Sunday, May 20, 2012

Motivate ourself, pray for our family around the world~~


Video ini boleh menterjemah segalanya.. 
Terima kasih, 
ingatlah dan berdoalah buat saudara seagama kita di sana dan di mana-mana jua di seluruh dunia.


Tingkatkan usaha menuju ke puncak jaya,
sedangkan mereka yang serba tiada bisa mengorak langkah,
inikan kita yang serba ada walaupun sederhana,



Thursday, May 17, 2012

Terima Kasih Cikgu, Aku akan menuruti jejakmu :)

Assalamualaikum buat semua.... (^_^)

Alhamdulillah, kita masih berpeluang dan diberi kesempatan untuk bertemu lagi dalam warkah terbaharu di laman maya ini.... erm, dah dengar ke lagu di atas? 16 Mei-Sambutan Hari Guru, hari ni 17 Mei... lambat sehari saya mencoretkan dedikasi sempena hari guru. Tapi di FB saya dah ucap dah... tapi FB bukanlah sebagai tanda penghormatan teragung dariku buat guru-guru yang mendidikku sedari aku Tadika sehinggalah kini di pusat tarbiyah membentuk 'bakal guru'.  Pastinya dalam doa adalah ucapan yang terindah dan harapan yang sering menjadi dambaan seorang guru daripada anak didiknya.  "Ya Allah, Engkau rahmatilah sentiasa kehidupan guru-guruku, murahkan rezeki buat mereka dan berkatilah usia mereka, semoga sebaran ilmu yang mereka curahkan menjadi bekalan di SANA kelak". Amin.

Buat guru-guruku,
Acapali kita mendengar, 'Guru itu umpama lilin, menerangi dikala kegelapan' dan banyak lagi bait-bait indah yang sering dilafazkan. Benar! tanpa guru pastinya kita masih hidup dalam kejahilan.  Siapa guru kita? Siapa KITA? KITA adalah umat ISLAM. Jadi siapa guru umat Islam? Guru yang membawa umat Islam ke arah jalan lurus dan membawa sirna keimanan dan ketaqwaan mentauhidkan diri kepada Allah yang Satu. Dia adalah Rasulullullah, Kekasih Allah.  Muhammad s.a.w.  Lihat, guru umat Islam adalah Kekasih Agung! Tugas guru adalah kesinambungan tugas Rasulullah! Masya-Allah. Hebatnya menjadi seorang guru.  Memang. Ada Kata-kata Hukama' "Guru itu hampir-hampir menjadi Rasul". 

Kini, aku juga bakal meneruskan kesinambungan tugas BERAT dan HEBAT itu.  MAsya-Allah. Benar lagi mampukah aku? Apatah lagi aku akan menjadi guru Pendidikan Khas! rasanya tak perlu kot nak terangkan apa itu Pendidikan Khas dan kenapa sampai diletak tanda seru (!) kan... seram sangatkah Pendidikan Khas tu??? haha.. tak la seram tapi sangat mencabar.

Di sebalik kisah aku mahu menjadi guru.  Biasalah. Semasa sekolah dulu sering kali kita akan disoal tentang cita-cita.  Kawan-kawan, cita-cita mereka selalu berubah-ubah.  darjah 1 nak jadi polis, tanya pula masa darjah 2 nak jadi doktor pulak... haha... Tapi aku.. entah mengapa aku tak pandai nak pilih cita-cita lain, tak pandai nak tukar-tukar cita-cita... CIKGU je yang aku tahu... hahaha... kenapa??? mungkin itu sahaja pekerjaan hebat yang aku tahu waktu itu.  

Tapi, kalau ikut logik, hurm... sekolah rendah mungkin kau tahu yang tu je, tapi masa sekolah menengah? still tak berubah??? Jawapan: Ya! (^_^) Mungkin kena guna konsep rezeki dan takdir, finally... walaupun result SPM tak berapa gempak dan hebat, sekadar memperoleh 2A 8B err 1D (mate tambahan) kalau tak wujud D mesti 'cantik' result aku...hahaha.. tak sukanya dengan subjek tu..haha... akhirnya mendapat panggilan 'interview' maktab atau IPG (Institut Pendidikan Guru).  2A je, kawan-kawan yang banyak A pun ada yang tak terpanggil interview.  Bersyukur sangat-sangat.  Kemudian, dah sebulan di Foundation UIA Nilai, boleh dah semak keputusan IPG.  Kaki ini melangkah nak tengok result di perpustakaan.  Tahniah! Anda Layak! Alhamdulillah... Waktu tu, hanya Allah yang tahu betapa gembiranya perasaan aku.  Kerna aku yakin, belajar di IPG aku akan mengurangkan beban keluarga. Dapat elaun kan... :) 

Tapi sebab musabab yang lebih kukuh adalah saya memang nak jadi cikgu!!! aiyyoo semangatnya.  Taktaula sebab apa.  Sebenarnya sampai sekarang rasa seronok dan teruja itu ada dalam diri.  Walaupun belajar di sini, erkkhh penat (belajar di mana-mana pun penat sebenarnya) tapi tak pernah rasa menyesal.  Kini, berbaki setahun sahaja lagi, insya-Allah aku akan bergelar 'GURU'.  Maka, aku amat berharap agar jalanku ini sentiasa dirahmati dan dipermudahkan selalu.  Sekalipun Engkau ingin menguji, janganlah melunturkan semangatku.  Sesungguhnya ujian itu mahu menyedarkan aku sebagai HAMBA jangan leka.

Akhir kata, itu perjalananku menjejaki langkahmu wahai GURU. Terima Kasih Cikgu!





Wednesday, May 9, 2012

Aku Ingin Memilikimu

Duhai kekasih hati yang aku jumpa dan kita telah berkenalan hampir menjangkau usia 2 tahun.

Kita ini insan biasa, jiwa remaja kita selalu mendamba rasa cinta PERLU hadir di dalam sanubari insan bernama manusia.  Apatah lagi sebagai jiwa gila-gila REMAJA.  Namun, mahu atau tidak kita perlu akui tidak molek untuk kita berkasih-kasih sebagai pasangan kekasih.  Cukup sekadar aku mahu engkau tahu, aku ingin memilikimu dengan izin-Nya, insya-Allah kita akan bersatu kelak dan hidup berbahagia sehingga ke syurga dengan izin-Nya jua.

Kini di usia 2 tahun perkenalan, sebagai hamba-Nya WAJIB ke atas diri kita berusaha dan terus melipatgandakan usaha untuk memperbaiki kekhilafan diri menjadi lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Kita sudah tidak mampu mengelak dari menyatakan rasa ingin  memiliki kerna kita sudah menyatakan HASRAT ingin bersama di DUNIA dan AKHIRAT (dengan izin Allah).  Jadi, apa yang kita perlu lakukan sekarang ialah sentiasalah beringat CINTA kita sekarang bukan untuk KITA, sekalipun kita BERSATU, CINTA kita adalah HAK HAKIKI Dia Yang Maha Esa.

Kita sudah BERCINTA dan kita tidak mahu ia menjadi sia-sia kerana masing-masing antara kita AMAT berhasrat ingin bersatu.  Jadi kita telah memilih untuk mengenali antara satu sama lain 'terlebih awal'.  Sedangkan saranan yang berbeza untuk mereka yang mengikuti usrah-usrah, kuliah-kuliah agama dan sebagainya.  NO COUPLE GUYS!!!.

Tapi, kita berdua tidak gemar bergelar COUPLE! tapi sebenarnya kita COUPLE! ada tak ISLAMIC COUPLE? :) Ukhwah....?? :)

Baiklah, secara zahir aku akui.  Tapi dalam meneruskan perjalanan kita ke arah menggapai perkara yang HALAL, kita perlu menjaga batas-batas yang tidak dibenarkan dalam ISLAM.  Saban hari kita berusaha.  Saban hari kita diuji.  Engkau dengan kisah engkau.  Dan aku tidak sedih atas sebab apa aku tidak sedih? dan mengapa pula aku perlu bersedih? Susah ke untuk membiarkan CINTA HADIR SELEPAS NIKAH dengan seseorang yang kita tidak perlu kenal??

Aku kagum dengan mereka yang mampu mejalinkan kasih abadi tanpa dikotori cinta sebelum nikah? Tapi kotorkah cinta sebelum nikah?? Bagi aku, maaflah ini hanya pandangan manusia lemah yang jahil.  Aku akui, jalan ini tidak molek, namun nasi sudah menjadi bubur.  Tapi bubur pun sedap kalo guna resepi yang baik. Ingin sangat menjalin kasih selepas NIKAH.  Tapi, aku telah memilih jalan ini.  Dan walaupun aku sudah memilih dia, dan amat berhasrat ingin bersatu dengannya, aku berusaha menjaga dari bercinta kerana NAFSU!.

Kadang-kadang aku ditekan dengan orang sekitar.  "macam mana la hang ni bercinta? tak suka bermesej2? tak suka jumpa2? bla..bla..." aku tidak salahkan mereka. Dalam hati kecilku "Ini tak baikla..huhu..".  Biarlah dia sakit, aku tidak selalu melayannya.  Biarlah dia sakit sekarang dari kami sama-sama sakit di NERAKA!.

Kuharap kita akan bersatu. aku menantikan saat itu.  aku tidak pernah menyentuhnya. aku tidak menggalakkanmu merinduiku kerana itu pastinya NAFSU.  Moga kita tidak didesak untuk berkasih-sayang kerana NAFSU.  UPBAI fillah. (^_^)



Monday, May 7, 2012

Integriti dalam dunia kewartawanan.. Warkah buat mereka

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Sebelum saya memulakan bicara, terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada pihak tuan yang barangkali akan rasa kurang senang dengan komentar yang akan saya utarakan kepada pihak tuan ini. Namun, sebagai rakyat yang prihatin dan bertanggungjawab, saya rasa ianya tidak dapat tidak perlu diluahkan mengikut saluran yang betul seperti ini emi kepentingan sejagat apatah lagi dalam usaha kita meneroka ke arah negara maju dan bertamadun.
Perkara yang menjadi subjek utama komentar saya ini adalah berkaitan dengan 'kualiti' kandungan penerbitan akhbar perdana tuan (Utusan Melayu). Akhir-akhir ini, saya melihat kandungan akhbar tuan agak keterlaluan dalam menyampaikan maklumat dan berita kepada masyarakat. Sebagai akhbar perdana, pihak tuan pastinya sedar bahawa akhbar tuan menjadi tatapan segenap lapisan masyarakat tidak kira di luar bandar mahupun bandar, peringkat umur dan perbezaan fahaman politik. Saya sendiri merupakan salah seorang daripada pembaca akhbar tuan. Justeru, kandungan berita atau laporan yang dinyatakan perlu juga mengambil kira impak dan implikasinya terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara.
Sebagai rakyat Malaysia, saya juga sedar betapa medan politik merupakan medan 'panas' dan cukup sensitif. Namun, amat mengecewakan sekiranya akhbar perdana dijadikan saluran utama menjadi medan provokasi pihak tertentu tanpa melihat kesan jangka masa panjang terhadap pembentukan masyakat dan negara Malaysia. Sebagai contoh, akhbar tuan yang bertarikh 2 Mei 2012 yang memaparkan berita utama 'front page' bertajuk 'Azmin Nafi skandal Seks' dilihat sebagai penerbitan media yang tidak menjunjung nilai intelek dan amalan integriti.
Saban hari, guru di sekolah berusaha mendidik anak bangsa dengan penerapan nilai-nilai murni, berpegang teguh kepada agama dan mempunyai jati diri yang unggul. Namun, jika saban hari juga mereka didedahkan dengan 'bahan bacaan' dengan paparan-paparan yang tidak bermoral sekalipun bertujuan mendedahkan 'kebenaran' yang masih dalam siasatan saya kira saban hari juga masalah sosial akan terus berleluasa. Di sekolah atau di perpusatakaan sekolah saya kira akhbar tuan memang menjadi bahan bacaan umum berbanding dengan akhbar seperti Harakah, Suara Keadilan dan sebagainya. Oleh kerana itulah, saya berharap agar, akhar tuan melihat isu ini dengan lebih serius dalam menyampaikan maklumat yang beretika kepada umum.
Bersama-samalah kita membentuk sebuah tamadun bangsa Malaysia yang bermoral dan beretika selaras dengan hasrat kerajaan sejak 'dahulu' lagi ingin membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu, bermoral dan berakhlak mulia. Bahan media cetak seperti tuan yang saya anggap bacaan segenap lapisan masyarakat jangan terlalu mengutamakan kepentingan 'sendiri' untuk mencapai sesuatu tanpa mengira batas-batas paparan. Matlamat tidak menghalalkan cara.
Sekali lagi, sebelum saya menutup komentar ini saya memohon maaf kepada pihak tuan dan berharap pihak tuan mengambil serius akan isu ini. Kadangkala perubahan angin masyarakat terutamanya golongan mahasiswa berubah kerana jelek dan mual dengan berita yang terlalu berbaur politik semata-mata.
Sekian, terima kasih.
Ikhlas daripada,

emel kepada : pengarang@utusan.com.my