, sikap serta akhlak dan perilaku mereka? Mahu saja saya menyorak suka  dan setuju tentang pernyataan 'Bekas' Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Fauzi Abdul Rahman mengenai pengakuan Tun Dr. Mahathir, "Orang cerdik pandai ramai yang menyertai PAS dan Pakatan Rakyat, tetapi UMNO disertai golongan samseng".   Maklumat lanjut seperti pernyataan di bawah:

TEMERLOH, 18 April: Trend terbaru golongan muda pada masa ini ialah yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR, yang pintar masuk DAP dan yang samseng masuk Umno. Bekas Timbalan Menteri Penerangan Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, beliau bukan mereka-reka cerita tetapi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri yang mengatakan Umno sudah berpuluh tahun tidak dimasuki orang pandai sebaliknya mereka memilih PAS.

“Dr Mahathir sendiri mengatakan Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS sehingga akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya.

“Dr Mahathir akui sejak zamannya Umno tidak memberi peluang kepada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.

“Habis sekarang ni siapa yang ada dalam Umno? Ikut kata-kata Dr Mahathir orang cerdik pandai tak masuk Umno. Yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR dan pintar masuk DAP. Tapi yang samseng masuk Umno,” katanya.


Bukan hendak berat sebelah.  Tetapi itulah yang berlaku.  Dalam sidang perdebatan yang dijalankan itu timbul pelbagai perbezaan terutamanya dari segi angka dan fakta . Turut dinyatakan beberapa janji.  Mana yang benar? RAKYAT kena banyak membaca dan menyelidik sendiri, mungkin boleh menyoal sesiapa yang berkenaan umpamanya orang yang berada dalam organisasi yang dimaksudkan seperti pegawai PTPTN, bekas pegawai PTPTN dan sebagainya.  Jika ditanya pegawai sedia ada semata-mata mungkin dia akan 'menyucikan' prosedur dan amalan PTPTN.  Selalunya selepas jadi 'bekas' barulah akan ada fakta yang benar-benar sahih keluar dari mulut mereka.  Biasalah, sama juga dengan mereka yang lompat parti.  Tidak kira dari Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.  Semasa masih berada dalam parti masing-masing, semuanya membenarkan apa yang mereka rasakan tidak benar dan sangsi, tetapi selepas 'diizinkan' keluar parti lama dan menyertai parti baharu atau mengasaskan parti baharu ibarat 'bom yang meletup-letup' terpapar pelbagai kenyataan yang menerjah 'sahabat dan rakan-rakan lama'.

Saksikan video debat PTPTN di sini. 


Gelombang perubahan akan berlaku. Benarkah?

Jawapan: Tidak Mustahil dengan izin-Nya.

Tapi Kerajaan Barisan Nasional juga mungkin masih lagi bertahan jika diizinkan-Nya.  Cumanya mungkin akan diibaratkan seperti tsunami pada PRU-12.  Atau tidak mustahil juga mereka menang BESAR.

Tapi untuk saya, saya mahu Pakatan Rakyat diberi peluang untuk menawan Putrajaya dan mentadbir negara ini.  saya mahu melihat apakah mereka juga sama seperti kerajaan sekarang atau mereka memang benar-benar mahu berpolitik untuk membentuk sebuah negara yang lebih baik dari sekarang.  Negara Islam.
 
Tinta Anak Muda :)

Sunday, May 20, 2012

Motivate ourself, pray for our family around the world~~


Video ini boleh menterjemah segalanya.. 
Terima kasih, 
ingatlah dan berdoalah buat saudara seagama kita di sana dan di mana-mana jua di seluruh dunia.


Tingkatkan usaha menuju ke puncak jaya,
sedangkan mereka yang serba tiada bisa mengorak langkah,
inikan kita yang serba ada walaupun sederhana,



Thursday, May 17, 2012

Terima Kasih Cikgu, Aku akan menuruti jejakmu :)

Assalamualaikum buat semua.... (^_^)

Alhamdulillah, kita masih berpeluang dan diberi kesempatan untuk bertemu lagi dalam warkah terbaharu di laman maya ini.... erm, dah dengar ke lagu di atas? 16 Mei-Sambutan Hari Guru, hari ni 17 Mei... lambat sehari saya mencoretkan dedikasi sempena hari guru. Tapi di FB saya dah ucap dah... tapi FB bukanlah sebagai tanda penghormatan teragung dariku buat guru-guru yang mendidikku sedari aku Tadika sehinggalah kini di pusat tarbiyah membentuk 'bakal guru'.  Pastinya dalam doa adalah ucapan yang terindah dan harapan yang sering menjadi dambaan seorang guru daripada anak didiknya.  "Ya Allah, Engkau rahmatilah sentiasa kehidupan guru-guruku, murahkan rezeki buat mereka dan berkatilah usia mereka, semoga sebaran ilmu yang mereka curahkan menjadi bekalan di SANA kelak". Amin.

Buat guru-guruku,
Acapali kita mendengar, 'Guru itu umpama lilin, menerangi dikala kegelapan' dan banyak lagi bait-bait indah yang sering dilafazkan. Benar! tanpa guru pastinya kita masih hidup dalam kejahilan.  Siapa guru kita? Siapa KITA? KITA adalah umat ISLAM. Jadi siapa guru umat Islam? Guru yang membawa umat Islam ke arah jalan lurus dan membawa sirna keimanan dan ketaqwaan mentauhidkan diri kepada Allah yang Satu. Dia adalah Rasulullullah, Kekasih Allah.  Muhammad s.a.w.  Lihat, guru umat Islam adalah Kekasih Agung! Tugas guru adalah kesinambungan tugas Rasulullah! Masya-Allah. Hebatnya menjadi seorang guru.  Memang. Ada Kata-kata Hukama' "Guru itu hampir-hampir menjadi Rasul". 

Kini, aku juga bakal meneruskan kesinambungan tugas BERAT dan HEBAT itu.  MAsya-Allah. Benar lagi mampukah aku? Apatah lagi aku akan menjadi guru Pendidikan Khas! rasanya tak perlu kot nak terangkan apa itu Pendidikan Khas dan kenapa sampai diletak tanda seru (!) kan... seram sangatkah Pendidikan Khas tu??? haha.. tak la seram tapi sangat mencabar.

Di sebalik kisah aku mahu menjadi guru.  Biasalah. Semasa sekolah dulu sering kali kita akan disoal tentang cita-cita.  Kawan-kawan, cita-cita mereka selalu berubah-ubah.  darjah 1 nak jadi polis, tanya pula masa darjah 2 nak jadi doktor pulak... haha... Tapi aku.. entah mengapa aku tak pandai nak pilih cita-cita lain, tak pandai nak tukar-tukar cita-cita... CIKGU je yang aku tahu... hahaha... kenapa??? mungkin itu sahaja pekerjaan hebat yang aku tahu waktu itu.  

Tapi, kalau ikut logik, hurm... sekolah rendah mungkin kau tahu yang tu je, tapi masa sekolah menengah? still tak berubah??? Jawapan: Ya! (^_^) Mungkin kena guna konsep rezeki dan takdir, finally... walaupun result SPM tak berapa gempak dan hebat, sekadar memperoleh 2A 8B err 1D (mate tambahan) kalau tak wujud D mesti 'cantik' result aku...hahaha.. tak sukanya dengan subjek tu..haha... akhirnya mendapat panggilan 'interview' maktab atau IPG (Institut Pendidikan Guru).  2A je, kawan-kawan yang banyak A pun ada yang tak terpanggil interview.  Bersyukur sangat-sangat.  Kemudian, dah sebulan di Foundation UIA Nilai, boleh dah semak keputusan IPG.  Kaki ini melangkah nak tengok result di perpustakaan.  Tahniah! Anda Layak! Alhamdulillah... Waktu tu, hanya Allah yang tahu betapa gembiranya perasaan aku.  Kerna aku yakin, belajar di IPG aku akan mengurangkan beban keluarga. Dapat elaun kan... :) 

Tapi sebab musabab yang lebih kukuh adalah saya memang nak jadi cikgu!!! aiyyoo semangatnya.  Taktaula sebab apa.  Sebenarnya sampai sekarang rasa seronok dan teruja itu ada dalam diri.  Walaupun belajar di sini, erkkhh penat (belajar di mana-mana pun penat sebenarnya) tapi tak pernah rasa menyesal.  Kini, berbaki setahun sahaja lagi, insya-Allah aku akan bergelar 'GURU'.  Maka, aku amat berharap agar jalanku ini sentiasa dirahmati dan dipermudahkan selalu.  Sekalipun Engkau ingin menguji, janganlah melunturkan semangatku.  Sesungguhnya ujian itu mahu menyedarkan aku sebagai HAMBA jangan leka.

Akhir kata, itu perjalananku menjejaki langkahmu wahai GURU. Terima Kasih Cikgu!