Sebagai guru, sikap kita perlu bersikap profesional bagi menangani masalah murid. Kita perlu serius dalam kerjaya dan tidak bersikap sambil lewa.
Jangan sesekali membiarkan orang lain memandang rendah pada profesion kita teruatamanya profesion guru Pendidikan Khas. Tapi kadang-kadang tu yang sedihnya orang lain memandang tinggi bidang guru Pendidikan Khas, rakan sejawat di aliran perdana pula yang menyemai perasaan hasad dan memandang rendah kepada rakannya di bidang itu!!!
Sebagai guru, kita juga sentiasa akan berhubung dengan ibu bapa murid. Apabila kita berhubung dengan mereka, kita perlu menunjukkan sikap profesional. Kita perlu melayan mereka dengan baik dan berusaha membantu mereka. Sekiranya mereka mengemukakan sebarang masalah, kita perlu sedaya upaya membantu mereka. Mereka meluangkan masa semata-mata mahu berjumpa kita. Hargailah mereka.
Apabila melayan ibu bapa, jangan membezakan antara yang miskin dan yang berada. Ini adalah sikap yang tidak baik. BERAT SEBELAH, PILIH BULU dan sebagainya. Layanlah ibu bapa dengan adil.
Begitu juga dengan mengajar, kita perlu bersikap profesional dan melayan mereka tanpa mengira warna kulit, bangsa, agama dan darjat keturunan. Mereka semua adalah murid kita yang membantu kita dalam karier kita.
Apabila mempunyai masalah dengan ibu bapa murid, jangan pula kita sisihkan murid itu dalam kelas. Hubungan kita dengan ibu bapanya adalah berbeza. Walau apapun yang terjadi ajarilah anak itu dengan amanah, jujur dan saksama. Adalah tidak adil kita memerli murid itu kerana tidak sependapat dengan ibu bapanya. Haiiissshh... dok dendam plak daaaahh cikgu pun.....
Sekiranya kita dilantik sebagai penyelaras program, kita perlu tekun menjalankan tugas dan menunjukkan tauladan yang baik kepada guru-guru di bawah bimbingan kita. Kita perlu berkerja lebih kuat daripada mereka dan tidak mengambil kesempatan ke atas mereka. Jika mahu orang lain berusaha gigih, kita terlebih dahulu perlu berusaha gigih.
Sebagai menghormati profesion kita, adalah tidak baik kita melibatkan diri dengan kerja lain semasa waktu persekolahan. Lazimnya, cikgu-cikgu ni meniaga la kijo dio kat sekolah... huhu...'macam-macam adaaaa.....'
Selain itu, kita juga perlu emmpunyai daya keinginan yang tinggi dan kepingin dong.... bagi membangunkan dan mengembangkan potensi diri. Setiap hari kita perlu sematkan pada diri kita, supaya melangkah lebih jauh ke hadapan. Kita tidak perlu hanyut dengan kejayaan lalu ataupun meratapi kegagalan di belakang kita. Kita perlu cekal. Dengan sikap yang sedemikian, kita sentiasa membentuk diri yang positif dan mempertingkatkan profesion keguruan ini.
Kita perlu menjadi inspirasi dan motivasi kepada orang di sekeliling kita.
"Orang yang berkarier mempunyai sikap yang bersungguh-sungguh dalam menyiapkan kerja dan bersikap profesional" - K.A.Razhiyah
"Jangan biarkan diri hanyut dengan kejayaan lalu dan jangan pula meratapi kegagalan lepas" - Sharil Hazri
No comments:
Post a Comment