8 Februari 2012,
genap setahun 'dia' pergi. Bayangnya tidak lagi mampu kulihat 'di sini'. Rohnya sudah bersemadi 'di sana' bersama jasad yang tertanam sedalam 7 hasta ke dalam pasak bumi. Di atas tanah yang membukit rendah terpacak nisan tertulis nama 'dia' yang aku sayang.
Duhai 'dia' insan yang aku rindu, aku yakin kasihnya di sana sentiasa melindungiku di sini. Memang, dia jauh sungguh dari pandangan mata kasar, tapi amat dekat pada pandangan hati. aku rindu 'dia'.
Ya Allah, aku anak 'dia' yang sungguh hina di mata-Mu, kerana hidupku pasti ada saja dosa terpalit siang dan malamku. Namun, tolonglah aku wahai Tuhanku. Engkau dengarlah doaku ini Ya Allah agar Engkau sentiasa melindungi roh 'dia' yang aku sayang ini di sana. Jauhkan 'dia' dari azab kubur dan api neraka-Mu yang sungguh perit itu. Tempatkanlah 'dia' bersama orang-orang yang beriman dengan-Mu.
Sungguhpun hidupku sentiasa bergelumang dengan dosa dan noda, aku pohon kepada-Mu, lindungilah 'dia'. Ya Allah, sebagai anak 'dia' aku sentiasa berusaha menjadi anak yang baik yang mampu menyelamatkan 'dia' di sana. Namun, saat ini aku sendiri sering kali tewas dengan bisikan nafsu dan Syaitan yang gila itu. Tolong aku, pimpinlah aku ke jalan-Mu, jalan yang Engkau redhai agar aku mampu mengembirakan 'dia' insan yang telah bersusah payah membesar dan mendidikku sewaktu hayatnya dahulu.
Al-Fatihah buat abahku, Nordin Bin Hasan.
cerita tentang 'dia' sebelum ini....http://sharilhazri.blogspot.com/2011/08/abahaku-rindu-abah.html
No comments:
Post a Comment