Monday, December 31, 2012

Ahlan wa sahlan 2013 M, 1434 H.. :)


Tahun baharu 2013 bakal menjelma beberapa detik sahaja lagi... pastinya ramai yang menyemai azam baharu... Tapi saya yakin, rata-ratanya pasti memohon inginkan sesuatu yang lebih baik dari sebelum ini...

erm.. secalit doa di atas boleh kita tadahkan buat Yang Maha Esa... walaupun semasa ketibaan Tahun Baharu Hijrah kita 'terlupa' membaca doa akhir dan awal tahun, tapi bagi saya tidak salah untuk kita memanjatkan doa ini pada awal dan akhir tahun masihi....

Selamat Tahun Baharu semua!!! :)

#Countdown.... (^_^)

Kitakah Fasilitator???

Assalamualaikum, laman berkarat ini hari ini ingin berkongsi tentang 'kita'.

Kenapa dengan kita atau diri kita ya? hurmmm... kenapa atau mengapa itu terserah dong pada diri kita, cumanya saya nak cerita sedikit tentang fasilitator.

Pernahkah anda menjadi fasilitator??? saya dulu pernah juga... semasa masih menuntut di sekolah menengah dulu selalu benar jadi fasi ada diberi ganjaran dan yang percuma itu selalu jugalah. Jadi fasi untuk anak-anak yatim lah, budak sekolah semestinyalah, untuk rakan-rakan sebaya sekalipun pernah jadi.

Itukah namanya FASILITATOR??? Seseorang yang menjadi pembimbing kepada orang lain dalam sesebuah program. Atau lebih spesifiknya menurut Kamus Dewan Bahasa, orang yang membimbing (memandu) sesuatu program pembelajaran dan pengajaran.

That's mean... rakan-rakan guru/ bakal guru sekalian (kata ini khusus untuk kalian) walaupun anda sekalipun tidak pernah menjadi fasi untuk program-program motivasi anjuran mana-mana organisasi luar dalam dan sebagainya, sedar ataupun tidak anda adalah seorang fasi!!!

'kita' adalah fasi kepada anak-anak murid kita. Jadi, sebagai fasi kita harus bertindak dengan bijak dan hikmah dalam mendidik dan memimpin. Apakah tindakan yang wajar kita laksanakan sebagai guru dan fasi ini. Guru dan fasi ini jawatan kita yang seiring dan sejalan. Ianya sama sekali tidak dapat dipisahkan. Ibarat kuku jari dan kuku kaki! dua-dua kuku walau satu di jari dan satu lagi di kaki... (^_^)

Justeru, perkongsian saya adalah mengenai kriteria yang harus ada untuk menjadi guru dan fasi yang berkaliber. Bagaimana ya...? Apa yang harus ada...?

ha.. ini dia kriteria-kriteria yang sepatutnya kita semai dalam diri untuk menjadi insan guru/ fasi yang berhikmah. show off sikit yang baju putih tu..hahaha:)


Ha.. macam mana... dah buat check up? ada tak semua kriteria-kriteria tu untuk menjadi insan guru dan fasi yang berhikmah? Tak mengapa kadang-kadang bila diri kita sendiri yang buat check up adakalanya kita tak pasti "ermm.. aku ni ada ke ciri-ciri tu?" (sambil tongkat dagu, garu-garu kepala, angkat kening)

Minat;


Gambar-gambar di atas ini adalah minat. Masing-masing di antara kita mempunyai minat yang berbeza-beza. Kan? ya......=)

Apabila dalam jiwa kita terselit perkataan 'MINAT' menjadi itu dan ini (dalam konteks ini minat menjadi guru), semua masalah adalah remeh belaka. Kadang-kadang tu di mata orang lain nampak amat pelik dan luar biasa apa yang kita nk buat berkaitan perkara yang kita minat tu. tapi kita tetap nak buat juga sebabnya kita minat dengan perkara tu! "hah lantak engko le nak kata apa, kamera ni RM 10 ribu aku nak jugak beli! ", "aku nak lukis gambar biawak cium lipas, bior ler...." ha... contoh aje nih.. kita tak hairan tentang apa orang nak cakap dah sebab MINAT.

Minat adalah perkara utama sekiranya kita ingin menjadi guru dan sebagainya. Minat yang mendalam memberi kita motivasi untuk melakukan yang terbaik dan sentiasa mempertingkatkan karier kita.

Sekiranya murid/ anak buah menyukarkan hidup kita, sudah pasti kita menganggap ini hanyalah kerenah kecil kanak-kanak (kadang-kadang paksa diri untuk menganggap ia hanyalah kerenah mereka yang masih kanak-kanak, kalau tak dah lama kita lekuk kepala dia..hoho..) Apa jua cabaran yang dihadapi kita tetap bersemangat dan sentiasa mencuba sedaya upaya untuk memakbulkannya menjadi sesuatu yang baik.

Minat yang mendalam dalam sesuatu bidang menyebabkan kita sentiasa mencari jalan dan idea baharu bagi mempertingkatkan mutu dan kemahiran diri.
  • kalau nak jadi juru gambar tu kita akan join bengkel-bengkel yang ada.
  • kalau nak jadi coach bola tampar kita akan hadir program kejurulatihan dan ambil ujian untuk dapatkan lesen.
  • kalau nak jadi businessman kita join macam, mula niaga kecil-kecil kemudian pelbagai... cikgu selalu la.. jadi juru jual tak langsung...:)
  • dan banyak lagi....
Kita tidak jemu meneroka dan menggali. gali dan terus menggali kaedah yang boleh menarik minat murid untuk belajar. Ini untuk gurulah...

Sekiranya kita minat berbakti, profesion keguruan adalah jalan yang terbaik untuk kita. Jadi, untuk point yang pertama ini setakat ini sahaja dulu.. ada masa saya sambung lagi dengan point seterusnya.

Tapi jap.. saya ada bahan untuk dikongsikan kepada mereka yang ingin meningkatkan kualiti diri.

Koleksi Slaid Motivasi dan Ebook Terbaik untuk anda. Jangan lupa langgan... hehe.. (iklan)




Saturday, December 15, 2012

PENDIDIKAN untuk ANAK GAZA

Saat ini, sama sekali tidak mampu aku menduga bagaimanakah rasanya menanggung beban dan derita hidup saudara-saudaraku di sana. Walaupun kita ini merasakan hidup kita bergelumang dengan derita yang tidak tertanggung tapi derita saudara kita jauh lebih parah! Untung dan bersyukur kita hidup tidak pernah lagi mendengar letupan bom di tepi rumah, anak isteri tidak dipenggal di depan mata dan pelbagai aksi ngeri mencetus trauma. Aksi ngeri kita hanyalah lagak ngeri dalam lakonan filem-filem aksi dan seram tempatan. Itu sudah dikatakan ngeri. Tapi tidak bagi saudara kita di sana. Jari ini hanya mampu menekan papan kekunci Facebook. Menjentik huruf-huruf membentuk kata, ayat dan frasa yang lengkap atau mudahnya 'update' maklumat tentang nasib saudaraku itu. Hati ini meruntun hiba, otak pula berputaran memikirkan apa harus aku laku? Mudahnya hanya sekadar berdoa. Itulah katanya usaha dan bantuan paling mudah. Berdoa dengan istiqomah.

Tatkala itu muncul pula kata 'BANTUAN GAZA' di segenap media. Alhamdulillah rakyat negaraku adalah rakyat yang sungguh prihatin dengan nasib saudara mereka di sana juga! sumbangan KEWANGAN adalah saluran bantuan utama yang diusahakan pelbagai agensi di negara ini baik kerajaan mahupun yang bukan kerajaan. Namun, kata BANTUAN itu terus berlegar-legar di kotak fikir. Takdir. Dipertemukan dengan idea seorang insan bergelar ustaz.  Bicara beliau dalam bual bicara di sebuah radio islamik tempatan, IKIM.FM la... katanya umat islam harus berpandangan jauh ke hadapan dalam memberi bantuan dan pertolongan. Bantuan berupa kewangan itu adalah baik. Tapi satu saranan dan cadangan yang dilontarkan menarik perhatian saya. BANTUAN PENDIDIKAN katanya! hurmm... apa kata kita bawa ANAK GAZA menuntut pelajaran di sini dalam bidang-bidang seperti engineering, perubatan, pertanian dan sebagainya.  Apabila tamat nanti, mereka boleh pulang ke negara mereka dan membangunkan tanah suci itu dengan ilmu yang dimiliki. Itu kesan yang lebih memberi impak kepada nasib rakyat di negara itu. Itu lebih jauh ke depan!

Palestine itu jauh dari kita, jadi kita dekatkan mereka dalam doa-doa yang dititipkan tatkala kita sujud kepada-Nya. Sajak nukilan Muharikah juga membuat aku terkedu tanpa kata.

~PALESTIN ITU JAUH DARI KITA~

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
suara lagu yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tangisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tangisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi...
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta...

Siapakah kita berbanding mereka?

25 May 06
Muharikah

Jadi aku semakin jatuh cinta pada Palestine! Aku juga yakin sabahat-sahabat di luar sana juga turut begitu mencintai Palestine. Palestine adalah TANAH SUCI dan di sana jua terletak QIBLAT pertama umat Islam! Seperti yang diceritakan Allah s.w.t. dalam Surah Al-Israa' ayat 1:

Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia
Tafsiran Ar-Rahman
Kaligrafi
Surah
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
   
   













Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali
Glory to (Allah) Who did take His Servant for a Journey by night from the Sacred Mosque to the Farthest Mosque, whose precincts We did bless,- in order that We might show him some of Our Signs: for He is the One Who heareth and seeth (all things).