Saturday, October 29, 2011

Cerita Cinta Dahulu dan Sekarang



Dengar tajuk pun dah teruja nak tahu apa intipatinya kan? :) Tajuk ini saya dapat dalam buku 'Semurni Kasih Adam Seutuh Cinta Hawa' hasil penulisan indah Zamri Mohamad.  Dalam penulisan beliau ini menceritakan bahawa persoalan cinta ini sudah timbul berabad lamanya lagi.  Tamadun Sumeria dan Babylon menulis epik cinta Gilgamesh pada sekitar tahun 2000 sebelum Masihi.  Tamadun Mesir dengan syair-syair cinta mereka, tertulis di atas lembaran papyrus dan pasu-pasu tanah liat pada sekitar tahun 1300 dan 1000 sebelum Masihi.  Tamadun Cina mencipta lagu-lagu cinta, dan pertama kali didokumentasi antara tahun 1000-700 sebelum Masihi.

Ahli-ahli falsafah  dan pemikir zaman purba, daripada Plato ke Martin Luther, daripada Kierkegard dan Nietzsche, sehingga ke Santayana dan Santre, masing-masing membawa interpretasi tersendiri berkaitan apa itu cinta.

Namun, dari perspektif Islam apabila disoal tentang cinta kita tidak lari daripada membicarakan persoalan iman.  Iman adalah sumber segala perkara sebagaimana disebutkan Hamka, Iman sebagai sumber kekuatan hati, dan sumber keindahan pada penglihatan mata.  Kesempurnaan Islam terdiri dengan panduan yang cukup jelas dan tersusun.  Begitu juga dalam urusan cinta, Islam memberi garis panduan asas bagi memelihara dan mendidik cinta supaya membesar dengan sempurna.  Manusia sentiasa mencari agama bagi mendapatkan jawapan.  Persoalan-persoalan cinta juga ada dalam agama.  Iman menyebabkan hidup mempunyai maksud dan tujuan, sehingga timbul minat bagi mencapai maksud dan tujuan itu.  Iman menimbulkan cita-cita bagi memperoleh ganjaran dan pahala atas pekerjaan yang dilaksanakan.  Tidak beriman bermaksud tidak mempunyai pendirian dan berlaku penyelewengan sewenang-wenangnya kepada manusia.

Dalam CINTA ada satu perkara yang amat bahaya dan patut ditakuti sang pencinta iaitu NAFSU.  Nafsu tidak menyukai keindahan hati, malah membenci kekurangan.  Sekiranya tidak kerana IMAN, nafsu lebih bermaharajalela.  Cinta tanpa iman pasti bertukar kepada cinta nafsu.  Diri mudah berasa serba kekurangan.  Kekurangan dalam diri pasangan dilihat sebagai kehinaan.  Kemudian, diri mencerca kembali kekurangan itu dan bukan belajar daripadanya.

Cinta berpayungkan iman meletakkan manusia supaya bertanggungjawab mengiringi rasa hati, kerana ia akan dipertanggungjawabkan kelak.  Agama dalam konteks cinta membawa tiga sifat yang timbul  bersama apabila diserap dalam kehidupan iaitu:
  • Perasaan malu
  • Amanah dalam membina perhubungan
  • Sentiasa benar dalam menguruskan rasa cinta
Iman menjadi tiang yang kukuh untuk cinta berdiri atas pendirian, dan tidak goyah dengan sikap songsang manusia yang cenderung mempermainkannya

Wednesday, October 19, 2011

Kisah Minggu ini.....

Saat kita menghadapi kesukaran dan kesengsaraan, ketika inilah baru tersedar betapa diri kita jauh dan semakin terleka dalam mendekatkan diri kepada-Nya Yang Maha Kuasa.

huh...intro apabila badan letih dengan serangan asignment yang bertimbun-timbun dan terpaksa aku melipat kali gandakan keringat, idea dan tenaga untuk melunaskan kesemua tugasan yang ada....  Sudah beberapa hari tidur tak cukup, bersengkang mata siang dan malam untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

Sememangnya aku amat-amatlah letih setelah seminggu terlibat perkhemahan unit beruniform institut, kemudian seminggu berada di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan untuk menyertai pertandingan bahas so, 2 minggu la masa untuk melunaskan asignment 'burn'. Tapi itu sememangnya tak patut dikeluhkan pun sebenarnya.  Namun, sebagai manusia biasa yang tidak punya masa 25 jam sehari aku mengeluh juga..huhu..

Kalau ikutkan rasa malas sememangnya aku perlukan masa lebih untuk menyiapkan tugasan yang nak dihantar dalam waktu terdekat.  Tapi aku tidak cepat mengalah, aku malas nk mintak2 untuk postpone asignment..so, aku gagahkan juga diri ini untuk kuatkan diri buat bagi siap.... semalaman berjaga, print segala bahan2 yang amatlah banyak, printer plak ada masalah..meragam plak dia..huh...sangatla menduga kesabaran.... rupa-rupanya ada hikmah disebaliknya.

Apadia???
Hari ini (19 Oktober 2011), satu tugasan sudahpun diberitahu markahnya...apa yang mampu aku lafazkan ialah 'ALHAMDULILLAH'... aku renung kembali segala kesusahan dan kegigihan aku sewaktu nk menyiapkan tugasan subjek tu. Senyuman mula terukir.  Aku amat bersyukur dan lega dan patut kita sedar Allah itu Maha Adil.  Apa yang patut kita dapat, insya-Allah kita akan dapat.  Bezanya sama ada baik ataupun sebaliknya.

Bermula ahad (16 Oktober) sehingga khamis (20 oktober) ada lebih kurang 6 asignment aku kena buat (Fail PJ, Fail SDP, Fail PBS, Laporan Perkhemahan BSMM, Fail EDU, Fail P.Khas). Selain tu, dalam masa yang sama kena pergi jawab kuiz Ujian Akhir Kursus (UAK) salah satu subjek/ kursus yang tidak dapat diambil kerana menyertai pertandingan debat IPG Kebangsaan.  Kemudian, Pembentangan mikro EDU (Sebelum ni buat dah preparation tapi disebabkan dah lama rancang dan sepatutnya dah lama bentang tapi ada kekangan, lecturer pun sibuk, terlupa dah segala perancangan- so buat semampu yang boleh je la.....),  Lagi!!! jawab kuiz untuk GERKO (BSMM) pulak..... Minggu ini, minggu yang meletihkan. -Astaghfirullahalazim-

Kini, sememangnya aku menantikan tibanya hari cuti... Deepavali!!!..waaaahhhh tak sabar rasanya nk bercuti, nak rehat, nak tidur puas2...hahaha....

Wednesday, October 12, 2011

Pertandingan Debat IPG Kebangsaan 2011.....


Inilah kisah perjalanan pasukan debat IPG Darulaman sepanjang Pertandingan Debat IPG Peringkat Kebangsaan 2011yang berlangsung di IPG Tengku Ampuan Afzan bermula 9 sehingga 13 Oktober 2011....

Buat pertama kalinya aku mewakili IPDA dalam bahas ke pertandingan peringkat IPG, sebelum ni aku masuk pertandingan pidato ja....

Bersama 'adik2' iaitu Boniface Jane, Nuruddin, Naqiuddin -simpanan @ pembawa beg dan pencari maklumat yang setia, Azryn dan juga Syakirah sebagai pemerhati.  Diharapkan pemerhati juga telah mengambil input-input berguna terutamanya dari aspek teknikal, pengetahuan am mengenai debat BM dan sebagainya untuk kegunaan pada masa hadapan dalam mengangkat pasukan debat institut kita!!hoho...:)

Sedar de persediaan yang kurang rapi, maka tidaklah aku meletakkan harapan yang tinggi untuk pertandingan pada kali ni..tapi aku dan yang lain-lain xla berhasrat untuk terus longlai dlm perjuangan. We still try hard to do the best.  Perjuangan tersekat awal tidak mengapa...tidaklah frust sgt sbb hajat utama adalah utk memberi pendedahan kpd mereka yg masih baru ini dan juga utk menilai serta melihat prestasi pasukan yg baru dibentuk ini (Boni, Nuruddin).  Keputusannya, Alhamdulillah setelah selesai 6 pusingan awal kami berada pada kedudukan ke-10....

Ringkasan perjalanan kami sepasukan seperti berikut:

1st: IPDA vs Perlis (IPDA Kerajaan)
Usul: SJK Masih Relevan
Keputusan: Usul ditolak..huhu...
Juri: 3-0
Margin: 5.66
Pendebat terbaik: Syafiq (Perlis)
Kedudukan selepas pertandingan: 21


2nd: IPDA vs Afzan (IPDA Pembangkang)
Usul: Masalah Birokrasi Menyekat Pembangunan Pendidikan Negara
Keputusan: Usul diterima...kalah lagi..huhu...tidak mengapa....
Juri: 2-1
Margin: 3.5
Pendebat: dapat kt Boni kita...;)
Kedudukan selepas pertandingan: 21

3rd: IPDA vs Tuanku Bainun (IPDA Kerajaan)
Usul: Demonstrasi Penghalang Pembentukan Perpaduan
Keputusan: Usul diterima....kemenangan pertama
Juri: 3-0
Margin: 7
Pendebat terbaik: dapat kat Boni kita lagi...makin sensasi nama dia;)
Kedudukan selepas pertandingan: 14

4th: IPDA vs IPIS (IPDA Pembangkang)
Usul: Pendidikan Negara Maju Model Terbaik Untuk Malaysia
Keputusan: Usul ditolak...;)
Juri: 3-0
Margin: 4
Pendebat terbaik: eh...ceq la...ngeh3.....
Kedudukan selepas pertandingan: 11

5th: IPDA vs Dato' Razali (IPDA Pembangkang)
Usul: Pembangunan JERIS hanya di atas kertas
Keputusan: Usul ditolak...yeaaaa;)
Juri: 3-0
Margin: 3.67
Pendebat terbaik: Boniface @ Bunkface...hua3
Kedudukan selepas pertandingan: 7

6th: IPDA vs IPBM (IPDA Kerajaan)
Usul: Jaringan Sosial di Internet Satu Ketagihan
Keputusan: Usul ditolak..huhuhu...
Juri: 2-1
Margin: 2
Pendebat terbaik: Paizal Sanek (IPBMM)
Kedudukan selepas pertandingan: 10......selesai and berakhirlah perjuangan kami pada kali ini....

Sambungan: Hari terakhir perjalanan pulang ke Kedah...;) melancong!!! hahaha...kemana???

CAMERON.....;)