Penawar yang berbisa???
Ya. Itulah yang saya ibaratkan kepada penganjuran Program Himpunan Jutaan Belia yang berlangsung pada 23 Mei sehingga 27 Mei di Putrajaya. Saat mata pena maya saya ini sedang menulis, program ini masih belum tamat kerana saya menulis lebih kurang jam 9.15 malam, program Jutaan Belia akan tamat jam 11.00 malam. Saya katakan ianya penawar kerana secara teori yang saya pelajari, pendekatan persekitaran turut mempengaruhi perkembangan kognitif dan sosial manusia. Seperti Teori Kognitif Piaget, Teori Sosial Bandura dan pelbagai lagi teori-teori psikologi. Itulah teorinya. Teori pendidikan.
Namun, penawar ini telah menjadi racun yang amat berbisa dengan persekitaran yang negatif! Kenapa negatif pula??? Program-program hiburan itu program negatif sangat ke? Ya, negatif bahkan ianya amat melalaikan dan dalam erti kata lain sebenarnya itu adalah program kemaksiatan (Program-pogram hiburan di Himpunan Jutaan Belia khususnya). Maksiat hukumnya adalah HARAM! Maka, dek kerana itulah saya katakan ianya penawar buat anak muda yang amat sukakan cara ini yang 'falsafah hidupnyanya' mungkin berpegang kepada HIDUP di DUNIA adalah SELAMA-LAMANYA! Rugilah mereka.
Penawar?
Benar ia juga penawar untuk membentuk generasi muda yang mampu berkomunikasi dan mempunyai kemahiran sosial yang baik, kesihatan yakni membentuk masyarakat yang sihat. Menari-nari, berpeluh kooot.. hehe...
Anak muda boleh menyerlahkan bakat mereka di pentas yang lebih besar. Malah, program berbentuk kerohanian buat remaja juga ada termasuk dalam tentatif program mereka. Buktinya, lihat tajuk keratan akhbar ini:
Anak muda boleh menyerlahkan bakat mereka di pentas yang lebih besar. Malah, program berbentuk kerohanian buat remaja juga ada termasuk dalam tentatif program mereka. Buktinya, lihat tajuk keratan akhbar ini:
Secara detail atau lebih tereperinci saya minta maaf kerana saya tidak mempunyai maklumat lanjut. Atau yang berminat boleh layari laman web utusan online. Barangkali di sana ada maklumat lanjut.
Mahu lagi komen yang lebih positif bagi menyokong ianya sebagai 'penawar'? jom baca petikan akbar di bawah:
PUTRAJAYA 26 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu suara belia Malaysia yang disifatkan sebagai keramat dan penentu masa depan negara 'dilaungkan' secara penuh beradab, berhemah mulia, tertib dan mengikut undang-undang.
Berucap di hadapan puluhan ribu belia dari seluruh pelosok tanah air yang berhimpun di sini, Perdana Menteri berkata, hanya belia yang bergerak seiring dengan tuntutan-tuntutan tersebut boleh menjamin masa depan negara.
"Saya nak tunjuk imej himpunan kita ini, bagaimana kita duduk dalam keadaan aman, tak ada ketakutan, tak ramai pun anggota polis.
"Polis pun agak lega, polis pun tak rasa cemas, orang ramai pun tak rasa cemas, inilah gambaran belia yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini," katanya berucap melancarkan Himpunan Jutaan Belia sempena Hari Belia Negara 2012.
Menurut Perdana Menteri, belia yang melakar imej liar, yang menendang anggota polis, terbaring atas jalan bukan gambaran belia yang boleh menjamin masa depan negara.
Begitu juga, katanya, gambaran belia yang sedang melonjak-lonjak atas kereta polis bukan gambaran belia yang bersopan santun yang boleh rakyat bergantung harap untuk masa depan. "Gambaran belia yang membaling batu dan menyerang anggota keselamatan bukan belia Malaysia yang boleh jadi contoh.
"Yang boleh jadi contoh adalah saudara saudari yang berhimpun di himpunan belia di sini. Majoriti adalah belia macam saudara saudari, jangan biarkan segelintir belia hijack agenda dan imej negara kita," kata Perdana Menteri.
Sehubungan itu, Najib mahu belia-belia yang menyertai perhimpunan hari ini supaya tidak membiarkan golongan yang tidak bertanggungjawab itu merebut kuasa di negara ini dan memastikan Putrajaya kekal milik mereka.
Katanya, wajib bagi golongan belia mempertahankan Putrajaya kerana apa yang dilaksanakan sekarang adalah berdasarkan prinsip demokrasi berparlimen sambil mengingatkan bahawa rusuhan jalanan, membaling batu, menendang anggota polis bukan demokrasi tetapi democrazy.
"Belia bukan demo crazy tetapi mereka menghormati dan menyanjung amalan prinsip berparlimen, belia ada kuasa untuk menggunakan kuasa itu dengan penuh kematangan, menggunakan kuasa dengan penuh bijaksana," katanya.
Perdana Menteri turut mengingatkan para belia supaya tidak termakan hasutan, tidak terpedaya dengan fitnah, ucapan-ucapan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menghasut. "Kita harus tahu memilih antara intan dan permata, siapa yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini," katanya.
Najib mengulangi keyakinannya bahawa suara belia yang berhimpun di Putrajaya adalah alunan gelombang semangat yang tahu memilih kerajaan yang benar-benar boleh menjamin masa depan rakyat.
"Hari esok lebih baik dari hari ini dan saya dah rakan-rakan anggota Kabinet yang berhimpun atas pentas, kami tak ada pilihan melainkan atas bahu kami.
"Kami melihat muka saudara-saudara muka belia hari ini, saudara pewaris, apa yang kita lakukan agenda tak lain tak bukan nak serah sebuah negara Malaysia yang lebih baik dari hari ini.
"Sebuah negara yang lebih berjaya dari hari ini, sebuah negara yang lebih hebat dari hari ini, kejayaan daripada segala sudut, bila jadi negara maju," katanya.
Perdana Menteri juga mahu belia Malaysia bersatu padu untuk melonjakkan negara menjadi lebih hebat dan berjaya.
Laporan lain aktiviti sempena program yang dianjurkan.
PUTRAJAYA 26 Mei - Sambutan Himpunan Jutaan Belia mencapai kemuncak hari ini dengan ramai belia pelbagai kaum tidak mahu melepaskan peluang menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan.
Tidak kira konsert artis tempatan dan antarabangsa, Pesta Jepun, aktiviti sukan lasak, pesta layang-layang, pertandingan sorak atau aktiviti kesenian, semua tapak pameran dan aktiviti telah dipenuhi dengan belia.
Suasana meriah tersebut turut menunjukkan Kementerian Belia dan Sukan semakin menghampiri sasaran dua juta pengunjung dalam tempoh lima hari.
Sambutan Himpunan Jutaan Belia yang memasuki hari keempat pada hari ini bertambah berwarna-warni apabila ramai orang muda memakai kemeja “Saya sayang PM" dalam pelbagai warna sebagai tanda sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengadakan program walkabout hari ini.
Panas terik tidak menghalang puluhan ribu belia menggunakan pelbagai cara termasuk sorakan, tepukan, sepanduk, kain rentang, paluan gendang dan tarian untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri yang melawat tapak Himpunan Jutaan Belia, di sini hari ini.
Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memulakan program walkabout pada pukul 3 petang dengan mengadakan lawatan ke tapak My Kampung Art untuk melihat kain batik terpanjang di Malaysia berukuran 263.3 meter.
Di situ, Najib dan isteri dihiburkan dengan Kawad Berirama Belia 1Malaysia yang disertai lebih 1,000 belia, iaitu kawad berirama paling besar pernah diadakan di negara ini.
Program ramah mesra rakyat bersama Perdana Menteri diikuti dengan lawatan ke tapak pameran pendidikan dan keusahawan muda serta Pesta Jepun diadakan di Presint 2.
Seterusnya, Perdana Menteri dan isteri singgah di Little India dan Taman Kebudayaan Pemuda Cina di mana mereka disambut meriah dengan paluan gendang India, gendang 24 musim Cina dan tarian singa.
Di hadapan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pula, ketibaan Najib dan menteri-menteri Kabinet disambut dengan sorakan serta tepukan gemuruh para belia yang turut mempersembahkan Dikir Barat 1Malaysia.
Berbisa sungguh penawar itu
Gambar; Sekadar petikan yang diambil dari FB
Ini tajuk akhbar Mingguan Malaysia. Agak kelakar. "Demi orang muda..." Demi orang muda program begini disajikan. Sayangnya kenapa mereka boleh berfikir program begini adalah penting buat anak muda di negara ini? Saya bertambah sedih apabila saya mendapat berita program kuliah agama Ustaz Azhar Idrus dibatalkan kerana tarikhnya clash dengan program ini! hurmm.... anda boleh menilai sendiri.
Gambar diambil dari FB
Ini pula pandangan Imam Muda:
Gambar diambil dari FB
Kesimpulan:
Gambar diambil dari FB, bukan koleksi peribadi.
Maka, sudah cukup sudah.... Saya juga bukanlah orang yang terlalu baik. Tapi saya juga tidak sanggup untuk 'berhati kering' dan buat don't know je melihat keadaan begini. Sekurang-kurangnya saya mahu mengajak anda untuk berfikir sejenak menggunakan akal fikiran yang waras bersandarkan kepada pegangan agama kita, ISLAM dan nilai IMAN kita. Semoga Allah meredhai hayat kita semua. Buat penulisan sekali lalu :)
No comments:
Post a Comment