Thursday, May 17, 2012

Terima Kasih Cikgu, Aku akan menuruti jejakmu :)

Assalamualaikum buat semua.... (^_^)

Alhamdulillah, kita masih berpeluang dan diberi kesempatan untuk bertemu lagi dalam warkah terbaharu di laman maya ini.... erm, dah dengar ke lagu di atas? 16 Mei-Sambutan Hari Guru, hari ni 17 Mei... lambat sehari saya mencoretkan dedikasi sempena hari guru. Tapi di FB saya dah ucap dah... tapi FB bukanlah sebagai tanda penghormatan teragung dariku buat guru-guru yang mendidikku sedari aku Tadika sehinggalah kini di pusat tarbiyah membentuk 'bakal guru'.  Pastinya dalam doa adalah ucapan yang terindah dan harapan yang sering menjadi dambaan seorang guru daripada anak didiknya.  "Ya Allah, Engkau rahmatilah sentiasa kehidupan guru-guruku, murahkan rezeki buat mereka dan berkatilah usia mereka, semoga sebaran ilmu yang mereka curahkan menjadi bekalan di SANA kelak". Amin.

Buat guru-guruku,
Acapali kita mendengar, 'Guru itu umpama lilin, menerangi dikala kegelapan' dan banyak lagi bait-bait indah yang sering dilafazkan. Benar! tanpa guru pastinya kita masih hidup dalam kejahilan.  Siapa guru kita? Siapa KITA? KITA adalah umat ISLAM. Jadi siapa guru umat Islam? Guru yang membawa umat Islam ke arah jalan lurus dan membawa sirna keimanan dan ketaqwaan mentauhidkan diri kepada Allah yang Satu. Dia adalah Rasulullullah, Kekasih Allah.  Muhammad s.a.w.  Lihat, guru umat Islam adalah Kekasih Agung! Tugas guru adalah kesinambungan tugas Rasulullah! Masya-Allah. Hebatnya menjadi seorang guru.  Memang. Ada Kata-kata Hukama' "Guru itu hampir-hampir menjadi Rasul". 

Kini, aku juga bakal meneruskan kesinambungan tugas BERAT dan HEBAT itu.  MAsya-Allah. Benar lagi mampukah aku? Apatah lagi aku akan menjadi guru Pendidikan Khas! rasanya tak perlu kot nak terangkan apa itu Pendidikan Khas dan kenapa sampai diletak tanda seru (!) kan... seram sangatkah Pendidikan Khas tu??? haha.. tak la seram tapi sangat mencabar.

Di sebalik kisah aku mahu menjadi guru.  Biasalah. Semasa sekolah dulu sering kali kita akan disoal tentang cita-cita.  Kawan-kawan, cita-cita mereka selalu berubah-ubah.  darjah 1 nak jadi polis, tanya pula masa darjah 2 nak jadi doktor pulak... haha... Tapi aku.. entah mengapa aku tak pandai nak pilih cita-cita lain, tak pandai nak tukar-tukar cita-cita... CIKGU je yang aku tahu... hahaha... kenapa??? mungkin itu sahaja pekerjaan hebat yang aku tahu waktu itu.  

Tapi, kalau ikut logik, hurm... sekolah rendah mungkin kau tahu yang tu je, tapi masa sekolah menengah? still tak berubah??? Jawapan: Ya! (^_^) Mungkin kena guna konsep rezeki dan takdir, finally... walaupun result SPM tak berapa gempak dan hebat, sekadar memperoleh 2A 8B err 1D (mate tambahan) kalau tak wujud D mesti 'cantik' result aku...hahaha.. tak sukanya dengan subjek tu..haha... akhirnya mendapat panggilan 'interview' maktab atau IPG (Institut Pendidikan Guru).  2A je, kawan-kawan yang banyak A pun ada yang tak terpanggil interview.  Bersyukur sangat-sangat.  Kemudian, dah sebulan di Foundation UIA Nilai, boleh dah semak keputusan IPG.  Kaki ini melangkah nak tengok result di perpustakaan.  Tahniah! Anda Layak! Alhamdulillah... Waktu tu, hanya Allah yang tahu betapa gembiranya perasaan aku.  Kerna aku yakin, belajar di IPG aku akan mengurangkan beban keluarga. Dapat elaun kan... :) 

Tapi sebab musabab yang lebih kukuh adalah saya memang nak jadi cikgu!!! aiyyoo semangatnya.  Taktaula sebab apa.  Sebenarnya sampai sekarang rasa seronok dan teruja itu ada dalam diri.  Walaupun belajar di sini, erkkhh penat (belajar di mana-mana pun penat sebenarnya) tapi tak pernah rasa menyesal.  Kini, berbaki setahun sahaja lagi, insya-Allah aku akan bergelar 'GURU'.  Maka, aku amat berharap agar jalanku ini sentiasa dirahmati dan dipermudahkan selalu.  Sekalipun Engkau ingin menguji, janganlah melunturkan semangatku.  Sesungguhnya ujian itu mahu menyedarkan aku sebagai HAMBA jangan leka.

Akhir kata, itu perjalananku menjejaki langkahmu wahai GURU. Terima Kasih Cikgu!





2 comments:

  1. Replies
    1. Ai...course Human Sc (HS) ;) knp?? adakah awk pernah berada di sana jugak?? :)

      Delete