Tuesday, February 7, 2012

Setahun 'dia' pergi....

8 Februari 2012,
genap setahun 'dia' pergi. Bayangnya tidak lagi mampu kulihat 'di sini'.  Rohnya sudah bersemadi 'di sana' bersama jasad yang tertanam sedalam 7 hasta ke dalam pasak bumi.  Di atas tanah yang membukit rendah terpacak nisan tertulis nama 'dia' yang aku sayang.

Duhai 'dia' insan yang aku rindu, aku yakin kasihnya di sana sentiasa melindungiku di sini. Memang, dia jauh sungguh dari pandangan mata kasar, tapi amat dekat pada pandangan hati. aku rindu 'dia'.

Ya Allah, aku anak 'dia' yang sungguh hina di mata-Mu, kerana hidupku pasti ada saja dosa terpalit siang dan malamku.  Namun, tolonglah aku wahai Tuhanku.  Engkau dengarlah doaku ini Ya Allah agar Engkau sentiasa melindungi roh 'dia' yang aku sayang ini di sana.  Jauhkan 'dia' dari azab kubur dan api neraka-Mu yang sungguh perit itu.  Tempatkanlah 'dia' bersama orang-orang yang beriman dengan-Mu.

Sungguhpun hidupku sentiasa bergelumang dengan dosa dan noda, aku pohon kepada-Mu, lindungilah 'dia'.  Ya Allah, sebagai anak 'dia' aku sentiasa berusaha menjadi anak yang baik yang mampu menyelamatkan 'dia' di sana.  Namun, saat ini aku sendiri sering kali tewas dengan bisikan nafsu dan Syaitan yang gila itu.  Tolong aku, pimpinlah aku ke jalan-Mu, jalan yang Engkau redhai agar aku mampu mengembirakan 'dia' insan yang telah bersusah payah membesar dan mendidikku sewaktu hayatnya dahulu.

Al-Fatihah buat abahku, Nordin Bin Hasan.

cerita tentang 'dia' sebelum ini....http://sharilhazri.blogspot.com/2011/08/abahaku-rindu-abah.html

Saturday, February 4, 2012

Elaun: Jutawan Fakir


Assalamualaikum semua....=)
sekarang ni mesti kawan-kawan saya (Pelajar Institut Pendidikan Guru) sudah tersenyum lebar kan... mahu tidaknya elaun dah pun selamat di 'kit in' kan dalam akaun masing-masing 31hb yang lalu...

Jadi, kawan-kawan jangan lupa untuk lafazkan 'ALHAMDULILLAH' sebab ini juga merupakan rezeki kita sebagai orang yang menuntut ilmu (fi sabilillah).  Kita sebagai hamba Allah ni kena selalu diperingatkan.  

Elaun ke apa ke yang kita dapat ni lambat atau cepat sebenarnya rezeki dari Allah yang telah pun ditetapkan tempoh waktunya untuk kita.  Sebab itu la walaupun elaun lambat masuk kita harus sedar dan memujuk diri supaya BERSABAR.  Tapi xramai yang ingat semua tu.  Bukan kerajaan, pihak institut atau sebagainya yang memberi kita semua tu tapi Allah.  Mereka2 tu hanyalah perantara.  Walaupun kita nampak 'kerajaan'/ pihak institut terutamanya pegawai2 terbabit patut segerakan kemasukan elaun kita. "Ish lambat buat kerja la, orang lain dah masuk lama dah" and so on.. bunyi keluhan yang tak pernah sepi dari mulut kita. Sampai dahulu ada berita memaparkan KERANA ELAUN LAMBAT MASUK, PEJABAT PENTADBIRAN DISIMBAH MINYAK HITAM! itulah akhlak kita gamaknya.  

Tapi kawan-kawan kalau sudah belum rezeki kita, Allah kata bukan, maka bukan dan tak akan masuk la awal... Itu mungkin ujian buat kita. Kita tidak sedar.  Maklumlah kita kan manusia... saya sendiri kadang-kadang terasa DERITANYA elaun xmasuk2 lagi...huhu...=( Tapi...

Memanglah sometime kita rasa waktu itu kita sangat perlukan duit elaun tu masuk.  We really need it! Tapi cuba kita jeling-jeling orang lain, ada yang si tua hidup dalam pondok usang yang belum tentu mulutnya sudah menyuap nasi untuk sehari, si anak pengemis yang kusut masai berkeliaran menadah mangkuk plastik minta sedekah dan diberi syiling 10sen atau 50sen, si tua mengemis sambil mengalun-alunkan ayat suci al-Quran di pasar malam dan ramai lagi yang nasibnya hidup dhaif lebih derita daripada kita.  Tapi apa yang mereka boleh lakukan?  Nampak macam cerita drama. Tapi sedar ataupun tidak ia realiti yang berlaku dan wujud di sekeliling kita.

Berbeza suasana sebelum dan selepas.  Kalau sebelum tu ramai yang bunyinya sangat mendesak supaya elaun segera masuk.  Bermacam-macam post status kt Facebook!..=)

Selepas pulak, ramai yang hoooreeyyy....status di Fb nk beli itu nk bayar ini pulak....(^_^). Tapi pesan Pegawai Akauntan IPDA kpd saya---> Use ur money wisely 

So, sekarang ni pandai-pandailah kita berjimat cermat ya. Beli dan bayar apa yang patut. Jangan ikutkan kehendak.  Just penuhi keperluan.

Duit ni skejap je... SEJUTA pun boleh habis dlm beberapa jam je. harap bile nk masuk semester depan ni kawan-kawan masih ada baki b/b (bawah ke bawah) ye...=)

Duit oh Duit.... kita JUTAWAN FAKIR! PeaCe! (^_^)


Saturday, January 14, 2012

Malang tak berbau...:(

Ya Allah, sungguh ini sebahagian kecil ujian-Mu untuk kami sebagai hamba-Mu agar sentiasa ingat kepada-Mu selalu.  Mungkin saat kami suka kami lalai dari mengingati-Mu. Maka Engaku berikan kami ujian sebegini...

Walaupun sebelum ini tidak pernah terlintas akan pernah menjadi mangsa rompakan pecah rumah, namun suratan takdir telah ditentukan...

Tarikh keramat 13 Januari 2012:
No.100, Taman Kenanga, Jitra: Kira-kira jam 3.00 pagi, rumah sewa yang didiami oleh 10 orang pelajar namun pada hari kejadian hanya ada lima orang shj telah dipecah masuk.  Kejadian disedari rakan saya, Ahmad Lutfi Ali setelah bangun dari tidur kira-kira jam 6.00 pagi apabila melihat tingkap dapur telah dikopak.  Beliau sebelum itu, mulai syak rumah dipecah masuk ekoran laptopnya hilang, kemudian mencari dompet dan didapi wang tunai juga licin, then hanset pon kena kebas!!!.  Lutfi kemudian pergi mengejutkan rakan-rakan yang lain dan meminta mereka memeriksa barang-barang berharga masing-masing.


kemudian.......

Syafik Yakop mendapati hansetnya yang mahal tu Nokia Xpress Music, wang tunai RM 51 hilang dikebas!!!
Anwari Razali pula mendapati dua buah hansetnya juga hilang dan wang tunai lebih kurang RM 25.
Syafeez pula mendapati hansetnya juga hilang.
Hatim mendapati duitnya sebanyak RM 6 pon dikebas si penyangak tu.
Aku pun menjadi mangsa!!! tengah2 elaun tak masuk lagi ni la duit dikebas. Nilai sebanyak RM 60...huhu...

Kami sangat2 la terkejut sebab keselamatan taman yang sebelum ini dikira telah dikwal ketat sebab ada Kelab Rukun Negara (Sukarelawan) setiap malam ada jaga keselamatan taman ni.  Kami pun sebelum2 ni turut menjadi sukarelawan KRT.

Tapi, ini semua suratan takdir... Yang penting, Alhamdulillah kami semua selamat.  Semoga pencuri yang dok buat keja2 ni diberi taufik dan hidayah oleh Allah s.w.t.

*** kepada teman2 yang lain sentiasalah berhati2... kami yang berjaga2 sebelum ni pun menjadi mangsa....*** =(

Saturday, January 7, 2012

Kehadiran 2012- What's your mission?


Yeah!!! lambatnya aku nk bercerita tentang kehadiran dan kewujudan tahun baharu 2012 ni noooh... xpa2, mungkin orang lain dh state on their mind what's their mission, azam, ambition and so on for this great year. 

Kalau nk diikutkan kepercayaan kaum Maya, tahun ni katanya 'KIAMAT' or End of the World. Tapi sebagai seorang Islam, perkara2 macam ni tidak boleh dipercayai apatah lagi ianya berbentuk ramalan.  Hari kehancuran akan tiba tatkala manusia leka dengan keasyikan dan keseronokan dunia. Firman Allah s.w.t dalam Surah Thoha ayat 15: 

Maksud: "Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang dia usahakan".

Harapan untuk tahun baharu ini hanyalah berharap semoga kehidupan aku, keluarga dan sahabat handai lebih baik dari sebelumnya. Hidup dilimpahkan rezeki yang halal lagi baik, dipanjangkan usia dan mendapat kesihatan yang sejahtera. Thats all. Tiada misi khas aku buat masa ini.

Ya Allah, ya tuhanku... Selawat dan salam buat rasul junjungan teragung, Nabi Muhammad s.a.w. 
Ya Allah, ya tuhanku... Sesungguhnya hanya pada-Mu tempat ku bermohon. Ampunilah segala dosa-dosaku, dosa kedua ibubapaku, dosa guru-guruku... limpahkanlah rahmat dan kasih sayang-Mu kepada hamba-Mu ini.   
Ya Allah, ya tuhanku... Jauhkanlah kami dari segala bala bencana. Hindarilah aku, keluargaku, sahabat2ku dari azab api neraka-Mu yang amat pedih... Engkau berikanlah kesejahteraan hidup yang lebih baik kepada kami pada tahun baharu ini... 
Ya allah, ya tuhanku... Engkau kurniakanlah ilmu yang bermanfaat kepadaku.   Moga dapat aku gunakan dengan sebaiknya dalam kehidupanku di atas muka bumi-Mu yang luas ini.   
Ya Allah, ya tuhanku... Kuatkanlah imanku untuk melawan nafsuku yang seringkali gagal ku kekang. Ya Allah, Hidup dan matikanlah aku dalam Iman dan Islam.
~ameen~

Semoga hasrat, doa dan impian ini dimakbulkan.. Jangan jadi seperti ayat di bawah..huhu...


Chiayyok!!! gambateh!!! jia you!!! Come on babayeh...hahaha... (^_^)