Monday, March 26, 2012

SK. Haji Nyak Gam? (^_^)

Assalamualaikum...

Ha....SK.Haji Nyak Gam??? namanya sungguh unik..jangan gatai2 ubah k... =)

Alhamdulillah, seminggu saya sudah selamat berlalu untuk praktikum fasa 1 ni dengan jayanya... pelbagai refleksi la kan dapat saya cerita, tapi bukan nk citer kat sini sangat la...

erm... so far for me, it's going alright walaupun ada la 'sikit' benda yang mendatangkan kekeliruan untuk saya dan rakan2 nk buat kijo kan.... maklomlah, sebagai guru pelatih ni kenalah faham budaya dan amalan sekolah di mana kita ditempatkan.....:)

tak molek nak ngadu, susah la keja itu, aduh rimasnya keja ni... lecehnya.... huh! ha... kawan2... sabor je la erk... kalo nk mengadu sampai KIAMAT pon xhabis!

seminggu praktikum 1 yang bermula 18 Mac 2012 ni saya dan rakan2 telah mengikuti Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas daerah Kuala Muda/ Yan 2012 di SMK. Sg. Layar, Sungai Petani.  hurm, apa sumbangan kami untuk SKHNG??? haaaa...nanti tengokla OUR MASCOT!!!! hoho...itulah hasil kreativiti kami tiga orang guru pelatih yang telah bertungkus lumus dan bersengkang mata menyiapkan maskot hanya dalam SATU MALAM!!!! gila betul kan? huhu..tu la pulon sangat.... hahaha.... tapi, ini juga merupakan pengalamana yang tak patut kita abai dan lepaskan.  kalau asyik nak ikot firasat 'nafsu' memamgla 'xde maknenyeeeeerrr' buat benda tu.... tapi, biarlah ianya hanya sekecil cuma, tapi menunjukkan komitmen untuk bersama-sama melibatkan diri dengan kerja2 sebagai guru Pendidikan Khas.

Inilah maskotnya! hehe...

Excellent Bee (^_^)

Cikgu buat muka comey! hahaha...

inilah orang di sebalik topen Excellent Bee~ budak ni pernah berlakon dalam drama Makbul, TV2!


selain daripada aktiviti di atas tu, ada lagi la aktiviti-aktiviti sekolah yang lain... tapi ini la antara event yang besar setakat ni yang kami join...:)
event kecik2 tu ada la macam:
  • setiap pagi Isnin ada bacaan Yaasin
  • mesyuarat guru untuk mesyuarat PIBG nanti (26.3.2012)
  • ganti kelas! hahaha... biasa la tu kan....:)
  • dan lain-lain...
baiklah jumpa lagi....bye!


Wednesday, March 14, 2012

1st PRAKTIKUM! Coming Soon.... :)

Assalamualaikum semua..... (^_^)
kita bertemu lagi di ruangan blog yang xbyk sgt kandungannya ni.... hahaha...

Hurm, baiklah...sekarang ni isu yang saya nk bincang atau luahkan ialah PRAKTIKUM!!! hahaha... adoi tinggal beberapa hari saja lagi, akan ku lalui kehidupan sebenar sebagai seorang guru Pendidikan Khas, walaupun ianya hanyalah praktikum, tapi di sinilah akan menguji kemampuan sebenar diri aku untuk bergelar seorang guru apatah lagi sebagai guru Pendidikan Khas!

huh... dalam perasaan teruja terselit jua rasa debar, resah dan gelisah!
setelah dahulunya hanya melihat dari satu barisan ke satu barisan bakal guru telah menempuh alam praktikum kini tibalah masanya giliran aku dan rakan2 pula menempuhinya.  Dalam otak masih kabur, apatah lagi kini diperkenalkan KSSR untuk Pendidikan Khas, Rancangan Pengajaran Harian (RPH) akhir2 ini dan beberapa hari nak habis cuti barulah diperkenalkan RPH dengan format baharu!!! terkapai2 nak paham! aiyaaaaa.....fenin2....

dalam hati ini apalah dok pi ubah sangat itu dan ini, walhal ianya hanya atas kertas... pelaksanaan idea baharu tu adakah benar2 akan mengubah corak sistem pendidikan negara kita terutamanya Pendidikan Khas??? adakah pencapaian murid akan meningkat dengan drastik???? apakah ianya satu kajian menyeluruh untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita mencapai satu pendidikan bertaraf dunia??? hurmmm... inilah cabarannya kepada orang yang akan melaksana bukan kepada orang yang mencadangkan....

walau apapun sistem yang diamalkan...

semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku dan rakan seperjuangan iaitu Asran dan juga Aizu aka Pok Chek nanti di Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam, 06900 Yan, Kedah.

kepada rakan-rakan seperjuanganku yang lain PISMP Semester 5 IPG Kampus Darulaman Ambilan Januari 2010...GOOD LUCK!!! Do your Best!!!