Wednesday, January 2, 2013

Empati

Ok... kita continue lagi....

Sekarang masuk point 'empati'.


 "Understanding what the other person is going through and being there."


Sikap empati sememangnya perlu wujud dalam diri guru-guru. Sekiranya tidak wujud perasaan empati, kita tidak dapat membantu murid-murid kita. Perasaan empati itu perlu dsemai supaya kita dapat membimbing mereka menjadi insan yang berguna, lebih maju dalam kehidupan dan mampu memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Kita perlu ingat dan perlu menerima satu fakta ini. "ibu bapa memang melepaskan anak mereka kepada guru-guru untuk dididik di sekolah, balik rumah hanya segelintir ibu bapa sahaja menyambung kerja guru." tambah-tambah bagi ibu bapa dari keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Setuju??

Yang berkemampuan tu bolehlah laksanakan inisiatif lain seperti hantar tuisyen jika mereka nak anak mereka berjaya dalam akademik. Tapi jika untuk berjaya secara holistik perlu merangkumi kesemua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial).. Ini susah dibentuk di kelas tuisyen...

Sifat empati ini bukan sahaja perlu ditanam dalam diri kita tetapi perlu ditunjukkan melalui sikap kita. Kita perlu sedar tugas dan tanggungjawab yang dipikul adalah cukup berat dan tidak boleh diambil lewa. Terutamanya bagi guru-guru Pendidikan Khas. Sifat empati ini perlu lebih menebal dalam diri jika mahu melihat anak murid mereka berjaya dalam hidup.

 

Artikel lain tentang 'empati'. Klik di sini.

Ok.. to be continue dengan point 'kasih sayang'... (^_^)




No comments:

Post a Comment