Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca yang sudi singgah di laman ini.
Kelayakan Pemilih
Sebagai rakyat Malaysia yang sudah mencapai 'akhil baligh' seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Bahagian VIII-Pilihan Raya, Perkara 119. Kelayakan Pemilih.
(1) Tiap-tiap warganegara yang—
(a) telah mencapai umur dua puluh satu (21) tahun pada tarikh kelayakan;
(b) bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya pada tarikh kelayakan yang sedemikian atau, jika tidak bermastautin sedemikian, ialah seorang pengundi tidak hadir; dan
(c) didaftarkan, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pilihan raya, dalam daftar pemilih sebagai pemilih dalam bahagian pilihan raya tempat dia bermastautin pada tarikh kelayakan,

Berhak mengundi di dalam bahagian pilihan raya itu dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan melainkan jika dia hilang kelayakan di bawah Fasal (3) atau di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kesalahan yang dilakukan berkaitan dengan pilihan raya; tetapi tiada seorang pun boleh mengundi dalam pilihan raya yang sama di dalam lebih daripada satu bahagian pilihan raya.
Sumber: http://www.spr.gov.my
Maka, saya kira saya layak untuk meluahkan komentar perihal pandangan dan pendapat saya mengenai keadaan politik di negara ini (Malaysia).
Kerajaan Barisan Nasional gusar?
Akhir-akhir ini, entah kenapa saya melihat dan merasakan 'kerajaan' semakin goyah dan rapuh serta sedikit 'bimbang' dengan pelbagai tamparan hebat ekoran pelbagai isu yang telah dikemuka, dilontar dan dicabar oleh 'pembangkang' terhadap 'kerajaan' untuk 'dimaklumkan' kepada rakyat Malaysia akan perihal sebenar. Sehingga ke hari ini (25 Mei 2012) tarikh Pilihan Raya Umum masih lagi kabur. Perdebatan antara PM dengan Ketua Pembangkang amat dinanti-nantikan. Bilakah persoalan ini mampu dijawab segera? Apakah mereka gusar dengan 'tingkah laku' rakyat yang kelihatan 'kurang' memihak kepada mereka? Apakah mereka merasakan akan tumbang pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) nanti? Tidak mengapa saya tinggalkan dahulu persoalan ini. Biarlah ianya menjadi 'rahsia' di dalam hati mereka sahaja untuk menjawabnya.
Debat PTPTN antara Saudara Rafizi (Pengarah Strategik PKR dan Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO)
Baru-baru ini, pada 22 Mei 2012 yang lalu telah berlangsungnya perdebatan isu PTPTN antara Saudara Rafizi (Pengarah Strategik PKR) dengan Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO) yang dapat disaksikan secara langsung di ASTRO AWANI dan juga di beberapa laman sesawang secara online.
Persoalan saya: Program tersebut merupakan suatu usaha yang amat baik dan murni untuk membuka mata serta mencakna pemikiran rakyat bagi menilai kapasiti dan keupayaan pemimpin dan parti yang 'akan ', 'telah dan sedang' mentadbir negara ini untuk memberi dan menjaga kebajikan rakyat serta kestabilan dan keamanan negara di masa hadapan. Kenapa tidak ditayangkan di media arus perdana seperti di TV1, TV2 atau TV3?
Hal ini kerana di kampung-kampung tidak semua yang mempunyai kemampuan menikmati perkhidmatan internet dan ASTRO ini tetapi saya yakin ramai yang mempunyai TV! TV 'mampu milik' yang ibu-ibu, bapak-bapak, pakcik-pakcik, makcik-makcik dan anak-anak kecil boleh menonton Buletin Utama, Berita Dunia, drama-drama, sinetron, program realiti TV, cerita kartun dan sebagainya tu... (^_^)
Di kampung saya sendiri mudah sahaja untuk mengira piring ASTRO. Jika disiarkan secara langsung di siaran TV yang saya sebutkan tadi, Insya-Allah pasti lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang dapat menonton dan membuat penilaian. Kecuali yang tegar, biarlah apa jua kebenaran dan penipuan yang terbongkar jika hatinya sudah 'terpaut' pada PARTI tersebut kita sudah tidak berupaya untuk memujuk dan mengubah pendirian mereka melainkan berdoa kepada-Nya supaya dibukakan pintu hatinya (mereka ini kebanyakannya golongan veteran).
Berdasarkan pengamatan dan pemerhatian terhadap kualiti hujah yang dikemukakan dua individu berkepentingan tersebut, saya sedari awal cuba me'neutral'kan kotak pemikiran saya untuk menerima input serta hujah 'wakil kerajaan' namun tetap gagal diBERSIHkan ekoran jawapan yang tidak memuaskan diberikan oleh beliau (Ketua Pemuda UMNO) terhadap soalan-soalan yang diajukan oleh Pengarah Strategik PKR itu. Saya berharap pada waktu itu mahupun saat ini, Saudara KJ itu tidak meletakkan 'mind set' bahawa rakyat Malaysia ini 'tidak berpengetahuan sangat' tentang isu-isu semasa ini terutamanya orang-orang tua mahupun anak-anak muda di kampung-kampung, luar bandar dan sebagainya maka dia bolehlah menjawab sewenang-wenangnya di dalam perdebatan tersebut. Beliau harus sedar, rakyat kini sentiasa berminat dan meninjau pergerakan sistem politik negara. Rasa inkuiri yang tinggi juga mendorong rakyat untuk menyelidik segenap isu yang timbul dengan kritis. Apatah lagi, rasa ingin mengalami 'angin perubahan' kian membuak-buak saya kira dalam kalangan rakyat Malaysia pada hari ini terutamanya golongan anak muda dan belia seperti perubahan angin yang telah berlaku di beberapa buah negara sebelum ini seperti di Mesir, Tunisia dan sebagainya. Bagaimana dapat dilihat pemimpin yang korupsi, kuku besi dan tidak berintegriti diguling dengan Power People.
Kisah pemimpin digulingkan dengan kuasa rakyat (People Power) boleh klik di sini.

Berbalik kepada isu debat PTPTN, secara fitrahnya, saya amat yakin dan percaya seluruh rakyat Malaysia iaitu saya dan juga anda semua mahukan jawapan 'versi' jujur, telus, benar dan relevan daripada kedua-dua mereka terutamanya Ketua Pemuda UMNO. Kerana, setiap kali disoal jawapan beliau alahai jauh menyimpang ke sana dan ke mari tengok-tengok katanya sudah menjawab soalan yang diajukan. Moderator pun tak perasan kata beliau sudah menjawab. =)
Berbeza dengan Saudara Rafizi yang lebih berilmiah jawapannya. Apakah ini disebabkan daya berfikir yang berbeza antara mereka? Apakah ini juga dipengaruhi dengan peribadi, sikap serta akhlak dan perilaku mereka? Mahu saja saya menyorak suka dan setuju tentang pernyataan 'Bekas' Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Fauzi Abdul Rahman mengenai pengakuan Tun Dr. Mahathir, "Orang cerdik pandai ramai yang menyertai PAS dan Pakatan Rakyat, tetapi UMNO disertai golongan samseng". Maklumat lanjut seperti pernyataan di bawah:
Bukan hendak berat sebelah. Tetapi itulah yang berlaku. Dalam sidang perdebatan yang dijalankan itu timbul pelbagai perbezaan terutamanya dari segi angka dan fakta . Turut dinyatakan beberapa janji. Mana yang benar? RAKYAT kena banyak membaca dan menyelidik sendiri, mungkin boleh menyoal sesiapa yang berkenaan umpamanya orang yang berada dalam organisasi yang dimaksudkan seperti pegawai PTPTN, bekas pegawai PTPTN dan sebagainya. Jika ditanya pegawai sedia ada semata-mata mungkin dia akan 'menyucikan' prosedur dan amalan PTPTN. Selalunya selepas jadi 'bekas' barulah akan ada fakta yang benar-benar sahih keluar dari mulut mereka. Biasalah, sama juga dengan mereka yang lompat parti. Tidak kira dari Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. Semasa masih berada dalam parti masing-masing, semuanya membenarkan apa yang mereka rasakan tidak benar dan sangsi, tetapi selepas 'diizinkan' keluar parti lama dan menyertai parti baharu atau mengasaskan parti baharu ibarat 'bom yang meletup-letup' terpapar pelbagai kenyataan yang menerjah 'sahabat dan rakan-rakan lama'.
Saksikan video debat PTPTN di sini.
Berbeza dengan Saudara Rafizi yang lebih berilmiah jawapannya. Apakah ini disebabkan daya berfikir yang berbeza antara mereka? Apakah ini juga dipengaruhi dengan peribadi, sikap serta akhlak dan perilaku mereka? Mahu saja saya menyorak suka dan setuju tentang pernyataan 'Bekas' Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Fauzi Abdul Rahman mengenai pengakuan Tun Dr. Mahathir, "Orang cerdik pandai ramai yang menyertai PAS dan Pakatan Rakyat, tetapi UMNO disertai golongan samseng". Maklumat lanjut seperti pernyataan di bawah:
TEMERLOH, 18 April: Trend terbaru golongan muda pada masa ini ialah yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR, yang pintar masuk DAP dan yang samseng masuk Umno. Bekas Timbalan Menteri Penerangan Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, beliau bukan mereka-reka cerita tetapi mantan Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri yang mengatakan Umno sudah berpuluh
tahun tidak dimasuki orang pandai sebaliknya mereka memilih PAS.
“Dr Mahathir sendiri mengatakan Umno dah berpuluh-puluh tahun tak
bagi orang pandai masuk, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS sehingga
akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan
kemenangan pada pada pilihan raya.
“Dr Mahathir akui sejak zamannya Umno tidak memberi peluang kepada
golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu
sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.
“Habis sekarang ni siapa yang ada dalam Umno? Ikut kata-kata Dr
Mahathir orang cerdik pandai tak masuk Umno. Yang pandai masuk PAS, yang
cerdik masuk PKR dan pintar masuk DAP. Tapi yang samseng masuk Umno,”
katanya.
Saksikan video debat PTPTN di sini.
Gelombang perubahan akan berlaku. Benarkah?
Jawapan: Tidak Mustahil dengan izin-Nya.
Tapi Kerajaan Barisan Nasional juga mungkin masih lagi bertahan jika diizinkan-Nya. Cumanya mungkin akan diibaratkan seperti tsunami pada PRU-12. Atau tidak mustahil juga mereka menang BESAR.
Tapi untuk saya, saya mahu Pakatan Rakyat diberi peluang untuk menawan Putrajaya dan mentadbir negara ini. saya mahu melihat apakah mereka juga sama seperti kerajaan sekarang atau mereka memang benar-benar mahu berpolitik untuk membentuk sebuah negara yang lebih baik dari sekarang. Negara Islam.
Tinta Anak Muda :)
nice one _ FBY
ReplyDeleteSyukran jazilan and Thank you for your respon.. :) This is only by my side... masing-masing punya pandangan pelbagai. =)
Delete