Duhai Teman, Hidup di dunia ini hanya pinjaman semata..menjadi pelabuhan sementara sebelum berlabuh di pelabuhan akhirat yang kekal abadi...
Monday, December 31, 2012
Ahlan wa sahlan 2013 M, 1434 H.. :)
Tahun baharu 2013 bakal menjelma beberapa detik sahaja lagi... pastinya ramai yang menyemai azam baharu... Tapi saya yakin, rata-ratanya pasti memohon inginkan sesuatu yang lebih baik dari sebelum ini...
erm.. secalit doa di atas boleh kita tadahkan buat Yang Maha Esa... walaupun semasa ketibaan Tahun Baharu Hijrah kita 'terlupa' membaca doa akhir dan awal tahun, tapi bagi saya tidak salah untuk kita memanjatkan doa ini pada awal dan akhir tahun masihi....
Selamat Tahun Baharu semua!!! :)
#Countdown.... (^_^)
Kitakah Fasilitator???
Assalamualaikum, laman berkarat ini hari ini ingin berkongsi tentang 'kita'.
Kenapa dengan kita atau diri kita ya? hurmmm... kenapa atau mengapa itu terserah dong pada diri kita, cumanya saya nak cerita sedikit tentang fasilitator.
Pernahkah anda menjadi fasilitator??? saya dulu pernah juga... semasa masih menuntut di sekolah menengah dulu selalu benar jadi fasi ada diberi ganjaran dan yang percuma itu selalu jugalah. Jadi fasi untuk anak-anak yatim lah, budak sekolah semestinyalah, untuk rakan-rakan sebaya sekalipun pernah jadi.
Itukah namanya FASILITATOR??? Seseorang yang menjadi pembimbing kepada orang lain dalam sesebuah program. Atau lebih spesifiknya menurut Kamus Dewan Bahasa, orang yang membimbing (memandu) sesuatu program pembelajaran dan pengajaran.
That's mean... rakan-rakan guru/ bakal guru sekalian (kata ini khusus untuk kalian) walaupun anda sekalipun tidak pernah menjadi fasi untuk program-program motivasi anjuran mana-mana organisasi luar dalam dan sebagainya, sedar ataupun tidak anda adalah seorang fasi!!!
'kita' adalah fasi kepada anak-anak murid kita. Jadi, sebagai fasi kita harus bertindak dengan bijak dan hikmah dalam mendidik dan memimpin. Apakah tindakan yang wajar kita laksanakan sebagai guru dan fasi ini. Guru dan fasi ini jawatan kita yang seiring dan sejalan. Ianya sama sekali tidak dapat dipisahkan. Ibarat kuku jari dan kuku kaki! dua-dua kuku walau satu di jari dan satu lagi di kaki... (^_^)
Justeru, perkongsian saya adalah mengenai kriteria yang harus ada untuk menjadi guru dan fasi yang berkaliber. Bagaimana ya...? Apa yang harus ada...?
ha.. ini dia kriteria-kriteria yang sepatutnya kita semai dalam diri untuk menjadi insan guru/ fasi yang berhikmah. show off sikit yang baju putih tu..hahaha:)
Ha.. macam mana... dah buat check up? ada tak semua kriteria-kriteria tu untuk menjadi insan guru dan fasi yang berhikmah? Tak mengapa kadang-kadang bila diri kita sendiri yang buat check up adakalanya kita tak pasti "ermm.. aku ni ada ke ciri-ciri tu?" (sambil tongkat dagu, garu-garu kepala, angkat kening)
Minat;
Gambar-gambar di atas ini adalah minat. Masing-masing di antara kita mempunyai minat yang berbeza-beza. Kan? ya......=)
Apabila dalam jiwa kita terselit perkataan 'MINAT' menjadi itu dan ini (dalam konteks ini minat menjadi guru), semua masalah adalah remeh belaka. Kadang-kadang tu di mata orang lain nampak amat pelik dan luar biasa apa yang kita nk buat berkaitan perkara yang kita minat tu. tapi kita tetap nak buat juga sebabnya kita minat dengan perkara tu! "hah lantak engko le nak kata apa, kamera ni RM 10 ribu aku nak jugak beli! ", "aku nak lukis gambar biawak cium lipas, bior ler...." ha... contoh aje nih.. kita tak hairan tentang apa orang nak cakap dah sebab MINAT.
Minat adalah perkara utama sekiranya kita ingin menjadi guru dan sebagainya. Minat yang mendalam memberi kita motivasi untuk melakukan yang terbaik dan sentiasa mempertingkatkan karier kita.
Sekiranya murid/ anak buah menyukarkan hidup kita, sudah pasti kita menganggap ini hanyalah kerenah kecil kanak-kanak (kadang-kadang paksa diri untuk menganggap ia hanyalah kerenah mereka yang masih kanak-kanak, kalau tak dah lama kita lekuk kepala dia..hoho..) Apa jua cabaran yang dihadapi kita tetap bersemangat dan sentiasa mencuba sedaya upaya untuk memakbulkannya menjadi sesuatu yang baik.
Minat yang mendalam dalam sesuatu bidang menyebabkan kita sentiasa mencari jalan dan idea baharu bagi mempertingkatkan mutu dan kemahiran diri.
Sekiranya kita minat berbakti, profesion keguruan adalah jalan yang terbaik untuk kita. Jadi, untuk point yang pertama ini setakat ini sahaja dulu.. ada masa saya sambung lagi dengan point seterusnya.
Tapi jap.. saya ada bahan untuk dikongsikan kepada mereka yang ingin meningkatkan kualiti diri.
Koleksi Slaid Motivasi dan Ebook Terbaik untuk anda. Jangan lupa langgan... hehe.. (iklan)

- kalau nak jadi juru gambar tu kita akan join bengkel-bengkel yang ada.
- kalau nak jadi coach bola tampar kita akan hadir program kejurulatihan dan ambil ujian untuk dapatkan lesen.
- kalau nak jadi businessman kita join macam, mula niaga kecil-kecil kemudian pelbagai... cikgu selalu la.. jadi juru jual tak langsung...:)
- dan banyak lagi....
Sekiranya kita minat berbakti, profesion keguruan adalah jalan yang terbaik untuk kita. Jadi, untuk point yang pertama ini setakat ini sahaja dulu.. ada masa saya sambung lagi dengan point seterusnya.
Tapi jap.. saya ada bahan untuk dikongsikan kepada mereka yang ingin meningkatkan kualiti diri.
Koleksi Slaid Motivasi dan Ebook Terbaik untuk anda. Jangan lupa langgan... hehe.. (iklan)
Saturday, December 15, 2012
PENDIDIKAN untuk ANAK GAZA
Saat ini, sama sekali tidak mampu aku menduga bagaimanakah rasanya menanggung beban dan derita hidup saudara-saudaraku di sana. Walaupun kita ini merasakan hidup kita bergelumang dengan derita yang tidak tertanggung tapi derita saudara kita jauh lebih parah! Untung dan bersyukur kita hidup tidak pernah lagi mendengar letupan bom di tepi rumah, anak isteri tidak dipenggal di depan mata dan pelbagai aksi ngeri mencetus trauma. Aksi ngeri kita hanyalah lagak ngeri dalam lakonan filem-filem aksi dan seram tempatan. Itu sudah dikatakan ngeri. Tapi tidak bagi saudara kita di sana. Jari ini hanya mampu menekan papan kekunci Facebook. Menjentik huruf-huruf membentuk kata, ayat dan frasa yang lengkap atau mudahnya 'update' maklumat tentang nasib saudaraku itu. Hati ini meruntun hiba, otak pula berputaran memikirkan apa harus aku laku? Mudahnya hanya sekadar berdoa. Itulah katanya usaha dan bantuan paling mudah. Berdoa dengan istiqomah.
Tatkala itu muncul pula kata 'BANTUAN GAZA' di segenap media. Alhamdulillah rakyat negaraku adalah rakyat yang sungguh prihatin dengan nasib saudara mereka di sana juga! sumbangan KEWANGAN adalah saluran bantuan utama yang diusahakan pelbagai agensi di negara ini baik kerajaan mahupun yang bukan kerajaan. Namun, kata BANTUAN itu terus berlegar-legar di kotak fikir. Takdir. Dipertemukan dengan idea seorang insan bergelar ustaz. Bicara beliau dalam bual bicara di sebuah radio islamik tempatan, IKIM.FM la... katanya umat islam harus berpandangan jauh ke hadapan dalam memberi bantuan dan pertolongan. Bantuan berupa kewangan itu adalah baik. Tapi satu saranan dan cadangan yang dilontarkan menarik perhatian saya. BANTUAN PENDIDIKAN katanya! hurmm... apa kata kita bawa ANAK GAZA menuntut pelajaran di sini dalam bidang-bidang seperti engineering, perubatan, pertanian dan sebagainya. Apabila tamat nanti, mereka boleh pulang ke negara mereka dan membangunkan tanah suci itu dengan ilmu yang dimiliki. Itu kesan yang lebih memberi impak kepada nasib rakyat di negara itu. Itu lebih jauh ke depan!
Palestine itu jauh dari kita, jadi kita dekatkan mereka dalam doa-doa yang dititipkan tatkala kita sujud kepada-Nya. Sajak nukilan Muharikah juga membuat aku terkedu tanpa kata.
~PALESTIN ITU JAUH DARI KITA~
Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan
Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak
irama kita
suara lagu yang mendayu-dayu
irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi
sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka
berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya
tangisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tangisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan
Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan
Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi...
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta...
Siapakah kita berbanding mereka?
25 May 06
Muharikah

Jadi aku semakin jatuh cinta pada Palestine! Aku juga yakin sabahat-sahabat di luar sana juga turut begitu mencintai Palestine. Palestine adalah TANAH SUCI dan di sana jua terletak QIBLAT pertama umat Islam! Seperti yang diceritakan Allah s.w.t. dalam Surah Al-Israa' ayat 1:
Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia Tafsiran Ar-Rahman |
Kaligrafi
| Surah | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Maha
Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari
dari Masjid Al-Haraam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang
Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda
(kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris Tafsiran Abdullah Yusuf Ali | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Glory to (Allah) Who did take His Servant for a Journey by night from the Sacred Mosque to the Farthest Mosque, whose precincts We did bless,- in order that We might show him some of Our Signs: for He is the One Who heareth and seeth (all things). |
Monday, July 2, 2012
KELAB INSIS!!! (^_^)
Comelkan logo ni!!! haha...
Inilah logo kelab kelas saya. Semester ni, untuk GERKO, setiap kumpulan kuliah kena tubuhkan persatuan/ kelab akademik amsing-masing. So, inilah kelabku. Jadi pengerusi pulak tu walaupun masa hari lantikan tak pi mesyuarat pun. hurmmm.... pelik betoi la kawan-kawan aku ni... kenapa la tak lantik orang yang pi, orang yang pi menunjukkan mereka memberi komitmen! :)
Tapi tak mengapalah... Just do it! go on saja...
Oh ya... apa maksud INSIS ni? INSIS adalah akronim bagi Insan Istimewa sesuai dengan kami bakal guru-guru Pendidikan Khas. Guru Istimewa untuk Murid Istimewa!
Lirik lagu kelab:
Kita berbicara tentang insani
Insan istimewa modal baru kini
Mendambakan pendidikan terkini
Bangun, beranikan terima seruan
Insan istimewa modal baru kini
Mendambakan pendidikan terkini
Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Melahirkan manusiawi
membina hidup berkualiti
c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Mendidik insan yang istimewa,
Insan istimewa, merupakan
Permata berharga negara
Malaysia Ku tercinta
Kita berbicara tentang insani
Insan istimewa modal baru kini
Mendambakan pendidikan terkini
Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan
ulang c/o x2
Melahirkan manusiawi
membina hidup berkualiti
c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Mendidik insan yang istimewa,
Insan istimewa, merupakan
Permata berharga negara
Malaysia Ku tercinta
Kita berbicara tentang insani
Insan istimewa modal baru kini
Mendambakan pendidikan terkini
Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan
ulang c/o x2
Sunday, June 3, 2012
Dari Kaca Mata: Bukan Retorik
Bahang PRU-13 sememangnya kian terasa. Baik Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) masing-masing giat menggembleng tenaga, merangka strategi perjuangan semuanya untuk menarik undi rakyat. Pelbagai cara dan kaedah telah diguna pakai. Masing-masing punya style tersendiri. Ayuh kita saksikan perbezaan style yang akan saya ceritakan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang sekejap cuma berada dalam sebuah program politik di pihak 'kerajaan' dan kesempatan menonton secara online program di pihak 'pembangkang'.
Hadirnya saya bukan kerana suka ataupun suka-suka tetapi saya punya agenda. Agenda bukan untuk menjatuhkan air muka 'mereka'. Tetapi agenda supaya pendedahan akan perbezaan antara mereka yang memerintah dengan yang 'bakal' memerintah yang patut direnung oleh anak muda yang dikatakan menjadi rebutan kesemua mereka agar lebih terbuka biji mata dan mindanya. Lihatlah dunia. Kini, Anak muda amat berharga di mata mereka. Kerana pilihan anak muda akan menentukan jatuh bangunnya mereka sama ada yang sedang memerintah mahukan undi anak muda agar kuasa kekal milik mereka, pembangkang undi anak muda menjadi 'laskar' untuk menawan Putrajaya.
Himpunan Hijau ke Putrajaya
Pada 1 Jun yang lalu, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah mengadakan perhimpunan raksasa menghimpunkan ahli-ahli dan penyokong dari seluruh negara sekaligus mencerminkan kesediaan dan kesungguhan mereka untuk menawan Putrajaya yang kubahnya sedia ada hijau.
Dengan penampilan PAS sebagai parti yang menjadikan Islam asas perjuangan, sememangnya pengisiannya lebih kepada Islamic style, membentuk jati diri anak muda ke arah kesedaran akan Islam perlu disemai kukuh dalam sanubari mereka. Diadakan solat hajat, ceramah agama, doa munajat, bertakbir dan sebagainya. Sedikit sebanyak mengajar anak muda supaya sedar dalam kehidupan ini medan politik tidak hanya sekadar ingin mengejar kuasa tetapi kena juga perlu mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, mengingati dan mengenal Yang Maha Kuasa. Allah s.w.t. Kerana dengan mengingati dan mengenal Sang Pencipta, pemimpin akan menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah, tiada berkenannya kepada rasuah. Rakyat akan menunaikan kewajiban mereka dengan penuh taat dan hidup saling bermuafakat.
Saya kira tidak perlu berbicara panjang lebar mengenai program hijau ini. Cukup gambar bisa mencerminkan keseluruhan maknanya.
Solat berjemaah
Ceramah yag disampaikan oleh UAI
BN Pilihan Orang Muda
2 Jun 2012. Jika semalam negeri Jelapang Padi ini dibanjiri dengan ekpresi HIJAU, hari ini di Jitra atau lebih tepatnya di institut yang saya sedang menuntut (IPG Kampus Darulaman) dibanjiri pula dengan orang muda berbaju 'Pink' dan Biru Tua yang tertera padanya 'PILIH BN'.
Memang meriah Kedah kebelakangan ini. Saya tidak pernah menghadiri program 100% agendanya politik. Biasanya hadir program ilmiah yang 'disulam', 'dicucuk' secara halus, sedikit demi sedikit sahaja perihal politik. Kali ini, saya mengambil kesempatan untuk menghadiri program ini. Kebetulan saya berada di kawasan sekitar, menghadiri kenduri-kendara.
Walaupun tidak 'dapat' baju biru tua atau pink seperti yang lain-lain, saya bersama tiga orang lagi rakan menyusup masuk ke dewan. Kami naik ke bahagian atas. Pada awalnya kosong sahaja di situ. Kemudian muncullah seorang demi seorang memenuhi ruang di atas situ. Terasa janggal. Saya meminta kawan untuk bertanya technician bertugas yang sememangnya kami sudah kenal, Abang Wan meminta izin untuk duduk bersama-sama beliau di dalam bilik technician. Dia ada dan kami dibenarkan masuk ke situ. Lega. Tidak lagi dikelilingi orang muda yang saya sempat jeling rambutnya berwarna perang kekaratan, mukanya ditampal-tampal sticker 'cenderahati' PILIH BN, ada juga yang berseluar pendek dan macam-macam style ada.
Musykil di hati. Astaghfirullahalazim. Raut wajah mereka memang penuh 'sirna'. Muda-muda belaka bahkan saya rasa lebih muda dari saya. "Ramai jugak budak-budak sekolah ye", bisik di hati. Tapi bukan itu fokus dan tujuan utama. Jom, saya cerita sedikit pengisian program tersebut. Saya tidak berada di situ sehingga tamat majlis tapi setakat masa yang saya duduk di situ, saya rasa sudah cukup membuka minda saya untuk berbicara perihal mereka. Bukan hendak mengutuk jauh sekali untuk menimbulkan fitnah, retorik, mereka-reka atau menambah-nambah cerita. Tetapi ianya benar-benar dari kaca mata saya!
Semasa lalu di tepi dewan, saya terdengar suara di dalam, "baiklah sekarang kita akan buat poco-poco, ikut Shima ye, kita buat bersama-sama!". Disambung dengan sorakan orang muda yang hadir. "Yeaaahhhh!!!". Sambil ada seorang lelaki menjerit-jerit memanggil orang muda yang sedang makan di luar masuk ke dalam dewan. "Masuk, masuk!".
Kami naik ke atas. Hati ini sangat berdebar. Terasa ibarat kami ini perisik atau gunting dalam lipatan, tapi kami tidak pernah berada dalam lipatan (halaqah perjuangan) mereka. Bukan niat datang semata-mata mencari khilaf dan silap mereka. Tapi saya ingin memerhati.
Apa yang saya nampak?
Dari ruang atas, saya dapat lihat dengan jelas, Shima dengan memakai seluar ketat dan berambut pendek sedang menyanyi dan ditemani dua lagi rakan berbaju pink. Di bawah pula khusyuk menghayati persembahan Shima. Mereka yang berbaju pink dan biru tua diasingkan duduk sebelah menyebelah. Yang berbaju pink kebanyakan mereka perempuan (Puteri dam Wanita), yang berbaju biru tua kebanyakannya lelaki (Pemuda).
Selain itu, bukan Shima sahaja yang diundang untuk menghiburkan orang muda di sini. Tetapi turut diundang seorang artis wanita. Pakaiannya cantik tetapi tidak menutup aurat. Terlihat dari juah betisnya yang putih gebu, rambutnya yang ikal mayang. Ku seru, moga suatu hari nanti dia bisa berubah. Tutuplah auratmu. Jika engkau enggan, bersiap siagalah untuk tubuhmu dijilat api neraka yang binasa!
Kemudian ketibaan tetamu yang mereka nanti-nantikan masuk ke dalam dewan. Apa tindakan beliau? Beliau masuk dan terus menuju ke arah bahagian Puteri dan Wanita dan bersalam-salaman dengan mereka tanpa sedar mereka itu bukan muhrimnya. Kemudian, barangkali ada yang tersedar, menunjukkan beliau ke arah hok jatey-jatey plop.... Hok tino yang dok dey (tak sempat) tu jeling je la...
Beberapa minit masa diambil untuk merentasi laut pink dan biru tua itu untuk sampai ke pentas utama. Majlis bermula seperti biasa. Bacaan doa. Namun, hati saya pula yang sebak. Tangan menadah dan memohon doa agar program mereka diberkati dan dirahmati, mereka tidak lupa memohon keampunan kepada-Nya. Kami turut mengaminkannya. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan juga kita semua. Saya berbisik kepada rakan, "Seandainya mereka benar-benar memahami dan menghayati doa yang dipohon....untunglah mereka". Kawan saya hanya mengangguk. Kami tidak menunggu lama dan terus beredar. Majlis diteruskan dengan ucapan dan amanat pemimpin mereka.
Perihal angka. Siapa lebih ramai?
Saya kira perihal angka tidak boleh dijadikan kayu ukur utama untuk menentukan kejayaan program sesebuah parti. Kerana, berdasarkan perhimpunan BERSIH 3.0 yang lalu, ramai rakyat jelata berhimpun. Namun, dalam ramai-ramai yang berhimpun ternyata ada yang bertindak sebagai penyamar berjaya!
Walau bagaimanapun, secara zahiriah dan dengan pandagan mata kasar, perhimpunan HIJAU sememangnya ramai yang hadir. Tapi tidak mustahil dalam golongan yang ramai masih ada yang bukan dalam halaqah HIJAU. Tidak mustahil terdapat individu atau kumpulan dari BN menyusup masuk ke sana. Tapi bertuahlah dia, setidak-tidaknya dia dapat mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus! Jika dia dipilih Allah, barangkali dia solat berjemaah bersama kalian di sana.
Perhimpunan BN Pilihan Orang Muda juga tidak kurang ramainya. Jumlahnya mengikut logik kapasiti lokasi. Dewan Besar IPDA itu tidaklah terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil. Jadi, berpadananlah jumlah yang hadir. Tidak perlu menipu soal angka tetapi jangan sesekali menipu soal agama!
Gambar diambil dari FB
Konklusi
Gambar ini bukan di Jitra tu. Just gambar tambahan. Bukan juga gambar edit. Buang masa saya mengedit gambar untuk menipu.
Di program yang saya hadir tiada artis K-POp, tapi seangkatan dengannya.
Friday, June 1, 2012
"Drama" bukan arahan Kita
Istilah 'drama' berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud 'tindakan' dan mengikut bahasa Yunani Purba pula ianya membawa maksud 'membuat'.
Terdapat pelbagai genre drama. Drama komedi, cinta, muzikal, romantik komedi, bersiri dan sebagainya.
Terdapat pelbagai genre drama. Drama komedi, cinta, muzikal, romantik komedi, bersiri dan sebagainya.
Bentuk-bentuk drama secara akademik dan ilmiah mempunyai beberapa jenis yang utama seperti (Neves 1998; Lavery 2003; Person 2005):
Drama bersiri yang mempunyai naratif dan penceritaan yang bersambung. Selalunya dihasilkan sebanyak 13 episod.
2. The Series
Setiap episod memaparkan cerita yang berbeza. Namun, masih mengekalkan karakter yang sama yang melakonkan watak pada setiap episod.
3. Soap Opera/ Telenovela/Sinetron
Drama bersiri yang bersambung dengan plot dan cerita yang sarat dengan konflik kemasyarakatan. Drama dalam jenis ini sering diwajahkan dengan melankolik dan mempunyai episod yang agak panjang.
4. Telefilem (The One-off Drama)
Bentuk telefilem merupakan tayangan drama yang mempunyai satu episod sahaja. Selalunya ditayangkan dalam durasi masa dua jam menyamai bentuk filem tetapi menggunakan medium televisyen.
Oh ya, kenapa saya pula yang mahu bercerita mengenai drama, sedangkan saya bukan penuntut dalam bidang berkenaan. Jangan berhenti membaca nukilan ini kerana saya sebenarnya ingin menceritakan dan mengkhabarkan kepada anda bahawa sesungguhnya kehidupan kita di atas muka bumi ini Allah yang maha luas ini juga merupakan sebuah drama. Drama yang jenis mana? Drama realiti bersirikah, sinetronkah atau yang bagaimana? Saya tidak mahu mengklasifikasikannya mengikut kerahan idea saya semata-mata. Lebih baik anda yang menentukannya sendiri. Mungkin boleh merujuk kepada jenis-jenis drama yang telah saya nyatakan sebelum ini.
"Kehidupan ini adalah sebuah drama"
Ayuh kita amati bersama-sama, betapa benar kehidupan yang kita lalui ini adalah drama. Pelbagai cerita dalam drama hidup kita. Berbeza-beza dan barangkali juga ada yang ceritanya hampir sama. Drama cinta yang sedih dan penuh keperitan. Cerita hidup ibarat 'Cinderella' bahkan ada ceritanya persis cerita 'Bawang Merah Bawang Putih'. Semuanya punya ceritera hidup masing-masing. Dan ciritera itulah sebenarnya drama kita, tapi bukan kita pengarahnya.
Habis siapa? Siapa lagi, tentulah DIA Yang Maha Pencipta Sekalian Alam. Allah s.w.t.
Kenapa kehidupan ini adalah drama?
Kerana segala plot cerita hidup kita telah ditentukan oleh-Nya sedari kita dihembuskan ruh di dalam kandungan ibu. Jodoh, Ajal, Rezeki dan sebagainya telah ditentukan Allah untuk hamba-hamba-Nya. Di dunia, kita melakonkan watak masing-masing berdasarkan tahap iman dan taqwa kita kepada-Nya. Seandainya tahap keimanan dan ketaqwaan kita menjunjung sepenuh-penuhnya Syariatullah dan Sunnatullah maka ceritera riwayat hidup kita Insya-Allah dipenuhi dengan kerahmatan dan keredhaan.
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah s.a.w. telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
"Sesungguhnya setipa orang di kalangan kamu dihimpunkan dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menajdi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya roh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang Tiada Tuhan melainkan-Nya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal degan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kita lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga." -muttafaqun 'alaih-
diambil daripada laman: http://iniceritakita.wordpress.com
Berdasarkan hadis di atas, terbukti bahawa segala peristiwa yang berlaku di atas muka bumi ini yakni sama ada berlaku ke atas diri kita, keluarga kita atau sesiapa sahaja, ia bukanlah berlaku secara kebetulan tetapi merupakan sebuah takdir ketentuan Tuhan, Allah s.w.t.
Empat perkara perihal hidup kita sudah ditetapkan di Luh Al-Mahfuz. Perihal rezeki, ajal, amalan dan pengakhiran hidup kita, segala-galanya telah ditetapkan.
Penulis laman iniceritakita.wordpress.com dalam coretan beliau yang bertajuk "Antara Takdir dan Tarbiyah" ada menyatakan kekeliruannya. "Kalau Allah dah tetapkan kita amsuk yurga atau enraka, tak gunalah kita beramal kan? sebab Allah dah tentukan semuanya." Woot! Sabar. Kita yang dikurniakan sedikit ilmu ini pastinya dapat menggunakan akal dengan baik bukan? Kita mengetahui betapa Allah tidak akan menzalimi hamba-hamba-Nya melainkan kita sendiri yang menzalimi diri kita.
Saya 'curi' sedikit perkongsian beliau. Moga dihalalkan.
Takdir terbahagi kepada dua, iaitu:

- Allah tetapkan dengan kehendak-Nya. (rezeki, ajal, jodoh)
- Allah tetapkan dengan ilmu-Nya Yang Maha Luas (amalan, akhir hidup)
Tetapi, ada dua perkara yang Allah tetapkan bukan dengan kehendak-Nya iaitu amalan kita di dunia untuk bekalan di akhirat kelak yakni destinasi pengakhiran riwayat yang abadi iaitu syurga dan neraka. Contohnya, jika kita tak study pun walaupun exam dah dekat, itu bukan kehendak Allah. Tetapi pilihan kita. Kita melakukan maksiat, juga bukan kehendak Allah. Tetapi pilihan kita. Pilihan yang dibuat berdasarkan dorongan oleh dua perkara sama ada ianya didorong oleh hawa nafsu ataupun iman dan taqwa. Maka, Alalh tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya.
"Sesungguhnya, Dia telah mengilhamkan kepada kita jalan kejahatan dan juga jalan ketaqwaan, ettapi kita yang memilihnya." (As-syams 91:8 ~ 10)
Jadi sekarang, sudah nampakkah anda betapa sesungguhnya kehidupan yang kita lalui ini sama ada dengan penuh duga dan ranjau, suka dan duka yang silih berganti adalah sebuah drama yang berpanjangan. Para pelakon tidak hanya perlu akur dengan arahan pengarah sebaliknya redha dengan ketetapan-Nya tepapi pelkon juga perlu sentiasa berfikir untuk meneruskan karier untuk jangka masa yang lebih panjang. Perlu berfikir dan bermuhasabah sama ada untuk popular dan bahagia sementara sahaja atau untuk selama-lamanya. Tidak semua plot cerita didokong oleh kehendak Pengarah untuk meruntuhkan kredibiliti pelakonnya tetapi keimanan dan ketaqwaan yang tersemat dalam diri pelakon turut menjadi nadi kejayaan drama kehidupan ini. Bijak membuat pilihan bukan hanya slogan untuk 'pengguna' tetapi juga slogan untuk pelakon dunia. Kita semua!
Setakat ini dahulu dari saya, terima kasih buat anda yang sudi melapangkan masa. nantikan drama yang akan saya nukilkan di sini nanti sebagai kesinambungan entry "Drama" ini. Insya-Allah, saya akan menukilkan kisah realiti barangkali cerita sendiri atau dari kisah rakan dan taulan yang saya kasihi.
Salah Ukhwah! (^_^)

Sunday, May 27, 2012
Program Jutaan Belia: Penawar yang berbisa!
Penawar yang berbisa???
Ya. Itulah yang saya ibaratkan kepada penganjuran Program Himpunan Jutaan Belia yang berlangsung pada 23 Mei sehingga 27 Mei di Putrajaya. Saat mata pena maya saya ini sedang menulis, program ini masih belum tamat kerana saya menulis lebih kurang jam 9.15 malam, program Jutaan Belia akan tamat jam 11.00 malam. Saya katakan ianya penawar kerana secara teori yang saya pelajari, pendekatan persekitaran turut mempengaruhi perkembangan kognitif dan sosial manusia. Seperti Teori Kognitif Piaget, Teori Sosial Bandura dan pelbagai lagi teori-teori psikologi. Itulah teorinya. Teori pendidikan.
Namun, penawar ini telah menjadi racun yang amat berbisa dengan persekitaran yang negatif! Kenapa negatif pula??? Program-program hiburan itu program negatif sangat ke? Ya, negatif bahkan ianya amat melalaikan dan dalam erti kata lain sebenarnya itu adalah program kemaksiatan (Program-pogram hiburan di Himpunan Jutaan Belia khususnya). Maksiat hukumnya adalah HARAM! Maka, dek kerana itulah saya katakan ianya penawar buat anak muda yang amat sukakan cara ini yang 'falsafah hidupnyanya' mungkin berpegang kepada HIDUP di DUNIA adalah SELAMA-LAMANYA! Rugilah mereka.
Penawar?
Benar ia juga penawar untuk membentuk generasi muda yang mampu berkomunikasi dan mempunyai kemahiran sosial yang baik, kesihatan yakni membentuk masyarakat yang sihat. Menari-nari, berpeluh kooot.. hehe...
Anak muda boleh menyerlahkan bakat mereka di pentas yang lebih besar. Malah, program berbentuk kerohanian buat remaja juga ada termasuk dalam tentatif program mereka. Buktinya, lihat tajuk keratan akhbar ini:

Secara detail atau lebih tereperinci saya minta maaf kerana saya tidak mempunyai maklumat lanjut. Atau yang berminat boleh layari laman web utusan online. Barangkali di sana ada maklumat lanjut.
Mahu lagi komen yang lebih positif bagi menyokong ianya sebagai 'penawar'? jom baca petikan akbar di bawah:
PUTRAJAYA 26 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu suara belia Malaysia yang disifatkan sebagai keramat dan penentu masa depan negara 'dilaungkan' secara penuh beradab, berhemah mulia, tertib dan mengikut undang-undang.
Berucap di hadapan puluhan ribu belia dari seluruh pelosok tanah air yang berhimpun di sini, Perdana Menteri berkata, hanya belia yang bergerak seiring dengan tuntutan-tuntutan tersebut boleh menjamin masa depan negara.
"Saya nak tunjuk imej himpunan kita ini, bagaimana kita duduk dalam keadaan aman, tak ada ketakutan, tak ramai pun anggota polis.
"Polis pun agak lega, polis pun tak rasa cemas, orang ramai pun tak rasa cemas, inilah gambaran belia yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini," katanya berucap melancarkan Himpunan Jutaan Belia sempena Hari Belia Negara 2012.
Menurut Perdana Menteri, belia yang melakar imej liar, yang menendang anggota polis, terbaring atas jalan bukan gambaran belia yang boleh menjamin masa depan negara.
Begitu juga, katanya, gambaran belia yang sedang melonjak-lonjak atas kereta polis bukan gambaran belia yang bersopan santun yang boleh rakyat bergantung harap untuk masa depan. "Gambaran belia yang membaling batu dan menyerang anggota keselamatan bukan belia Malaysia yang boleh jadi contoh.
"Yang boleh jadi contoh adalah saudara saudari yang berhimpun di himpunan belia di sini. Majoriti adalah belia macam saudara saudari, jangan biarkan segelintir belia hijack agenda dan imej negara kita," kata Perdana Menteri.
Sehubungan itu, Najib mahu belia-belia yang menyertai perhimpunan hari ini supaya tidak membiarkan golongan yang tidak bertanggungjawab itu merebut kuasa di negara ini dan memastikan Putrajaya kekal milik mereka.
Katanya, wajib bagi golongan belia mempertahankan Putrajaya kerana apa yang dilaksanakan sekarang adalah berdasarkan prinsip demokrasi berparlimen sambil mengingatkan bahawa rusuhan jalanan, membaling batu, menendang anggota polis bukan demokrasi tetapi democrazy.
"Belia bukan demo crazy tetapi mereka menghormati dan menyanjung amalan prinsip berparlimen, belia ada kuasa untuk menggunakan kuasa itu dengan penuh kematangan, menggunakan kuasa dengan penuh bijaksana," katanya.
Perdana Menteri turut mengingatkan para belia supaya tidak termakan hasutan, tidak terpedaya dengan fitnah, ucapan-ucapan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menghasut. "Kita harus tahu memilih antara intan dan permata, siapa yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini," katanya.
Najib mengulangi keyakinannya bahawa suara belia yang berhimpun di Putrajaya adalah alunan gelombang semangat yang tahu memilih kerajaan yang benar-benar boleh menjamin masa depan rakyat.
"Hari esok lebih baik dari hari ini dan saya dah rakan-rakan anggota Kabinet yang berhimpun atas pentas, kami tak ada pilihan melainkan atas bahu kami.
"Kami melihat muka saudara-saudara muka belia hari ini, saudara pewaris, apa yang kita lakukan agenda tak lain tak bukan nak serah sebuah negara Malaysia yang lebih baik dari hari ini.
"Sebuah negara yang lebih berjaya dari hari ini, sebuah negara yang lebih hebat dari hari ini, kejayaan daripada segala sudut, bila jadi negara maju," katanya.
Perdana Menteri juga mahu belia Malaysia bersatu padu untuk melonjakkan negara menjadi lebih hebat dan berjaya.
Laporan lain aktiviti sempena program yang dianjurkan.
PUTRAJAYA 26 Mei - Sambutan Himpunan Jutaan Belia mencapai kemuncak hari ini dengan ramai belia pelbagai kaum tidak mahu melepaskan peluang menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan.
Tidak kira konsert artis tempatan dan antarabangsa, Pesta Jepun, aktiviti sukan lasak, pesta layang-layang, pertandingan sorak atau aktiviti kesenian, semua tapak pameran dan aktiviti telah dipenuhi dengan belia.
Suasana meriah tersebut turut menunjukkan Kementerian Belia dan Sukan semakin menghampiri sasaran dua juta pengunjung dalam tempoh lima hari.
Sambutan Himpunan Jutaan Belia yang memasuki hari keempat pada hari ini bertambah berwarna-warni apabila ramai orang muda memakai kemeja “Saya sayang PM" dalam pelbagai warna sebagai tanda sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengadakan program walkabout hari ini.
Panas terik tidak menghalang puluhan ribu belia menggunakan pelbagai cara termasuk sorakan, tepukan, sepanduk, kain rentang, paluan gendang dan tarian untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri yang melawat tapak Himpunan Jutaan Belia, di sini hari ini.
Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memulakan program walkabout pada pukul 3 petang dengan mengadakan lawatan ke tapak My Kampung Art untuk melihat kain batik terpanjang di Malaysia berukuran 263.3 meter.
Di situ, Najib dan isteri dihiburkan dengan Kawad Berirama Belia 1Malaysia yang disertai lebih 1,000 belia, iaitu kawad berirama paling besar pernah diadakan di negara ini.
Program ramah mesra rakyat bersama Perdana Menteri diikuti dengan lawatan ke tapak pameran pendidikan dan keusahawan muda serta Pesta Jepun diadakan di Presint 2.
Seterusnya, Perdana Menteri dan isteri singgah di Little India dan Taman Kebudayaan Pemuda Cina di mana mereka disambut meriah dengan paluan gendang India, gendang 24 musim Cina dan tarian singa.
Di hadapan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pula, ketibaan Najib dan menteri-menteri Kabinet disambut dengan sorakan serta tepukan gemuruh para belia yang turut mempersembahkan Dikir Barat 1Malaysia.
Berbisa sungguh penawar itu
Gambar; Sekadar petikan yang diambil dari FB
Ini tajuk akhbar Mingguan Malaysia. Agak kelakar. "Demi orang muda..." Demi orang muda program begini disajikan. Sayangnya kenapa mereka boleh berfikir program begini adalah penting buat anak muda di negara ini? Saya bertambah sedih apabila saya mendapat berita program kuliah agama Ustaz Azhar Idrus dibatalkan kerana tarikhnya clash dengan program ini! hurmm.... anda boleh menilai sendiri.
Gambar diambil dari FB
Ini pula pandangan Imam Muda:
Gambar diambil dari FB
Kesimpulan:
Gambar diambil dari FB, bukan koleksi peribadi.
Maka, sudah cukup sudah.... Saya juga bukanlah orang yang terlalu baik. Tapi saya juga tidak sanggup untuk 'berhati kering' dan buat don't know je melihat keadaan begini. Sekurang-kurangnya saya mahu mengajak anda untuk berfikir sejenak menggunakan akal fikiran yang waras bersandarkan kepada pegangan agama kita, ISLAM dan nilai IMAN kita. Semoga Allah meredhai hayat kita semua. Buat penulisan sekali lalu :)
Friday, May 25, 2012
Politik Negaraku
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca yang sudi singgah di laman ini.
Kelayakan Pemilih
Sebagai rakyat Malaysia yang sudah mencapai 'akhil baligh' seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Bahagian VIII-Pilihan Raya, Perkara 119. Kelayakan Pemilih.
(1) Tiap-tiap warganegara yang—
(a) telah mencapai umur dua puluh satu (21) tahun pada tarikh kelayakan;
(b) bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya pada tarikh kelayakan yang sedemikian atau, jika tidak bermastautin sedemikian, ialah seorang pengundi tidak hadir; dan
(c) didaftarkan, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pilihan raya, dalam daftar pemilih sebagai pemilih dalam bahagian pilihan raya tempat dia bermastautin pada tarikh kelayakan,

Berhak mengundi di dalam bahagian pilihan raya itu dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan melainkan jika dia hilang kelayakan di bawah Fasal (3) atau di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kesalahan yang dilakukan berkaitan dengan pilihan raya; tetapi tiada seorang pun boleh mengundi dalam pilihan raya yang sama di dalam lebih daripada satu bahagian pilihan raya.
Sumber: http://www.spr.gov.my
Maka, saya kira saya layak untuk meluahkan komentar perihal pandangan dan pendapat saya mengenai keadaan politik di negara ini (Malaysia).
Kerajaan Barisan Nasional gusar?
Akhir-akhir ini, entah kenapa saya melihat dan merasakan 'kerajaan' semakin goyah dan rapuh serta sedikit 'bimbang' dengan pelbagai tamparan hebat ekoran pelbagai isu yang telah dikemuka, dilontar dan dicabar oleh 'pembangkang' terhadap 'kerajaan' untuk 'dimaklumkan' kepada rakyat Malaysia akan perihal sebenar. Sehingga ke hari ini (25 Mei 2012) tarikh Pilihan Raya Umum masih lagi kabur. Perdebatan antara PM dengan Ketua Pembangkang amat dinanti-nantikan. Bilakah persoalan ini mampu dijawab segera? Apakah mereka gusar dengan 'tingkah laku' rakyat yang kelihatan 'kurang' memihak kepada mereka? Apakah mereka merasakan akan tumbang pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) nanti? Tidak mengapa saya tinggalkan dahulu persoalan ini. Biarlah ianya menjadi 'rahsia' di dalam hati mereka sahaja untuk menjawabnya.
Debat PTPTN antara Saudara Rafizi (Pengarah Strategik PKR dan Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO)
Baru-baru ini, pada 22 Mei 2012 yang lalu telah berlangsungnya perdebatan isu PTPTN antara Saudara Rafizi (Pengarah Strategik PKR) dengan Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO) yang dapat disaksikan secara langsung di ASTRO AWANI dan juga di beberapa laman sesawang secara online.
Persoalan saya: Program tersebut merupakan suatu usaha yang amat baik dan murni untuk membuka mata serta mencakna pemikiran rakyat bagi menilai kapasiti dan keupayaan pemimpin dan parti yang 'akan ', 'telah dan sedang' mentadbir negara ini untuk memberi dan menjaga kebajikan rakyat serta kestabilan dan keamanan negara di masa hadapan. Kenapa tidak ditayangkan di media arus perdana seperti di TV1, TV2 atau TV3?
Hal ini kerana di kampung-kampung tidak semua yang mempunyai kemampuan menikmati perkhidmatan internet dan ASTRO ini tetapi saya yakin ramai yang mempunyai TV! TV 'mampu milik' yang ibu-ibu, bapak-bapak, pakcik-pakcik, makcik-makcik dan anak-anak kecil boleh menonton Buletin Utama, Berita Dunia, drama-drama, sinetron, program realiti TV, cerita kartun dan sebagainya tu... (^_^)
Di kampung saya sendiri mudah sahaja untuk mengira piring ASTRO. Jika disiarkan secara langsung di siaran TV yang saya sebutkan tadi, Insya-Allah pasti lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang dapat menonton dan membuat penilaian. Kecuali yang tegar, biarlah apa jua kebenaran dan penipuan yang terbongkar jika hatinya sudah 'terpaut' pada PARTI tersebut kita sudah tidak berupaya untuk memujuk dan mengubah pendirian mereka melainkan berdoa kepada-Nya supaya dibukakan pintu hatinya (mereka ini kebanyakannya golongan veteran).
Berdasarkan pengamatan dan pemerhatian terhadap kualiti hujah yang dikemukakan dua individu berkepentingan tersebut, saya sedari awal cuba me'neutral'kan kotak pemikiran saya untuk menerima input serta hujah 'wakil kerajaan' namun tetap gagal diBERSIHkan ekoran jawapan yang tidak memuaskan diberikan oleh beliau (Ketua Pemuda UMNO) terhadap soalan-soalan yang diajukan oleh Pengarah Strategik PKR itu. Saya berharap pada waktu itu mahupun saat ini, Saudara KJ itu tidak meletakkan 'mind set' bahawa rakyat Malaysia ini 'tidak berpengetahuan sangat' tentang isu-isu semasa ini terutamanya orang-orang tua mahupun anak-anak muda di kampung-kampung, luar bandar dan sebagainya maka dia bolehlah menjawab sewenang-wenangnya di dalam perdebatan tersebut. Beliau harus sedar, rakyat kini sentiasa berminat dan meninjau pergerakan sistem politik negara. Rasa inkuiri yang tinggi juga mendorong rakyat untuk menyelidik segenap isu yang timbul dengan kritis. Apatah lagi, rasa ingin mengalami 'angin perubahan' kian membuak-buak saya kira dalam kalangan rakyat Malaysia pada hari ini terutamanya golongan anak muda dan belia seperti perubahan angin yang telah berlaku di beberapa buah negara sebelum ini seperti di Mesir, Tunisia dan sebagainya. Bagaimana dapat dilihat pemimpin yang korupsi, kuku besi dan tidak berintegriti diguling dengan Power People.
Kisah pemimpin digulingkan dengan kuasa rakyat (People Power) boleh klik di sini.

Berbalik kepada isu debat PTPTN, secara fitrahnya, saya amat yakin dan percaya seluruh rakyat Malaysia iaitu saya dan juga anda semua mahukan jawapan 'versi' jujur, telus, benar dan relevan daripada kedua-dua mereka terutamanya Ketua Pemuda UMNO. Kerana, setiap kali disoal jawapan beliau alahai jauh menyimpang ke sana dan ke mari tengok-tengok katanya sudah menjawab soalan yang diajukan. Moderator pun tak perasan kata beliau sudah menjawab. =)
Berbeza dengan Saudara Rafizi yang lebih berilmiah jawapannya. Apakah ini disebabkan daya berfikir yang berbeza antara mereka? Apakah ini juga dipengaruhi dengan peribadi, sikap serta akhlak dan perilaku mereka? Mahu saja saya menyorak suka dan setuju tentang pernyataan 'Bekas' Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Fauzi Abdul Rahman mengenai pengakuan Tun Dr. Mahathir, "Orang cerdik pandai ramai yang menyertai PAS dan Pakatan Rakyat, tetapi UMNO disertai golongan samseng". Maklumat lanjut seperti pernyataan di bawah:
Bukan hendak berat sebelah. Tetapi itulah yang berlaku. Dalam sidang perdebatan yang dijalankan itu timbul pelbagai perbezaan terutamanya dari segi angka dan fakta . Turut dinyatakan beberapa janji. Mana yang benar? RAKYAT kena banyak membaca dan menyelidik sendiri, mungkin boleh menyoal sesiapa yang berkenaan umpamanya orang yang berada dalam organisasi yang dimaksudkan seperti pegawai PTPTN, bekas pegawai PTPTN dan sebagainya. Jika ditanya pegawai sedia ada semata-mata mungkin dia akan 'menyucikan' prosedur dan amalan PTPTN. Selalunya selepas jadi 'bekas' barulah akan ada fakta yang benar-benar sahih keluar dari mulut mereka. Biasalah, sama juga dengan mereka yang lompat parti. Tidak kira dari Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. Semasa masih berada dalam parti masing-masing, semuanya membenarkan apa yang mereka rasakan tidak benar dan sangsi, tetapi selepas 'diizinkan' keluar parti lama dan menyertai parti baharu atau mengasaskan parti baharu ibarat 'bom yang meletup-letup' terpapar pelbagai kenyataan yang menerjah 'sahabat dan rakan-rakan lama'.
Saksikan video debat PTPTN di sini.
Berbeza dengan Saudara Rafizi yang lebih berilmiah jawapannya. Apakah ini disebabkan daya berfikir yang berbeza antara mereka? Apakah ini juga dipengaruhi dengan peribadi, sikap serta akhlak dan perilaku mereka? Mahu saja saya menyorak suka dan setuju tentang pernyataan 'Bekas' Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Fauzi Abdul Rahman mengenai pengakuan Tun Dr. Mahathir, "Orang cerdik pandai ramai yang menyertai PAS dan Pakatan Rakyat, tetapi UMNO disertai golongan samseng". Maklumat lanjut seperti pernyataan di bawah:
TEMERLOH, 18 April: Trend terbaru golongan muda pada masa ini ialah yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR, yang pintar masuk DAP dan yang samseng masuk Umno. Bekas Timbalan Menteri Penerangan Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, beliau bukan mereka-reka cerita tetapi mantan Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri yang mengatakan Umno sudah berpuluh
tahun tidak dimasuki orang pandai sebaliknya mereka memilih PAS.
“Dr Mahathir sendiri mengatakan Umno dah berpuluh-puluh tahun tak
bagi orang pandai masuk, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS sehingga
akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan
kemenangan pada pada pilihan raya.
“Dr Mahathir akui sejak zamannya Umno tidak memberi peluang kepada
golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu
sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.
“Habis sekarang ni siapa yang ada dalam Umno? Ikut kata-kata Dr
Mahathir orang cerdik pandai tak masuk Umno. Yang pandai masuk PAS, yang
cerdik masuk PKR dan pintar masuk DAP. Tapi yang samseng masuk Umno,”
katanya.
Saksikan video debat PTPTN di sini.
Gelombang perubahan akan berlaku. Benarkah?
Jawapan: Tidak Mustahil dengan izin-Nya.
Tapi Kerajaan Barisan Nasional juga mungkin masih lagi bertahan jika diizinkan-Nya. Cumanya mungkin akan diibaratkan seperti tsunami pada PRU-12. Atau tidak mustahil juga mereka menang BESAR.
Tapi untuk saya, saya mahu Pakatan Rakyat diberi peluang untuk menawan Putrajaya dan mentadbir negara ini. saya mahu melihat apakah mereka juga sama seperti kerajaan sekarang atau mereka memang benar-benar mahu berpolitik untuk membentuk sebuah negara yang lebih baik dari sekarang. Negara Islam.
Tinta Anak Muda :)
Sunday, May 20, 2012
Motivate ourself, pray for our family around the world~~
Video ini boleh menterjemah segalanya..
Terima kasih,
ingatlah dan berdoalah buat saudara seagama kita di sana dan di mana-mana jua di seluruh dunia.
Tingkatkan usaha menuju ke puncak jaya,
sedangkan mereka yang serba tiada bisa mengorak langkah,
inikan kita yang serba ada walaupun sederhana,
Thursday, May 17, 2012
Terima Kasih Cikgu, Aku akan menuruti jejakmu :)
Assalamualaikum buat semua.... (^_^)
Alhamdulillah, kita masih berpeluang dan diberi kesempatan untuk bertemu lagi dalam warkah terbaharu di laman maya ini.... erm, dah dengar ke lagu di atas? 16 Mei-Sambutan Hari Guru, hari ni 17 Mei... lambat sehari saya mencoretkan dedikasi sempena hari guru. Tapi di FB saya dah ucap dah... tapi FB bukanlah sebagai tanda penghormatan teragung dariku buat guru-guru yang mendidikku sedari aku Tadika sehinggalah kini di pusat tarbiyah membentuk 'bakal guru'. Pastinya dalam doa adalah ucapan yang terindah dan harapan yang sering menjadi dambaan seorang guru daripada anak didiknya. "Ya Allah, Engkau rahmatilah sentiasa kehidupan guru-guruku, murahkan rezeki buat mereka dan berkatilah usia mereka, semoga sebaran ilmu yang mereka curahkan menjadi bekalan di SANA kelak". Amin.
Buat guru-guruku,
Acapali kita mendengar, 'Guru itu umpama lilin, menerangi dikala kegelapan' dan banyak lagi bait-bait indah yang sering dilafazkan. Benar! tanpa guru pastinya kita masih hidup dalam kejahilan. Siapa guru kita? Siapa KITA? KITA adalah umat ISLAM. Jadi siapa guru umat Islam? Guru yang membawa umat Islam ke arah jalan lurus dan membawa sirna keimanan dan ketaqwaan mentauhidkan diri kepada Allah yang Satu. Dia adalah Rasulullullah, Kekasih Allah. Muhammad s.a.w. Lihat, guru umat Islam adalah Kekasih Agung! Tugas guru adalah kesinambungan tugas Rasulullah! Masya-Allah. Hebatnya menjadi seorang guru. Memang. Ada Kata-kata Hukama' "Guru itu hampir-hampir menjadi Rasul".
Kini, aku juga bakal meneruskan kesinambungan tugas BERAT dan HEBAT itu. MAsya-Allah. Benar lagi mampukah aku? Apatah lagi aku akan menjadi guru Pendidikan Khas! rasanya tak perlu kot nak terangkan apa itu Pendidikan Khas dan kenapa sampai diletak tanda seru (!) kan... seram sangatkah Pendidikan Khas tu??? haha.. tak la seram tapi sangat mencabar.
Di sebalik kisah aku mahu menjadi guru. Biasalah. Semasa sekolah dulu sering kali kita akan disoal tentang cita-cita. Kawan-kawan, cita-cita mereka selalu berubah-ubah. darjah 1 nak jadi polis, tanya pula masa darjah 2 nak jadi doktor pulak... haha... Tapi aku.. entah mengapa aku tak pandai nak pilih cita-cita lain, tak pandai nak tukar-tukar cita-cita... CIKGU je yang aku tahu... hahaha... kenapa??? mungkin itu sahaja pekerjaan hebat yang aku tahu waktu itu.
Tapi, kalau ikut logik, hurm... sekolah rendah mungkin kau tahu yang tu je, tapi masa sekolah menengah? still tak berubah??? Jawapan: Ya! (^_^) Mungkin kena guna konsep rezeki dan takdir, finally... walaupun result SPM tak berapa gempak dan hebat, sekadar memperoleh 2A 8B err 1D (mate tambahan) kalau tak wujud D mesti 'cantik' result aku...hahaha.. tak sukanya dengan subjek tu..haha... akhirnya mendapat panggilan 'interview' maktab atau IPG (Institut Pendidikan Guru). 2A je, kawan-kawan yang banyak A pun ada yang tak terpanggil interview. Bersyukur sangat-sangat. Kemudian, dah sebulan di Foundation UIA Nilai, boleh dah semak keputusan IPG. Kaki ini melangkah nak tengok result di perpustakaan. Tahniah! Anda Layak! Alhamdulillah... Waktu tu, hanya Allah yang tahu betapa gembiranya perasaan aku. Kerna aku yakin, belajar di IPG aku akan mengurangkan beban keluarga. Dapat elaun kan... :)
Tapi sebab musabab yang lebih kukuh adalah saya memang nak jadi cikgu!!! aiyyoo semangatnya. Taktaula sebab apa. Sebenarnya sampai sekarang rasa seronok dan teruja itu ada dalam diri. Walaupun belajar di sini, erkkhh penat (belajar di mana-mana pun penat sebenarnya) tapi tak pernah rasa menyesal. Kini, berbaki setahun sahaja lagi, insya-Allah aku akan bergelar 'GURU'. Maka, aku amat berharap agar jalanku ini sentiasa dirahmati dan dipermudahkan selalu. Sekalipun Engkau ingin menguji, janganlah melunturkan semangatku. Sesungguhnya ujian itu mahu menyedarkan aku sebagai HAMBA jangan leka.
Akhir kata, itu perjalananku menjejaki langkahmu wahai GURU. Terima Kasih Cikgu!
Wednesday, May 9, 2012
Aku Ingin Memilikimu
Kita ini insan biasa, jiwa remaja kita selalu mendamba rasa cinta PERLU hadir di dalam sanubari insan bernama manusia. Apatah lagi sebagai jiwa gila-gila REMAJA. Namun, mahu atau tidak kita perlu akui tidak molek untuk kita berkasih-kasih sebagai pasangan kekasih. Cukup sekadar aku mahu engkau tahu, aku ingin memilikimu dengan izin-Nya, insya-Allah kita akan bersatu kelak dan hidup berbahagia sehingga ke syurga dengan izin-Nya jua.
Kini di usia 2 tahun perkenalan, sebagai hamba-Nya WAJIB ke atas diri kita berusaha dan terus melipatgandakan usaha untuk memperbaiki kekhilafan diri menjadi lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Kita sudah tidak mampu mengelak dari menyatakan rasa ingin memiliki kerna kita sudah menyatakan HASRAT ingin bersama di DUNIA dan AKHIRAT (dengan izin Allah). Jadi, apa yang kita perlu lakukan sekarang ialah sentiasalah beringat CINTA kita sekarang bukan untuk KITA, sekalipun kita BERSATU, CINTA kita adalah HAK HAKIKI Dia Yang Maha Esa.
Kita sudah BERCINTA dan kita tidak mahu ia menjadi sia-sia kerana masing-masing antara kita AMAT berhasrat ingin bersatu. Jadi kita telah memilih untuk mengenali antara satu sama lain 'terlebih awal'. Sedangkan saranan yang berbeza untuk mereka yang mengikuti usrah-usrah, kuliah-kuliah agama dan sebagainya. NO COUPLE GUYS!!!.
Tapi, kita berdua tidak gemar bergelar COUPLE! tapi sebenarnya kita COUPLE! ada tak ISLAMIC COUPLE? :) Ukhwah....?? :)
Baiklah, secara zahir aku akui. Tapi dalam meneruskan perjalanan kita ke arah menggapai perkara yang HALAL, kita perlu menjaga batas-batas yang tidak dibenarkan dalam ISLAM. Saban hari kita berusaha. Saban hari kita diuji. Engkau dengan kisah engkau. Dan aku tidak sedih atas sebab apa aku tidak sedih? dan mengapa pula aku perlu bersedih? Susah ke untuk membiarkan CINTA HADIR SELEPAS NIKAH dengan seseorang yang kita tidak perlu kenal??
Aku kagum dengan mereka yang mampu mejalinkan kasih abadi tanpa dikotori cinta sebelum nikah? Tapi kotorkah cinta sebelum nikah?? Bagi aku, maaflah ini hanya pandangan manusia lemah yang jahil. Aku akui, jalan ini tidak molek, namun nasi sudah menjadi bubur. Tapi bubur pun sedap kalo guna resepi yang baik. Ingin sangat menjalin kasih selepas NIKAH. Tapi, aku telah memilih jalan ini. Dan walaupun aku sudah memilih dia, dan amat berhasrat ingin bersatu dengannya, aku berusaha menjaga dari bercinta kerana NAFSU!.
Kadang-kadang aku ditekan dengan orang sekitar. "macam mana la hang ni bercinta? tak suka bermesej2? tak suka jumpa2? bla..bla..." aku tidak salahkan mereka. Dalam hati kecilku "Ini tak baikla..huhu..". Biarlah dia sakit, aku tidak selalu melayannya. Biarlah dia sakit sekarang dari kami sama-sama sakit di NERAKA!.
Kuharap kita akan bersatu. aku menantikan saat itu. aku tidak pernah menyentuhnya. aku tidak menggalakkanmu merinduiku kerana itu pastinya NAFSU. Moga kita tidak didesak untuk berkasih-sayang kerana NAFSU. UPBAI fillah. (^_^)
Subscribe to:
Posts (Atom)