Saturday, December 15, 2012

PENDIDIKAN untuk ANAK GAZA

Saat ini, sama sekali tidak mampu aku menduga bagaimanakah rasanya menanggung beban dan derita hidup saudara-saudaraku di sana. Walaupun kita ini merasakan hidup kita bergelumang dengan derita yang tidak tertanggung tapi derita saudara kita jauh lebih parah! Untung dan bersyukur kita hidup tidak pernah lagi mendengar letupan bom di tepi rumah, anak isteri tidak dipenggal di depan mata dan pelbagai aksi ngeri mencetus trauma. Aksi ngeri kita hanyalah lagak ngeri dalam lakonan filem-filem aksi dan seram tempatan. Itu sudah dikatakan ngeri. Tapi tidak bagi saudara kita di sana. Jari ini hanya mampu menekan papan kekunci Facebook. Menjentik huruf-huruf membentuk kata, ayat dan frasa yang lengkap atau mudahnya 'update' maklumat tentang nasib saudaraku itu. Hati ini meruntun hiba, otak pula berputaran memikirkan apa harus aku laku? Mudahnya hanya sekadar berdoa. Itulah katanya usaha dan bantuan paling mudah. Berdoa dengan istiqomah.

Tatkala itu muncul pula kata 'BANTUAN GAZA' di segenap media. Alhamdulillah rakyat negaraku adalah rakyat yang sungguh prihatin dengan nasib saudara mereka di sana juga! sumbangan KEWANGAN adalah saluran bantuan utama yang diusahakan pelbagai agensi di negara ini baik kerajaan mahupun yang bukan kerajaan. Namun, kata BANTUAN itu terus berlegar-legar di kotak fikir. Takdir. Dipertemukan dengan idea seorang insan bergelar ustaz.  Bicara beliau dalam bual bicara di sebuah radio islamik tempatan, IKIM.FM la... katanya umat islam harus berpandangan jauh ke hadapan dalam memberi bantuan dan pertolongan. Bantuan berupa kewangan itu adalah baik. Tapi satu saranan dan cadangan yang dilontarkan menarik perhatian saya. BANTUAN PENDIDIKAN katanya! hurmm... apa kata kita bawa ANAK GAZA menuntut pelajaran di sini dalam bidang-bidang seperti engineering, perubatan, pertanian dan sebagainya.  Apabila tamat nanti, mereka boleh pulang ke negara mereka dan membangunkan tanah suci itu dengan ilmu yang dimiliki. Itu kesan yang lebih memberi impak kepada nasib rakyat di negara itu. Itu lebih jauh ke depan!

Palestine itu jauh dari kita, jadi kita dekatkan mereka dalam doa-doa yang dititipkan tatkala kita sujud kepada-Nya. Sajak nukilan Muharikah juga membuat aku terkedu tanpa kata.

~PALESTIN ITU JAUH DARI KITA~

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
suara lagu yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tangisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tangisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi...
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta...

Siapakah kita berbanding mereka?

25 May 06
Muharikah

Jadi aku semakin jatuh cinta pada Palestine! Aku juga yakin sabahat-sahabat di luar sana juga turut begitu mencintai Palestine. Palestine adalah TANAH SUCI dan di sana jua terletak QIBLAT pertama umat Islam! Seperti yang diceritakan Allah s.w.t. dalam Surah Al-Israa' ayat 1:

Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia
Tafsiran Ar-Rahman
Kaligrafi
Surah
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
   
   













Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali
Glory to (Allah) Who did take His Servant for a Journey by night from the Sacred Mosque to the Farthest Mosque, whose precincts We did bless,- in order that We might show him some of Our Signs: for He is the One Who heareth and seeth (all things).

No comments:

Post a Comment