Wednesday, January 2, 2013

Sabar...

Sambungan bicara 'Kitakah Fasilitator'

Salam 2013!!! (^_^)

Contengan pertama untuk blog berkarat pada tahun ini... yeaaahhh!!!

Baiklah, kita sambung ye sembang-sembang ilmiah kita sebelum ini iaitu kriteria-kriteria menjadi seorang GURU. Guru juga adalah fasilitator. Jadinya, program membentuk insan yang dilaksanakan adalah berpanjangan dan berterusan. Bukan seperti pakej program motivasi dan khemah ibadah yang lain, program 3 hari 2 malam. no... no... no... :)

Sabar:


Hurmm.. word 'SABAR' ni dah selaluuuuuuuuuuu kita dengar... Tambah-tambah bagi seorang guru. "Sabaq la noh dengan anak-anak murid hang yang kelas belakang-belakang tu...." (ucapan guru kelas budak pandai kepada guru kelas budak kelas 'belakang'), "Banyaknya kerja hang noh, besa la jadi S/U sekolah...sabaq la noh..." (ucapan rakan sekerja kepada S/U sekolah yang tengah kalut buat laporan, minit mesyuarat, bla..bla..bla..), "macam mana la hampa layan budak-budak khas tu noh. macam-macam perangai...sabor je le..." (ucapan dari cikgu aliran biasa kepada cikgu Pendidikan Khas)

Itulah antara dialog yang mungkinla boleh kita dengar di sekolah. Komunikasi biasa mereka. :)

Apabila kita menjadi guru, sifat 'sabar' perlu ada dalam kamus hidup kita. Tapi rasa-rasanya dalam apa jua bidang ada je cabaran-cabarannya dan perlu bersabar. Tapi tak pa la..kita fokus tentang karier guru. Sebagai guru, tambah-tambah sebagai guru Pendidikan Khas perkataan 'sabar' itu adalah perisai hidup! sabar... sabar..sabar....

Ayat suci kalam Tuhan ini selalu benar kita dengar. "Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar.." 
 
Tahap sabar dalam diri kita menggambarkan siapa diri kita. Saranan agama Islam, "Sabar itu sebahagian daripada Iman.." Orang yang tidak sabar, maknanya imannya lemah. Kita perlu tahu, kita perlu kuat sebagai insan guru yang berhikmah.


 

Syeikh yang garang!


Syeikh, seorang guru lelaki yang berkepala botak licin dan bermisai tebal melintang garang orangnya. Apabila Syeikh melangkah ke kawasan sekolah, murid-murid lari lintang pukang (macam nampak hantu datang!). Kariernya sebagai guru disiplin menyebabkan murid-murid cukup takut dan gerun kepadanya.

Tapi pada suatu hari, Syeikh lalu di koridor kelas Pendidikan Khas. Budak-budak di situ buat don't know je dengan dia. Hairan Syeikh. Maklumlah jarang-jarang, kadang-kadang je 'ziarah' kelas Pendidikan Khas yang nun jauh terasing. Jadi, misai Syeikh turun naik je tengok telatah budak-budak yang sedang asyik berlari-lari di dalam kelas, ada yang sedang menconteng papan tulis, ada juga yang 'mengurat' Syeikh! haha... "haish, ini tidak boleh jadi ni, tercabar ni..." detik hati Syeikh. Tapi dalam masa yang sama Syeikh pun tahu, tak semua guru mampu bersama-sama murid-murid ini. Memang perlu bersabar banyak.

Walau bagaimanapun, Syeikh tak la bodoh sangat nak marahkan murid-murid Pendidikan Khas tu sama macam murid-murid lain. Syeikh ni sebenarnya sedar dia ini seorang yang 'panas' dan mudah melenting apabila murid-murid tidak berdisiplin dan melanggar peraturan sekolah. Jadi, Syeikh nak try uji tahap kesabaran dia. Adakah dia benar-benar seorang yang begitu?

Syeikh maklum kepada guru di situ nak mengajar sekejap budak-budak tu. Tercengang Cikgu Zul. "Biar betul Syeikh ni..." bisik hati Cikgu Zul. Tapi Cikgu Zul tak kisahlah (sambil mengintai-intai macam mana keadaan Syeikh apabila bergelumang dengan budak-budak istimewa itu) .

Namun, sesuatu yang mengejutkan berlaku. Apabila Syeikh bergelumang dengan murid khas, Syeikh berubah! Syeikh menjadi tumpuan dan disayangi mereka.

Bagaimana Syeikh yang dahulunya garang dan mudah marah, tiba-tiba berubah? Sebagai guru, Syeikh sedar murid khas itu adalah permata berharga dan insan yang tidak berdosa. KESEDARAN menjadikan Syeikh menjadi SABAR!

Syeikh dapat mengawal sikap bengisnya apabila bersama-sama dengan murid-murid Khas. Malah, salah seorang murid Khas, Mardhiah dengan beraninya meminta kebenaran menyentuh misai Syeikh yang tebal. Perkara yang tidak pernah berlaku semasa dia mengajar murid-murid biasa. Tapi boleh je kalau murid-murid biasa nak try... Syeikh dah tak panas baran... haha... 

*hanya cerita rekaan... :)


Tugas guru sebenarnya persis tugas-tugas para Sahabat dan Rasul-rasul. Kerja guru adalah ibadah. Jadi, bersabarlah dalam melaksanakan ibadah ini. Semoga ianya mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t. Insya-Allah...

#selesai kot bab SABAR... hehe.. nanti huraian point seterusnya nanti...:)

No comments:

Post a Comment